Monday, July 7

WORK WITH ME..DONT WORK FOR ME!!!!

Slogan daripada PM masa dia menang PU 2004 telah menyemarakkan ramai pentadbir untuk mengikut stail pengurusan beliau. Dalam kursus perkidmatan kerajaanpun, slogan ini dijadikan 'task' kepada pengurus-pengurus dalam mengelola pentadbiran di peringkat sekolah ataupun jabatan sekalipun. Adakah ianya berkesan??...'On Paper' memang la cantik tetapi hakikatnya ' WORK FOR ME' lebih popular kerana lebih otokratik dan under control.


Nah tu dia... pekeliling sekolah dah keluar...!! Sila bayar RM15.00 seorang untuk membiayai Mesin Punch Card!! Olehkerana sistem Buku Kedatangan dah lapuk dan ketinggalan zaman, pihak pentadbir mengarahkan penggunaan mesin masa ini untuk kegunaan staf semua. Semua menyokong penggunaannya..tapi...kenapa Guru dan Staff kena bayar? Pengurusan pejabat nak efisien dalam pengurusan masa staffnya kenapa kena bayar sendiri? Tak ada sumber kewangan lain ke yang boleh menampung? Hari Gerko dah sapu beribu-ribu...tak cukup ke? Nasib baik CCTV tak mintak duit i.... kononnya boleh monitor pergerakan pelajar-pelajar...dan guru sekali kut. Tentang hal lain ada pulak duit...pandai mintak peruntukan YB dan sebagainya...Perkara mintak-mintak duit ni kena jelas dan telus... bila kita mula sangsi..kita akan hilang kepercayaan..dan bila sudah hilang kepercayaan, maka semua yang dibuat akan dipertikaikan!!!

4 comments:

yang benar said...

duit itu adalah benar. setiap sen yang dibelanjakan adalah benar. subahat jika membayar atas yang benar. semoga yang benar itu mendapat petunjuk.

yang benar said...

malunya aku pada sekolah lain

Azman Bin Sulaiman said...
This comment has been removed by the author.
che mat said...

Fikirkan:-

1. Sediakan 1 softboard tampal pada dinding di atas mesin PunchCard. Sesiapa yang ingin membuat pengiklanan, kenakan caj tertentu. Salurkan duit kutipan tersebut untuk membiayaai mesin punchcard. Oleh itu, setiap orang nak punch card, pasti akan membaca iklan tersebut. Kecuali mereka menutup mata ketika hendak punch card.

Konsep tersebut telah digunakan oleh google dan yahoo. Penggunaan adalah percuma, tetapi pengiklanan dikenakan caj