Friday, September 10

Raya 2010





Tahun ni nampaknya beraya kat Johor jer...nak balik Perak macam tak berapa sedap badan, anak-anak pulak sibuk dengan program masing-masing termasuklah melayan sorang cousin mereka yang nak berkahwin 18hb nanti....

Thursday, August 19

RAMADHAN 1431H

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1431 Hijri, semoga lebih bermakna dan mendapat keredaan ALLAH SWT.

Tuesday, July 20

ASEAN Schools Games 2010 - Volleyball


The 2nd ASEAN Schools Games was held in Kuala Lumpur starting from 12-21 July, I was involved as the Control Committee for Volleyball and venued at Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya in Serdang, Selangor. 11 games were chosen for this year meet and Malaysia was the host for the second time. Thailand, Indonesia, Singapore and host country Malaysia competed in two categories (boys & girls) which was victory by Thailand. The boys categories final was a tough game between Malaysia and Thailand, whereby Malaysia was leading two sets and beaten by Thailand at the last whistle by 3-2. The organizer had shown an excellent job by preparing officials and high class facilities towards the tournament. The accompanying referees from other countries ( Mr. Lee Wei Leong - Singapore & Mr. Parinya Tawan Utop - Thailand) were satisfied with all the preparation by the host country. As the Control Committee for the tournament, I would like to congratulate MSS Selangor/MSSM for their hard work and commitment enhance the successfull of the tournament. See you next year in Singapore!!!!

Thursday, April 22

Catur..Chess...Catur

Selesai sudah pertandingan Catur MSSD Batu Pahat sebentar tadi...tahniah kepada semua pemenang-pemenang!!! Setelah 2 hari berhempas pulas mengatur stratergi, maka terhasillah juara-juara dalam 4 kategori. Semoga pasukan yang mewakili daerah ke Kulai nanti akan membuahkan kejayaan seterusnya...Pasukan aku walaupun baru dibentuk namun dapat jugak menunjukkan kejayaan, "we break our own record".....kita cuba lagi tahun hadapan!!! Check Mate!!!!



Tuesday, April 6

Bila Lelaki Berkosmetik

Dah lama aku kenal lelaki sorang ni.....dari zaman sekolah sampai dah berkerjaya tetap unggul dengan fungsinya sebagai Lelaki Ayam Piru Terakhir...jangan tanya kenapa, tetapi itulah kebenarannya. Dari darjah satu sampai enam atas aku sekelas dengannya...periang, easy going dan bersemangat tinggi. Sekarang posisi dan teratas...Legal Officer di kementerian yang menghalalkan pekerjaan manusia. Apa-apapun aku tetap sayang pada mu...kisah kita adalah paling nostaljik dan kekal hingga ke akhir hayat. Hope to see you again soon....please work hard to proven that you are a MAN. Selamat Maju Jaya dalam bidang anda.

Wednesday, March 31

Sambutan Hari Pasukan Kor Kadet Polis



Seperti tahun-tahun lepas, Sambutan Hari Pasukan Kor Kadet Polis telah berlansung di SM Vokasional Batu Pahat pada 31 Mac 2010 bermula pada jam 8.00 pagi. 25 platun telah hadir dan Pasukan Kawalan Kehormatan telah diwakili oleh SMK Tun Ismail dan SMA Parit Raja. Pasukan Kawalan Kehormatan ini telah diterajui oleh Insp. Kadet Nordin (TIGS) dan Insp. Kadet Shahrul (SMK Datin Onn Jaafar). Tahun ini aku jadi pemerhati sahaja kerana terlibat sebagai Pegawai Teknikal Kejohanan Balapan & Padang MSSD BPahat. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat dengan membacakan perutusan Inspektor Jeneral, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Semuanya berjalan lancar..dan tahniah kepada semua yang terlibat.



Bersedia menunggu ketibaan tetamu kehormat.

Para jemputan sedang menunggu PPD & Timbalan Ketua Polis Daerah.

Wednesday, March 24

Abi & Ucik

Anak-anak kucing ni semua lahir kat rumah aku....asalnya 4 beradik, tapi bila dah besar sikit aku bagi kat kawan isteri yang tergilakan kucing kampung berwarna cerah...so aku pun bagi je la....yang nama Abi & Ucik ni ikut DNA mak dia (JOJI)...warna putih dengan sedikit lelehan warna oren...sekarang dah mencapai umur 5 bulan, semakin comel dan nakal...aku dapat gambar terkini Abi & Ucik dan paparkan....

Semoga Ucik & Abi akan berbahagia dengan keluarga baru.....we miss u all!!!

Thursday, March 11

Rewang

Hari ni acara sembelih lembu dan persediaan untuk jamuan esok sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Institusi. 2 ekor lembu tumbang, hasil perkongsian guru-guru disini... Tiap tahun acara ini dijalankan...memang puas makan segala isi perut, tulang, tropedo dsb...Semoga esok acara sambutan akan berjalan dengan lancar...Selawat!!!

Tn Hj. Yatim ni Kepala Rewang..kerja mencantas jer...

Ini favourite boss...kena siapkan dulu...



Tak ada yang menolong ketika ini..so bergayut la semua

Ini memang bahagian aku.....

Menumis rempah ratus untuk sup geng rewang

Sunday, February 14

TT Soromban



Nah, selepas 25 tahun tak bertemu maka Seremban jadi tumpuan. Ex MPSI 83/85 telah ditemukan di Seremban setelah lama terpisah. Macam-macam berita dan peristiwa dikongsi bersama...ada yang masih mantain ayu, ada yang tambah berat badan dan ada yang telah bertukar kerjaya. Satu jawatankuasa telah dibentuk untuk melancarkan aktiviti alumini yang akan bermula pada hujung tahun. Terima kasih segala prof yang telah sudi hadir dan memberikan idea dalam melancarkan aktiviti nanti. Terima kasih kepada En. Zubir yang sudi menyediakan teratak konkrit sebagai tempat mesyuarat dan penginapan.

Taiping, Gua Musang & KL sedang berbincang

Sebahagian yang hadir pada perjumpaan TTS 2010.


Next meet...TT Batu Pahat kut..?

Ini lah wajah kami 25 tahun lepas.....

Wednesday, February 10

Lari, Lompat, Baling

Semalan dan hari ni, student aku semua berpeluh habis menamatkan acara-acara Track & Field untuk mengutip mata rumah sukan... Sukan Tara ni memberikan markah asas kepada pasukan masing-masing sebelum sukan sebenarnya...Lepas jer waktu rehat, semua turun ke padang untuk bersaing sesama sendiri...aku observe dari jauh jer...


Monday, February 8

Dah jadi isteri orang..




Hari minggu lepas aku berkunjung ke Sg. Buloh, Kepong menghormati anak saudara perempuan (sebelah isteri) melansungkan perkahwinan. Bila Johor vs Nogori 9, maka banyak la peristiwa..maklumla 2 budaya yang berbeza...Apa-apapun selamat masuk suku!!! tu yang aku dengar dari rombongan pengantin lelaki!!

Hamper untuk pengunjung bertuah

Barisan pelayan VIP sedang menunggu tugas rasmi

Pasukan Red Devil sedang sarapan pagi

Bersanding di halaman menunggu tol dibuka

DJ 'Glock' sedang bertugas

Sesi ujibakat AF 9 oleh guru vokal Siti Hajar

Calon berpotensi dengan lagunya " Gonna Wonderful Tonite"

Tuesday, February 2

Checkmate!


Sibukla aku melayan bakal atlit negara ni..tiap petang datang untuk latihan sirkit MSSJ..aku pulak dah lama sangat tinggalkan sukan tertutup ni...rasa dah hampir 10 tahun aku tak tengok orang main chess ni...Walaubagaimanapun aku layan jugak selera bebudak ni...rasanya hujung bulan ni baru nak bertanding, menang kalah hal kedua, yang penting lawan tetap lawan...layannn..

Saturday, January 23

AL-Fatihah


Ucapan Takziah kepada semua kaum kerabat diraja Johor dan sejelata rakyat Johor diatas kepemergiannya Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para Suhada. Amin.

Ukur Jalan


22hb Januari padang sekolah digegar dengan ratusan tapak kaki menghempas bumi! Anak-anak berlari mengukur jalan menitiskan keringat untuk menambah mata halus untuk pasukan rumah masing-masing. Tahun ni sampai 8 rumah memerah tenaga untuk menentukan siapa johan!!! Olehkerana topografi tidak mencabar, hanya berlari diatas jalanraya maka banyaklah rekod peribadi yang dipecahkan..Usin Bolt kalau nampakpun mesti tekejut beruk!!

Si Jalaini ni tengah ukur kawasan penamat agaknya...

Kawasan penamat sedang dikawal rapi

Pencatatpun buat-buat sibuk la

Keputusan sedang dihitung untuk menentukan pemenang...pakai congak je ke?

Maka bermulalah acara-acara sukan dan olahraga bagi tahun 2010...lepas ni memang berturutlah aktiviti yang menghiasi panorama sekolah, overtimelah segala tenaga kerja yang ada..boleh masuk kira KPI ke?

Sunday, January 17

Sabtu, sabtu, Sabtu


Dah minggu ketiga ni...namun hari Sabtu dah jadi macam hari rasmi kerja...bukak je sekolah, semua hari sabtu dah kena booking dengan mesyuarat, taklimat, sekolah ganti dsb...hmmm kalau macam ni sampai hujung tahun alamat tention la!!! Bila tenaga dah ramai kat institusi, ingatkan kerja bertambah ringan...rupanya versi-versa la pulak!!! So Kerja..kerja...kerja sampai tua!!!

Wednesday, January 13

Thorn Among The Roses

Disebelah petang ni aku sorang je yang tegar dalam menyedut toksik CO3, Nikotin dan Tar...yang lain sedut O2 saja agaknya...so hari ni aku kena halau dari bilik trio bila nak menikmati udara toksik tu...yang komplain bukan room mates...tapi geng PPSMI kat bawah...mungkin takut tangki gas meletup agaknya... Kononnya ada kes disebelah pagi, menerima surat layang dari pelajar yang terbau udara toksik dari makmal sains yang penuh dengan saintis membuat ujikaji. Datangla pulak pemimpin daerah yang peka dengan surat layang...habis diselongkar makmal untuk mencari bahan bukti....tapi yang sebenarnya, surat layang tu datang dari geng sendiri, satu jawatan, satu bumbung yang cemburu akan ketenangan koloni yang berhimpunan di Bilik Geletak!!!! Apa-apapun ini perkara kecil saja yang tak menjejaskan sebarang emosi atau tingkahlaku...ruang yang lebih luas ada depan mata...setakat nak 'menyedut' tu kat mana-mana pun boleh...banyak sangat ketua kat sini...semua nak tunjuk pandai jadi layannnnnnnnn......

Tuesday, January 12

Taklimat Profesional

Pagi ni dari jam 11.00 sampailah ke jam 1.30ptg kami (staff baru SMKDS) menerima taklimat khas dari Guru Cemerlang Gred Khas JUSA C. En. Azizul Rahman Abdul Rahman ni memang staff sekolah yang memegang tampuk Guru Cemerlang tertinggi di Malaysia...cuma 6 orang jer yang dalam kategori ni. Semuanya tentang menggarap guru agar cemerlang dan terbilang...bagi guru-guru fresh memang la seronok...aku yang dah veteran ni angguk tanda setuju jer...Better be a good listener rather than to talk nonsense. Apa-apapun sikap dan kesungguhan beliau memang ada tanjak la...Kalau kat JPN dah pangkat Pengarah Negeri dah tu...
Paling aku respect bila dia menerima cadangan aku yang pastinya takkan berlaku kalau kat sekolah lama..betul la kata pepatah "ikutlah resmi padi...makan tua makin tunduk dan bertambah berisi"
So kalau nak tunjuk bijak ilmu..tunjukkan bukti dan prestasi..baru Bijak Ketua namanya...

Friday, January 8

Gletak, gletak & gletak

Masih terbayang kawasan gletak aku kat sekolah lama...kawasan perhimpunan tak rasmi tapi bincang isu negara saja..hahahahaha. Kalau kasut tak banyak kat luar jangan sangka tak ada penghuni...sekali sekala pasti terbau udara toksik cap Gudang Garam dan sebagainya. Perhimpunan tak rasmi ni kadang-kadang dimeriahkan dengan hidangan makanan dan minuman yang tak dirancang...tapi kalau geng ada rezeki lebih..pasti hidangan lebih sedap dan menggiurkan...

Kawasan gletak baru belum mengancam lagi...cuma tempat letak kepala cukup selesa sebab ada carpet lembut dan hembusan bayu sepanjang hari..baru rancang nak bentuk AJK Makanan..penghuninya cuma 3 orang secara rasmi so budget nak beli TV, Peti Sejuk, Heater dsb belum mampu lagi...kalau yang second hand mungkin boleh kut...


Apa-apapun baru seminggu kat port baru ni...kita tengok perkembangan nanti...

Monday, January 4

Hari Pertama Sekolah 2010

Aku membuka lembaran baru 2010 dengan menjejak kaki ke sekolah baru dengan harapan dapat memberikan khidmat tugas yang sebaik mungkin. Seronoknya kerana dapat bertugas sesi petang...pengalaman baru setelah 24 tahun mengajar di sesi pagi...dapat aku berkarya di awal pagi sokmo...
Orientasi form 1 menanti kejap lagi...walaupun aku sendiri tak khatam lagi lokasi kelas dan bangunan di sekolah baru ini...tak pa, google map ada, boleh scan dengan pantas...apa-apapun aku terima tawaran ini untuk menambah pengalaman baru...