
Peristiwa perhimpunan pagi Rabu cukup menaikkan darah aku, apabila semua dah berhimpun dengan menyarung uniform masing-masing ada pulak Parade Commander yang tak muncul-muncul. So gagallah acara pagi tu walaupun sepatutnya giliran bertugas unit uniform ni dah dirancang secara bergilir-gilir. Tak adapun Guru Pemimpin yang nak bertanggungjawab malah sanggup biarkan unitnya didenda kerana tidak memberikan kerjasama! Kalau sanggup pakai uniform pegawai, tampillah ke hadapan dan tunjukkan kemampuan.. jangan sanggup pakai uniform saja tapi takut nak memimpin pasukan.
Kumpulan baju hijau ini didenda kerana kecut untuk memberi kata perintah semasa perhimpunan.. Sarjannya lari entah kemana, muncul hanya apabila perhimpunan tamat! Tu ler cerita bila tanggungjawab diabaikan kerana tidak ikhlas semasa bertugas..Itupun dapat Anugerah... sedar ler sikit bahawa kejayaan yang diraih hanya 'on paper' saja cemerlang..tapi hakikatnya, Tuhan saja yang tahu..
No comments:
Post a Comment