Sunday, August 31

Merdeka & Happy Birthday

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua di atas sambutan ke 51 Kemerdekaan Malaysia. Semoga negara bertambah makmur dan melimpah ruah rezeki kepada semua rakyatnya, disamping kestabilan politik yang memang kita tuntut.
Disamping itu juga Salam Sambutan Hari Lahir kepada sahabat baik aku kat UIAM dulu...MR. R. RASASINGAM yang berada di Selangor ketika ini. I really miss our sweet time in IIUM...thanks for being a good friend and marvellous companion...

Saturday, August 30

XPDC Berbasikal Sempena Kemerdekaan


Selesai petang tadi xpdc berbasikal sempena kemerdekaan yang kami adakan saban tahun. Kali ini nampaknya jumlah peserta agak berkurangan kalau dibandingkan dengan tahun lepas... mungkin ramai yang dah tak naik basikal lagi kerana dah mampu pakai motor sendiri. Laluan kali ini diubah sedikit selagu dengan komitmen tuan rumah untuk setiap hentian. Tapi kali ini ada sedikit kekurangan kerana ramai yang tak sanggup menyediakan sedikit jamuan kerana sibuk dengan tugas-tugas lain yang lebih mustahak. Namun acara diteruskan walaupun tempat makan-makan dah berkurangan... yang tentunya bendera Jalur Gemilang diarak di serata mukim menandakan Hari Kemerdekaan kita dah sangat hampir. Letih dan kurang selesa memang dirasai di sepanjang xpdc kerana panas terik dan kawasan laluan yang agak mencabar. Apa-apapun tahniah kepada penganjur dan peserta-peserta yang telah menjayakan program ini. Selamat Hari Kemerdekaan ke 51!!

Aku dengan Honda Davidson 100cc bersedia untuk mengiringi peserta-peserta xpdc... pehhh sakit pinggang beb... Ada gak sahabat yang janji nak datang tapi.....entah ler...

Peserta-peserta sedang berbaris untuk memulakan xpdc, ramai dara dari teruna....

Friday, August 29

Barbeque sempena...

Aku bersama bebudak kelas menganjurkan satu jamuan barbeque 3 in 1 tadi. Tanda terima kasih kepada mereka kerana komitment tinggi semasa Hari Kokurikulum tempoh hari di samping kesyukuran menjelang Merdeka Day dan Ramadhan Al-Mubaraq... Namanya budak memang Hot Dog dan Chicken Wing yang dibalasah dulu....bila ikan bakar siap, semua pegang perut kekenyangan.. nasib baik ada geng seopis yang sampai bersama keluarga, kalau tidak tak habis ikan bakar aku....

Belum sempat bakar ikan, bebudak ni dah belasah nasi ngan hot dog...namanya budak..
Sampai kena pakai spek hitam Si Azwan ni sebab pancaran api arang yang menyilau mata kut...
Banyak yang jadi Mandor dari yang bekerja...hmmmm
Apa-apapun terima kasih daun keladi kat kelian semua...Open House Raya nanti sila datang lagi untuk package bakar ikan saja ok.. Thanks guys!!!

Wednesday, August 27

Bendera kecilku....

Sempena bulan kemerdekaan ni aku beli satu lagi bendera kecil. Stok memang ada di rumah cuma saiz tak berapa sesuai untuk aku kibarkan di atas motosikalku. Sebagai salah sorang marshal ekspedisi berbasikal nanti, aku akan kibarkan bendera ini dengan gahnya...Biarlah ia berkibar di sepanjang perjalanan aku mengelilingi kampung mengiringi penungang-penungang basikal tu... Kawasan ekspedisi macam jauh jugak...dari pagi sampai petang baru habis.. bila aku tengok laluan tu, banyak spot yang akan kami singgah. Acara penyerahan bendera, ikrar, nyanyian lagu dan yang pasti menarik... acara makan-makan. Tahun lepas aku ikut jugak.. tapi sebagai rescue team... bayangkanlah memandu kereta 20-30kmh dengan menggunakan gear 2-3 saja...pehh!! siksa toi kereta aku dibuatnya. So tahun ni aku nak bawak moto saja...harap-harap tak hujan... Kalau ada yang teringin nak join... yuk!! Tanggal 30hb Ogos 2008, bermula dari perkarangan sekolah dan merentasi kampung-kampung di mukim Seri Medan... kita jelajah dan kibarkan bendera Jalur Gemilang!!

Tuesday, August 26

Jejak Kasih....

Bila masuk hak menatang nih amba nak kena speaking Petani la.... Semenjak Website Kapungku Batu Kugho dilancarkan banyak la petemuaen telah berlaku diantara penduduknya yang dah lama berhijrah ke kota... kami telah bertemu di dalaen forung dan mengaturkaen petemuaen di rumah Kok Tie di Kajang, Selangor. Rama la geng-geng lama bejupa dan banyak la crita-crita lama terubik kembali... Al maklungla dah lama tak bejupa...

Di antara otai-otai Batu Kugho yang hadir pada sesi pagi.

Kalu nak tahu crita tetang kapung kami nih...sila lawat : http://s1.zetaboards.com/Batu_Kurau/index/

Monday, August 25

Bila Papa Merajuk.....

Aku rasa terganggu jugak pagi ni bila mengenangkan ragam 'Papa' merajuk tak tentu pasal.... Dari segi penampilan memang papa anggun dan bergaya pagi ni dengan kot dan tali lehernya. Bila anak-anak dah ramai berkumpul di tengah laman memang bermacam ragam akan nampak. Bila papa kedepan untuk memberikan sepatah dua kata...ada anak-anak yang tak hirau, pulak bersembang selagu-lagunya!!! Mula-mula papa bertahan juga dengan nada suara yang gentlemen....bila suara papa dah tenggelam dik gamatnya suara anak-anak, papa mula meninggikan suara. Tak cukup dengan suara dan jampi serapahnya, papa tangkap sorang anaknya ke atas serambi... Anak terdiam kaku!!! Papa pergi menghilang diri di tengah-tengah pantun mesranya...ehmmmm..lama jugak la menghilang, ibu-ibu yang lain pun terpegun sehinggalah papa kembali.... aku yang dah paham sangat kerenah papa terus cabut pergi dapur.. cari sarapan sendiri...Entah lah papa...

Saturday, August 23

U14 MILO YOUTH, 2008, KUALA SELANGOR

Aku hadir bertugas di Kuala Selangor setelah gagal hadir ke Beijing... Kejohanan kali ni agak unik kerana dikendalikan oleh MDKS dan bukan Persatuan Bola Tampar Selangor. Disini aku rakamkan photo-photo untuk tatapan bersama.
Pandangan dari tingkat atas Stadium Tertutup semasa kejohanan sedang berlansung.

Perlawanan kategori lelaki ini diadili oleh NRC Chai Poh Watt, referi dari Sarawak.

Inilah kerja rasmi aku di setiap kejohanan kebangsaan...menilai prestasi pengadil

Pemain-pemain diangkut ke stadium menggunakan tramp...nak cuba kena datang K.Selangor..

Majlis makan malam rasmi... seafood!!!!

Diantara juadah yang disajikan...yang ada penyakit GAUT tu, mintak maaf ler..

Majlis dihiburkan dengan Band IPDKS dengan penyanyi dangdut yang menggegarkan.....
FIVB Protocol untuk perlawanan akhir lelaki diantara Selangor menentang Pahang, perlawanan hebat yang dimenangi oleh Pahang dengan keputusan 3-2. Perlawanan ini dikendalikan oleh MR Kamaldeen dari Perak dan NRC Mazlan dari Melaka. Bravo...a quality performance by both referees.

Inilah Signature Ball yang aku perolehi dari kejohananan... signature dari semua pengadil dan MAVA Controll Committee. See u all in the next tournament.. U16 Terengganu and Inter-Varsity ASEAN di Bukit Jalil. " Keep the ball flying"

Selamat Bersara Abang Said

Tergetik hati aku nak menelefon geng-geng lama kat PPDKS semasa bertugas di Stadium Tertutup Kuala Selangor minggu lepas... Suara Idah staff kat situ mengajak aku hadir petang tu kerana ada majlis kecil kat office. Aku melangkah masuk office yang dah agak lama aku tinggalkan dengan seribu rasa suka dan misteri. Semua kat dewan kecil sedang makan-makan...dan aku disambut mesra oleh semua geng-geng lama bermula dari PPD sendiri hinggalah ke drebar office. Abang Said PRA yang banyak sangat membantu aku kat office dulu bersara hari ini, cukup 56 tahun umur dan akan meninggalkan kerja sebagai penjawat awam. Banyak peristiwa aku dengan abang Said ni...orangnya sangat mesra dan cukup ringan tangan membantu aku dulu...

Saat terakhir Abang Said di kantor ini... sedang 'punch card' keluar pejabat buat kali penghabisan. Tahniah Abang Said...jasamu akan sentiasa dikenang!!!!

Bergambar dengan pegawai dan staff PPDKS di luar pejabat sebelum dihantar pulang ke rumah dengan kenderaan rasmi pejabat... Yang lain-lainpun akan bersara tak lama lagi...so bersiap-siap ler..

Saturday, August 16

Wanna Hair Cut.....?


3 minggu sekali aku ada appointment ngan Tailor Rambut aku kat Bandar Batu Pahat...Lokasi : Jalan ke Pasar BPahat.. Nama Saloon : ODEON Kedai Gunting Rambut. Perniagaan ini adalah usaha keluarga yang diwarisi turun temurun. Kedainya kecil dan antik... air cond dan banyak majalah hiburan..sesekali dihiburkan dengan lagu2 Tamil dan TV Astro Awana. Consultant aku ni ( Uncle Samy) dah veteran dan kalau bekerja tu cukup berhati-hati terutama bila bab cukur mencukur. Kalau dia ada pelanggan, anak saudara dia (Raj) akan layan aku. Harga sangat berpatutan.. Gunting + Cukur baru RM8.00 sahaja...kadang-kadang aku mintak dia sodok saja ngan mesin ( No. 2 )... Kat sekolah akupun Barber gak....belasah rambut pelajar-pelajar yang rambut panjang dan berfesyen-fesyen ( Trojan, Peter Pan...rambut artis)... tak ketinggalan yang menyimpan janggut dan side burn panjang. Ada jugak pelajar yang menjellykan rambut supaya tak nampak panjang (nak tipu cikgu la tu).. hehehehehe, aku ngan WakHaji selalu ronda kelas-kelas dengan gunting di poket...memang yang terlepas kat perhimpunan akan diburu di kelas..mintak maaf ler.
Ni dia Uncle Samy yang sedang beraksi...terkejut dia bila N95 aku berkelip merakam aksinya. TQ uncle...Kekalkan prestasi cemerlang dan layanan mesra kepada pelangaan regular macam aku ni.... Your political opinions also not bad!!! Orang veteran katakan...

Thursday, August 14

Detail!...Detail Sedia!!...

Pagi ni aku ngan kengkawan Kadet Polis g latihan menembak di Tanjung Labuh. Berkongsi latihan dengan anggota regular, Polis Simpanan dan kami ler.... Pegawai Lapang Sasar, Inspektor Mokhtar (D7) memberikan taklimat keselamatan dan kami terus 'shoot to kill the target' Sebelum tu kami disergah oleh jurulatih (Sjn Ramlan...baru naik pangkat) tentang kaedah menembak yang terbaik...
Sesi teori pengendalian senjata...Senapang HKMP5 buatan Russia.. Short distance Assault Weapon

Beberapa orang Pegawai Kadet sedang bersedia untuk membuat tembakan. Senjata yang kami gunakan adalah senapang HKMP5 dan pistol Revolver Smith & Wilson 0.38 Special.

Ini adalah kesan tembakan target HKMP5 yang aku belasah habis-habisan. ( Standing position Semi-10butir/Auto - 10butir dan Sitting position Semi-10butir) Memang aku robat menembak... 30 biji yang aku tembak, semua masuk target ( 3 bull-eyes )...tapi yang lawaknya...kesan peluru ada 40!!! Rupanya jiran aku tersasar 10butir pertama ke target aku..... patut la terlebih sudah.... Apa-apapun aku tetap happy kerana dapat score highest mark... Bila la nak belasah M16 pulak...


Wednesday, August 13

Can You Believe This??

What you see below are not see-thru skirts. They are actually prints on the skirts to make it look as if the panties are visible And these are the current rage in Japan ..

I forward this as a public service, so you won't have a heart attack when the rage reaches here.

IKTIBAR...

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
.......
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengenai pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apa lagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.
......
Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi : ' Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
......
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; ' Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil'. Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. 'Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
......
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat. Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
......
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
......
Pengajaran Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara. WASSALAM.

Tuesday, August 12

JOM MELAWAT....

Aku melawat isteri di Wad 4 (otopedik) sebentar tadi... ketika tu waktu melawat (4.00pm - 6.30pm). Banyak sungguh pengunjung pada hari ini..tapi yang menyesakkan keadaan bukan pelawat-pelawat, tapi pesakit tu sendiri. Overloaded, terlebih sudah "Stacy AF6"....bilik yang sepatutnya diisi cuma 6 orang dah melampau sampai 8 orang pesakit...memang aku mintak Kelas Satu, tapi semua dah penuh ba!!!
Mungkin malam ni pembedahan akan berlaku, tapi Bilik Bedahpun que jugak...Memang hospital ni dah tak mampu menampung keperluan penduduk tempatan....! Atau ramai sangat yang sakit sekarang ini...sabar je lah. Untung nasib cepat, kalau tidak tunggu jer sampai bila-bila. Patut hantar ke Hospital Swasta saja, tapi kes ini dirujuk kepada hospital kerajaan kerana doktor pakarnya dah tersalah bikin agaknya masa operasi pertama dulu kut...Apa-apapun aku tunggu sampai besok...harap-harap cepat dibedah kerana cuti sekolah ni banyak benda yang aku nak buat...kalau bini kat hospital, terbantutlah rancangan aku..hmmmmm

Monday, August 11

07 dari gerakan panggilan over...

Ini ring tone geng-geng kat sini...kalau berbunyi tuh, memang ada ler bantuan yang akan diperlukan...tapi kes ni lain pulak, photo-photo yang aku rakam di TV masa Sukan Olimpik 22, Beijing ni terlalu menggambarkan betapa jerihnya manusia nak merangkul gelaran tertinggi sukan di dunia ni. Hampir tercabut nyawa dibuatnya.. kalau ler ada kengkawan yang boleh hembus jampi ke, serapah ke, tentu dapat menolong mereka yang dah nak tercabut nyawa ni...

Ini Wong Choong Nam sedang beraksi..kalau menang Gold Medal jadilah Jutawan segera..

Back to the ward......

This was the room where my wife was examined as an orthopedic patient this morning... Arrived at 7.30am and ended at 12.00 noon (quite a drag) After analysed dozen of x-ray films and report on blood test the respective doctor (Dr Kamal) instructed my wife to report back to the ward as patient tomorrow. What a shocked!... another operation have to be done due to infection and bone recovery's problems...It had been nearly 6 months after the accident and yet, she have to come again as a patient! Well, who else to refer if not to the doctors... Hmmmm, I thought everything was OK until Dr Kamal wrote his report. Have to apply another CRK tomorrow ( another 3 days left ) to entertain my wife towards her second operation. Hopefully she will get better soon. Amin

Sunday, August 10

Bulan Kemerdekaan

" Tanggal 31, bulan Ogos 57' Hari yang mulia, hari yang bahagia sambut dengan jiwa yang merdeka...."
Dah masuk 51 tahun kita merdeka, sambutan meraikan Hari Merdeka ini disusun rapi untuk sentiasa mengingatkan kita betapa bahagianya kita hidup tanpa dijajah oleh sesiapa.
Di sini kami menyambut bulan merdeka dengan berbagai aktiviti...semuanya menggambarkan semangat patriotik dan taat setianya kami kepada Perlembagaan dan Rukunegara. Berkayak, Hiking, Berakit, Berbasikal secara beramai-ramai disamping menyambut malam ambang kemerdekaan adalah rutin kami setiap tahun. Penyertaan memang menggalakkan..kerjasama dari semua institusi mengutuhkan lagi aktiviti-aktiviti sebegini. Ayuh semua...kita kenang kembali sejarah kemerdekaan kita!!! Pengorbanan dan kesengsaraan pemimpin dan rakyat dalam meraih kemerdekaan kita sanjung tinggi...Hanya Tuhan yang akan membalas komitment mereka.. MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA!

Saturday, August 9

cuti dan kembarnya

Cuti sekolah merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua guru, pelajar dan ibubapa. Disitulah masanya mereka dapat mengatur segala rancangan terutama keluar daerah untuk melawat, kenduri malah melakukan urusan-urusan peribadi . Tapi institusi ini mengamalkan tiada cuti penuh untuk stafnya, sampai Cuti & Mesyuarat menjadi SINONIM dan terpahat di dairi masing-masing.

Hasil dari desas-desus yang didengar : Meyuarat tu memang bagus...cuma mesyuarat selalunya tanpa agenda/minit mesyuarat/dan tindak susul.. mesyuarat cuma satu hala (briefing lebih tepat)... dan hasilnya, staf baca surat khabar dan Pengerusi Mesyuarat syok sendiri!!! Paling sedih....institusi ni tiada Bilik Mesyuarat, so merantaulah kat mana-mana bilik dan selalunya kat dewan sementara (kelas). Olehkerana tiada minit mesyuarat.. staf kenalah bukak buku nota dan catat apa yang patut...kalau ada tindakan segera (tiada arahan hitam putih) maka bersepailah segala tajuk yang dibincangkan... Jalan penyelesaian : Binalah Bilik Mesyuarat yang rasmi, Surat Pekeliling dan Agenda yang terancang dan efisien, Pencatat serta Dokumen sokongan yang relevan. Paling penting...mesyuarat tidak semestinya diadakan pada setiap cuti sekolah!!... Mat Teropong

Friday, August 8

Bukan Ilusi.....Hanya Kebesaran Allah

Video clip ini aku dapat dari seorang sahabat yang pulang dari negara jiran... kerana kemiskinan dan tiada peruntukan dari mana-mana pihak maka kutipan derma telah dibuat untuk mendirikan sebuah mesjid. Dengan wang yang secukupnya, berjaya juga didirikan sebuah mesjid, namun masih tidak mencukupi untuk menyewa krin untuk menaikkan kubah! Dengan berkat segala Pak Kiai yang dijemput seantario negeri.. majlis tahlil dan zikir telah menyakinkan mereka bahawa Tuhan Maha Kuasa... saksikanlah..ALLAH HU AKBAR!

Lambaian Mesra...

Bila jari disusun indah, tanda kawan tanda mesra,
Pagi Jumaat kita bermadah, bagai hari tiada penghujungnya.
Baju sedondon tanda muafakat, kerana yang baik membawa berkat,
Bukan sindiran bukan mengumpat, kerana yang jauh menjadi rapat.
Dua sahabat duduk setempat, dijari manis tersarung cincin,
Siji... loro... telu... papat, ermmm esok lusa dah nak kawin.

Tulis nama atas batu...

Menghasilkan kerja-kerja seni memang anugerah Tuhan kepada hambanya. Studio seni kat institusi aku selalu sangat diziarah oleh students dalam menghasilkan kerja-kerja seni mengikut sukatan pelajaran dan persediaan kerja kursus peperiksaan. Namun begitu, ketagihan mencurahkan bakat ini telah berlarutan hinggalah ke dinding-dinding batu di sini...teringat aku lagu Sudirman " kalau pergi Kuala Kubu...tulis nama atas batu..." Mungkin ilham ini yang ditatah oleh segelintir manusia dalam mencurahkan hati dan perasaan mereka!!! Di bawah ini adalah sebahagian dari hasil nukilan pelajar-pelajar yang berbakat dalam menghasilkan kerja-kerja seni.

Hasil kerja menggunakan bahan crayon dan kapur tulis

Karikatur pemimpin teragung dinasti Chan

Seorang artis unggul sedang melakar Batu Bersurat SMKSM

Wednesday, August 6

Warung Pak Dollah

Setiap kali aku melintas kawasan ni memang aku singgah... warung kecil yang diusahakan oleh keluarga Pak Dollah ni memang popular di kalangan penduduk tempatan kerana sajiannya murah dan sedap. Paling famous ialah Nasi Ayam! Ayam goreng panas-panas untuk setiap hidangan memang meramas selera dan menitiskan air liur pengunjung-pengunjung. Uniknya warung ini adalah kerana pelanggannya yang berbilang bangsa. Majmuk sungguh warung ini terutama di sebelah tengahari... selalu aku bungkus saja dan makan di rumah.. Bila aku tanya-tanya pengunjung yang datang, ramai yang memandu jauh untuk menikmati juadah di sini... yang dari Muar dan Bandar Batu Pahatpun sanggup datang... kebetulan lak warung ni di laluan ke Parit Sulong menuju ke Highway Pagoh so ramai la yang lalulalang singgah. OK Pak Dollah cukup la promosi buat kali ini...."Bungkus 4 ye...ayam lebih sikit!"..

Tuesday, August 5

OLIMPIK DAH MULA ...

Syok toi dapat menatap siaran olimpik dengan chanel Astro nih...10 chanel 816-825 menyiarkan segala pertandingan yang dilangsungkan 4 tahun sekali nih.. Maka genaplah 8 tahun aku melanggan Astro.. memang pada mulanya aku melanggan kerana ingin menatap sukan dunia ini, so paham-paham ler, kaum ibu... kerana beza masa Beijing/Malaysia adalah 0:0 jam, maka semua siaran dapat ditonton tanpa rasa ngantuk lagi...yezzzaaa!!! yang tak bestnyer mungkin kena bersaing dengan kaum ibu yang suka nonton rancangan 'SOLEHA' yang berkeudara setiap hari jam 5.30ptg.. tapi petang ni Germany vs Brazil, takkan nak lepas tengok Hero Jonggang dari Brazil ni beraksi.. mintak maap ler ibu yee..

So... bagi peminat-peminat Sukan Olimpik Beijing 2008 nih.. jangan lupa nonton pulak.. manaler tahu ada chance terserempak dengan atlit-atlit Malaysia yang bertanding. Kut-kut depa jadi jutawan bila balik nanti..

Anak Kecil Bermain Api..

Aku teringat dulu-dulu masa pergi Kursus Bina Negara.. Lagu Anak Kecil Bermain Api ni memang menusuk jiwa, membangkitkan semangat patriotik dalam membela agama, bangsa dan negara!!! Tapi kali ini lain cerita beb... laluan aku balik dari tempat kerja saban kali bertempur dengan kenderaan dan budak-budak sekolah. Di luar pagar sekolah ni, bebudak hingusan ni bagai berada di Zon Selamat...di luar batas undang-undang sekolah malah di luar norma kehidupan seorang pelajar. Aku rakamkan detik bakar membakar kertas (mungkin kertas exam) yang nampaknya bagai kebakaran kecil..kawasan ramai yang penuh dengan kenderaan penumpang menjadi kawasan hiburan tak campur lagi dengan kumpulan yang merokok macam dalam pub!!! Wah wah.. enjoy toi depa bila berada di luar pagar... macam dunia depa yang punya... ragam bebudak sekolah yang memang aku tak boleh terima.. kalau berhenti dan tegur, silap-silap kereta aku pulak kena baling batu!!!

Monday, August 4

Speaking London...

Every second week of the month is constructed to be as English Week. During the assembly (conducted by students) medium of instruction is English whereby teachers and students will converse totally in English Language. As we all know that, English is only used at school and the only way to make them converse is to make the language as "survival". We draw a path near the teacher's room as English Zone to ensure the only medium can be heard in the area is the respective language. Hopefully our 'Kampung Students" will try their best to use the language regularly even though BM, BJ and BB are their respective languages ever since .

Sunday, August 3

Pandu Cermat Jiwa Selamat


Oleh kerana harga minyak belum turun-turun lagi, sejenis kenderaan jimat minyak telah diperkenalkan. Prototaip yang pertama telah dicipta menggunakan kayu keras yang fleksibel tetapi mudah didapati di mana-mana semak di Malaysia. Akan berada di pasaran tak lama lagi selepas semua ujian ketahanan selesai. Harga boleh runding sebab ada banyak model diperkenalkan.. bermula dari mini-bike hinggalah ke super-bike. Bersifat mesra alam dan kos baikpulihpun sangat murah. Ayuh, kengkawan kita tukar kenderaan hibrid yang baru ni...
Sesi ujian kelajuan sedang dijalankan.. aksesoripun dalam pakej..so jangan risau kalau berlaku kemalangan.



Saturday, August 2

Kita Belajar Apa Tadi ekk!!

Selesai sudah LDP ke 2, ditambah dengan penyertaan MAXIS sebagai penggarap sistem komunikasi terutamanya siri internet. Kurang jelas dengan kehadiran mereka..banyak student UTM yang membantu dan mintak maaf ler...tak ada kaedah yang berjaya kerana lecturer tak belajar psikologi, pedagogi, falsafah dan sosiologi...tak buat homework tentang keupayaan klien menyebabkan guru pun boring la... Microsoft Power Point? Entah ler... masa singkat sangat untuk belajar semua ilmu..tapi tak pe gak kerana masalah boleh dirujuk pada bila-bila masa, kerana Dr. Fadil dan Dr. Zarina selalu ada kat sekolah..

Sebahagian dari bakal-bakal blogger sedang menyusun laporan untuk di publish.. ada isu panas ke?

Friday, August 1

Gebu.......Shampoo


Ini wajah kucing aku masa tengah sihat walafiat.. gebu, manja dan comel. Tapi bila dah dishampoo untuk rawatan mingguan..dia menjerit dan cuba melepas diri untuk segera dikeringkan.. perhatikan gelagat proses menjilat bulu..

Harga Minyak Nak Turun.......

Berita hari ini kalau benar akan gempar lagi.. PM akan mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel tak lama lagi dengan alasan harga global dah mula turun... hehehehehhe...lawak toi... sebab kena 'pressure' keliling pinggang selepas debat Anwar-Shabery barulah agaknya PM sedar bahawa tindakan tempohari tak betul (tak popular) .. betul cakap kawan aku dari Berne...
1. Jika kerajaan mengambil pendekatan Anwar, maka kerajaan akan hilang kredibiliti, tetapi rakyat BN dan rakyat PR akan menikmati harga petrol yang rendah dari sekarang.

2. Jika kerajaan tidak mengambil usul, maka rakyat BN tidak rugi tetapi rakyat PR akan terus protes.

MALAYSIA BOLEH.....

Bila Cincin Di Jari

Cincin merupakan aksesori yang hampir wajib bagi kaum Hawa, berbagai sumber material digunakan dan selalunya cincin di jari manis memaparkan agenda yang tertentu. Semua cincin adalah 'keras' kerana ditatah oleh besi, perak, emas atau intan berlian. Kalau di jari manis, tentu special kerana romantik dan cantik dipandang. Tak berapa hari lagi ada 2 orang teman sebumbung akan bakal menyarung cincin nikah yang cantik, elegan dan mahal. So...tahniah kepada bakal pengantin berdua.. sorang kat Peserai ( ada chance mengunjung ).. sorang lagi kat Seberang Takir.. ( jauh toi nak kayuh ngan answer).. apa-apapun kengkawan semua tumpang berbahagia di atas status baru yang akan dimiliki!! So kepada yang belum menyarung cincin nikah tu... usahakanlah mencari penderma budiman! Untung-untung dapat "Dato".. tentu-tentu dapat status "Datin" nanti..