Monday, July 21

Geram Sungguh...

Ini pandangan di pintu hadapan SMTP di Tongkang Pecah..sentiasa sibuk dengan kenderaan lalulalang dan kenderaan yang menghantar pelajar sekolah. Mengecewakan sekali kerana semua kenderaan yang menghantar pelajar ini tidak mengikut peraturan jalanraya dengan tidak mengendahkan garisan berkembar, garisan kuning dan juga lampu isyarat!!! Ibubapa dan bas sekolah dengan senang hati membuat pusingan 'U' di dihadapan lampu isyarat tanpa memikirkan kenderaan depan dan belakang. Seketika ada kawalan dari pihak polis, dan isu ini reda sebentar... tapi bila tak ada penguatkuasaan, semua pemandu kembali kurang ajar dan mengambil risiko kemalangan..kiri kanan jalan menjadi hentian VIP dan kenderaan lain terpaksa beratur panjang semata-mata membenarkan bas dan kenderaan persendirian menurunkan penumpang. Nak aku maki, nampak macam bodoh sangat.. nak telefon polis..tentu tak datang..entah ler..inilah sikap pemandu di Malaysia yang tak takut undang-undang, mungkin kerana duit banyak untuk baiki kenderaan bila berlaku perlanggaran. Dah ada yang maut, barulah pihak tertentu sedar dan insaf...piiiirrraaaahhh!! Cuba la pikir beb!!

No comments: