
Nah tu dia... pekeliling sekolah dah keluar...!! Sila bayar RM15.00 seorang untuk membiayai Mesin Punch Card!! Olehkerana sistem Buku Kedatangan dah lapuk dan ketinggalan zaman, pihak pentadbir mengarahkan penggunaan mesin masa ini untuk kegunaan staf semua. Semua menyokong penggunaannya..tapi...kenapa Guru dan Staff kena bayar? Pengurusan pejabat nak efisien dalam pengurusan masa staffnya kenapa kena bayar sendiri? Tak ada sumber kewangan lain ke yang boleh menampung? Hari Gerko dah sapu beribu-ribu...tak cukup ke? Nasib baik CCTV tak mintak duit i.... kononnya boleh monitor pergerakan pelajar-pelajar...dan guru sekali kut. Tentang hal lain ada pulak duit...pandai mintak peruntukan YB dan sebagainya...Perkara mintak-mintak duit ni kena jelas dan telus... bila kita mula sangsi..kita akan hilang kepercayaan..dan bila sudah hilang kepercayaan, maka semua yang dibuat akan dipertikaikan!!!
4 comments:
duit itu adalah benar. setiap sen yang dibelanjakan adalah benar. subahat jika membayar atas yang benar. semoga yang benar itu mendapat petunjuk.
malunya aku pada sekolah lain
Fikirkan:-
1. Sediakan 1 softboard tampal pada dinding di atas mesin PunchCard. Sesiapa yang ingin membuat pengiklanan, kenakan caj tertentu. Salurkan duit kutipan tersebut untuk membiayaai mesin punchcard. Oleh itu, setiap orang nak punch card, pasti akan membaca iklan tersebut. Kecuali mereka menutup mata ketika hendak punch card.
Konsep tersebut telah digunakan oleh google dan yahoo. Penggunaan adalah percuma, tetapi pengiklanan dikenakan caj
Post a Comment