Friday, July 11

Lagenda Bukit Inas

Dari jauh tak ler setinggi mana, namun kalau mendaki keringat dingin pasti membasahi seluruh tubuh... bukit yang paling tinggi di Seri Medan ini pernah menjadi medan pertarungan semasa kependudukan Jepun dahulu...tapi story hari ni tak ler tentang sejarahnya tapi bagaimana bukit ini telah menambah pendapatan penduduknya. Kawasan lerengnya telah diteroka untuk tanaman herba yang menjadi intipati ubatan tradisional. Usahawan Allahyaraham Wak Dakam telah mengusahakan projek tanaman herba yang menjadi tongak kepada perusahaan ubatan tradisional beliau. Di sebalik keindahan kawasan berbukit dan di tepi sungai, kawasan ini telah menjadi tapak perkhemahan kepada Pasukan Bulan Sabit Merah SMKSM... aktiviti perkhemahan Badan Pakaian Seragam telah menyemarakkan persekitaran bukit ini pada hujung minggu.
Pandangan hadapan Kilang Perubatan Tradisional Wak Dakam yang berhampiran dengan tapak perkhemahan.

Peserta perkhemahan sedang bersantai sementara aktiviti selanjutnya diteruskan

Sempat juga posing cecikgu ni... hmmmm

No comments: