Thursday, May 29

MSSM 2008, IPOH, PERAK

Tanggal 25 hingga 29 Mei menjadi titik sejarah bagi peminat permainan Bola Tampar. Kejohanan peringkat kebangsaan itu telah dijalankan di Ipoh, Perak dengan penuh persaingan dan kegemilangannya. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah berjaya menguruskan kejohanan dengan cemerlangnya dengan kerjasama mantap dari negeri pengelola. Lokasi Stadium Indera Mulia, JBS, SJKC Sam Tet dan Yuk Choy telah merakam aksi-aksi menarik kejohanan ini. Tahniah kepada pasukan Sarawak yang telah menyapu bersih semua kategori!!! Para pegawai kejohanan telah ditempatkan di Hotel Seri Malaysia dan mendapat layanan yang baik dan sempurna dari pihak pengurusan hotel, tahniah! Buat pertama kalinya di kejohanan MSSM, 'Volleyball Information System' (VIS) telah digunapakai dalam pengumpulan data aksi permainan. Sistem ini merakam secara terperinci aksi pemain seperti servis, hadangan, menyangga, merejam dan lain-lain dalam bentuk data statistik. Sistem ini dapat merakamkan kecemerlangan setiap individu yang bermain, dengan itu pemilihan kemahiran terbaik individu dapat dikesan dengan lebih mudah untuk pemilihan individu terbaik dan pasukan kebangsaan lebih mudah dibentuk. Banyak nama-nama individu yang telah bertungkus lumus dalam mengecapi kejayaan di Ipoh ini. Walaupun terdapat beberapa kekurangan namun kegemilangan kejohanan kali ini mengatasi segalanya. Kepada pasukan yang berjaya, tahniah diucapkan....yang kalah cuba lagi tahun hadapan...dengar cerita macam Sabah jer yang nak host 2009...Dua photo di atas diambil di Stadium Indera Mulia dan 2 jejaka handsome tu merupakan pengadil yang bertugas...Amee dari Selangor (meragakan lencana MAVA Referee) dan Mulyadi dari Kelantan...tahniah, komitment anda berdua mercu tanda kejayaan kejohanan....Jumpa lagi di tahun hadapan...Semoga lebih manis dan ceria.....'Keep the ball flying'

Wednesday, May 21

Teman Tapi Mesra


Hari ini kaum pendidik SMKSM datang menjenguk rakan taulan yang sakit sempena siri lawatan "teman tapi mesra" tajaan warga pendidik BP. Kelmarin di Hospital BP, 9 orang warga pendidik telah dilawati, ditanya khabar dan diunjung sejambak buah. Hari ini 3 rumah dilawati dan rumah aku yang terakhirnya....Terima kasih daun keladi...raya nanti datang lagi. Tapi, dikesempatan bergambar dengan tuan rumah...sempat juga yang muda jelita berposing...dan yang muda belia tumpang sekaki....Walaubagaimanapun sekali lagi ucapan terima kasih kerana sudi melawat dan memberikan peransang kepada yang sakit.....teruskan lagi usaha murni ini walaupun Si Monie tak ikut serta....amacam? Video dah boleh operate?

Sunday, May 18

Air Batu Campur

Genetik asia DOMINAN. Kebanyakkan anak-anak yang lahir dari pasangan kahwin campur mempunyai rupa bentuk fizikal yang cantik dan menarik. Walaupun ibu mereka tak secantik mana ataupun bapa tak sehensem mana. Mata mereka hitam dan sedikit cokelat manakala rambut mereka hitam dan sedikit brunette. Setakat yang saya jumpa tiada yang berambut perang atau bermata biru atau hijau. Jika anak perempuan, mereka nampak cantik manakala anak lelaki pula nampak hensem. Dari Berne, Switzerland

JOJI si Parsi

Setelah kedua-dua ekor hamsternya tamat usia setelah 2 tahun bersama, JOJI pula menggantikannya sebagai teman istimewa semasa di teratak tua ini. Campuran tempatan dan parsi, kucing comel ini menampakkan keinginan untuk tinggal bersama walaupun tak tahu asal usulnya. Rawatan pertama di klinik menunjukkan JOJI sihat dan berkeupayaan untuk hidup tanpa belaian ibu kandungnya lagi...dan 7 adik beradiknya. Umur yang menjangkau 2 bulan menjadikannya cukup riang dan manja. Makan minum jenama ternama, kawasan permainan luas terbentang, dan teman permainan pula gadis 11 tahun ( anak bongsuku ). Imejnya semakin bergaya setelah dirawat dan di 'spa'kan setiap minggu. Tidurnya di sangkar dan tandasnya di bawah katil. Harapan agar JOJI terus ceria dan menemani kami sekeluarga setiap masa. Cuti ni ada chance ler beliau melancong...tak boleh tinggal takut digoda oleh 'MEAUU' sebelah rumah.

Kahwin Campur - Perbandingan Umum

Sumbangan daripada sahabatku dari Berne, Switzerland

Lelaki Swiss berkahwin dengan wanita melayu, adakah kerana cinta, agama atau zuriat?. Wanita Melayu, apabila berkahwin, mereka akan mengikuti suami mereka dan berhijrah ke Switzerland. Mereka menyediakan makanan dan mengemas rumah. Apabila anak lahir, mereka akan menjaga dan memberikan pendidikan anak tersebut dengan sepenuh kasih dan sayang.Adakah mereka berpuas hati dengan keadaan demikian?. Apakah cabaran yang mereka hadapi. Guru agama amat sukar dicari untuk mendidik anak-anak. Jika siibu mempunyai ilmu agama, maka akan menjadi mudah, jika sebaliknya? Human Rights!. Merotan anak adalah satu kesalahan yang cukup besar. Ibu bapa boleh dikenakan hukuman penjara apabila "mendera" anak-anak mereka sendiri. Apabila anak gadis berusia 16 hingga 18 tahun, ibu telah memberikan pil untuk mencegah hamil. Apabila usia mereka mencecah 18 tahun, mereka dengan sendiri boleh keluar dari rumah dan tinggal bersama teman lelaki mereka. Lelaki Swiss yang meminati Islam, dan apabila berkahwin dengan wanita Melayu, mereka akan mengamalkan Islam. Mereka lancar membaca quran, sering mengambil bahagian dalam soal-jawab mengenai hukum-hukum dalam Islam. Adakalanya mereka lebih Islamik dari orang Melayu itu sendiri. Terdapat juga sekadar yang ingin berkahwin dan berkeluarga, dan kemudian mengabaikan Islam. Bagi mereka Islam adalah untuk membolehkan mereka berkahwin dengan wanita Melayu. Mereka tetap Islam, minum arak dan memakan daging khinzir, itu belum lagi daging yang tidak disembelih. Solat dan puasa jauh sekali. Siisteri mengalami tekanan, nak balik terasa malu. Paling tidak, join sekali, kecuali memakan daging khinzir.Ada yang mengambil keputusan untuk berpisah dan dapat duit AHV (EPF), tidak mahu pulang ke Malaysia, kerana cuaca panas, hanyut dengan bir dan wine. Cari kerja dan teruskan kehidupan di sini kerana mereka telah mempunyai permit untuk membolehkan mereka bekerja. Lelaki Melayu berkahwin dengan orang Swiss, mereka boleh mendidik isteri mereka, kalau tak boleh didik, mereka berpisah tetapi hak penjagaan anak-anak akan terlepas, agama anak-anak...??? Amat berlainan jika berkahwin dengan bangsa asing dan menetap di Malaysia. Suasana Malaysia lebih terjamin berbanding di luar sana. Jadi..., fikirkan lah..........

Saturday, May 17

Bowling oh Bowling

Sempena menyambut Hari Guru, Kelab Bilik Guru Sekolah mengadakan satu pertandingan bowling di BP Mall. Pasukan dibahagikan mengikut rumah sukan... nama-nama unik kepahlawanan Melayu dahulu kala. Kempen bermula jam 10 pagi dengan 'lane' yang digilap dengan minyak dan licin ketika memulakan pertandingan. Kumpulan aku 'on paper' memang la 'under dog'.. tapi setelah kiraan mata dibuat...Nah! tergaman pasukan lain. 2 star pasukan aku menunjukkan prestasi yang memberangsangkan...cukup jatuhan pin untuk 'cover' ahli kumpulan yang lain. Memang semua orang bergembira melepaskankan 'tention' buat seketika...bersama kawan-kawan dan anak beranak yang dibawa bersama. Aktiviti ini cukup menggarap siratul rahim kami di kalangan guru dan staff pendidikan...teruskan aktiviti-aktiviti sebegini supaya kami bukan hanya bersemangat di dalam gelanggang tapi juga di medan ilmu di sekolah. Tahniah kepada pasukan Rumah Laksamana...Johan Pasukan dan Johan Individu Lelaki (aku ler tu).Seketika mendengar ucapan PM semasa sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan baru-baru ini...rasa macam ada 'bonus' apabila menceburi bidang profesion ini.. Tahniah! rasanya semua guru bergembira dengan pengumuman tersebut...tapi, pelaksanaannya harap diuruskan dengan sempurna dan mencapai tajuk yang diwar-warkan. Marilah para guru semua...kita berjuang dan mengotakan janji dan amanah yang telah diberikan...."Amanah yang diberi, kami tak persiakan, apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan!"

video

Friday, May 16

HAPPY BIRTHDAY CIKGU

Bila tiba masanya, beraturlah para guru berbaris berarak ke perkarangan sekolah. Dataran yang sempit menjadi saksi bahawa para pendidik ini masih wajar diraikan pada tanggal 16 Mei....Paluan kompang dari Kelab Kompang Sekolah menggegarkan suasana demi menghormati cikgu-cikgu yang disayangi.

video

Thursday, May 15

Terbang Burung Terbang

Sahabatku dari Berne, Swiss menghantar seleret nota untuk dikongsi bersama.... (ramlisaid@yahoo.com)

Jetlag
Jetlag berlaku apabila BodyClock tidak mengikut ritma putaran bumi yang mengikut pusingan arah jam.

Saya telah menaiki pesawat penerbangan dari Zurich ke Kuala Lumpur dengan masa penerbangan selama 13jam. Transit di Dubai selama 4 jam. Apabila tiba di Kuala Lumpur, saya telah menerima kesan sampingan iaitu keletihan. Kesan tersebut adalah akibat dari:-
Duduk terlalu lama, walaupun bergerak seperti bejalan-jalan di dalam pesawat dan,
Tidur yang tidak menentu, kerana tempuh penerbangan dari Zurich ke Doha dan Doha ke Kuala Lumpur.

Kesan dari penerbangan trans-kontinental dari Eropah ke Asia adalah dalam pusingan arah jam. Oleh yang demikian, dengan kesan yang saya terima adalah minima iaitu dengan berehat dan tidur secukupnya dalam masa 2 hari.

Saya menaiki pesawat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Zurich dengan masa penerbangan yang sama dan transit di tempat yang sama. Kesan yang saya terima juga adalah sama seperti 1a dan 1b.

Kesan dari penerbangan trans-kontinental dari Asia ke Eropah adalah dalam pusingan lawan jam. Oleh yang demikian, dengan kesan yang saya terima adalah lebih besar dari pusingan arah jam. Saya memerlukan masa sehingga 7 atau 8 hari untuk pulih. Dengan perbezaan masa selama 7 jam, saya memerlukan 1 jam sehari sebagai tambahan iaitu 25jam sehari berbanding 24jam sehari.

Selama 7 hari, saya akan kerap bangun di awal subuh di antara jam 3 pagi, mengikut masa di Kuala Lumpur kerana pada waktu itu, di Malaysia ia sudah jam 9 pagi, dalam masa 3 jam, saya tidur semula.

Tiada kaedah yang boleh merawat Jetlag, kecuali dengan meminimakan kesan sampingan tersebut. Di antaranya :-

Kurangkan makanan berkabohaidrat tinggi dalam 2 hari sebelum penerbangan, dan lebihkan makanan berasaskan protein.

Minum lebih air mineral

Mungkin kesan akan turun dari 7 hari ke 4 atau 5 hari.

Garisan Malam dan Siang
Garisan malam dan siang boleh dilihat dengan jelas dari tingkap pesawat. Anda akan rasa betapa kerdilnya diri anda.

Semak:-
Kelajuan bumi berputar.
Kelajuan pesawat menentang putaran bumi/jam
Kelajuan pesawat mengikut putaran bumi/jam



video

Wednesday, May 14

Rumahku Syurgaku



Dibina pada awal tahun 20an masih gagah berdiri walaupun penghuninya sudah bersilih ganti. Banyak peristiwa suka duka yang berselindung di bawah bumbung dan dinding lantainya. Aku beli dengan secukup rasa agar rumah tua ini dapat dibelai semula setelah sekian lama diabaikan. Ramai yang mengaku rumah ini meninggalkan nostalgia...namun usaha menjaganya agak kurang diusahakan. Kalau ditinjau bagaimana rumah ini dapat didirikan memang agak unik....kerana kayu kayannya datang dari agak jauh dan mengharungi sungai dan parit dalam bentuk kayu balak. Setahun baru selesai pembuatannya dan hasilnya agak baik dan berkualiti "ketika itu"

Banyak duit poket dan simpanan terkorban dalam mengekalkan originalitinya...tapi ada kepuasan di sebalik pengorbanan tersebut...Ramai yang rasa rumah ini "hidup kembali" setelah sekian lama tidur mengharungi fenomena alam. Kini, walaupun belum 100% disentuh belai namun terasa nyaman dan selesa berkrompomi dengan rumah tua ini. Sejuk dan nyaman ditiup bayu sepanjang hari....harap-harap ada di antara zuriat aku yang sudi membelai rumah tua ini sekiranya aku tidak dapat menatapnya lagi.

Tuesday, May 13

Selamat Hari Guru

16 Mei ni kami sambut Hari Guru yang ke sekian kalinya....seperti biasa Kelab Guru Sekolah memainkan peranannya sebagai organisasi kecil yang merancang sambutannya. Aktiviti.......stereotaip dari tahun lepas....Perhimpunan pagi akan dipenuhi dengan ucapan pentadbir termasuk ucapan dari menteri berkenaan yang menggarap guru-guru supaya lebih reliable dan commited kepada tugas.
Lepas tu ada persembahan permainan antara guru vs guru atau guru vs pelajar...inilah masanya guru-guru gendut dan berkolestrol tinggi akan menyepak bola macam badut sarkis....jadi bahan ketawa budak aje..namun persembahan pasti menarik dan mencuit hati.
Jamuan memang tajuk utama...lepas penat bertarung kat padang, makan minum jadi agenda seterusnya...jom makan!!!! Besoknya kita ada pertandingan Ten Pin Bowling kat BP Mall....setahun sekali p main boling....pasti gegar semua longkang-longkang yang ada...SELAMAT HARI GURU SEMUA!!!

ragam murid-muridku


Kat sekolah kampung ni aku mula belajar jadi cikgu....dah lama tak mengajar panik juga melihat ragam murid-murid yang baru nak membesar. Kalau nak banding tugas di pejabat dulu memang penat mengajar di sekolah. Turun naik tangga sekolah membuatkan aku mengah seketika...nun di tingkat empat kelas yang aku ajar dan turun ke tingkat satu...puuuuhh
Sekolah agak jauh dari rumah..tapi aku enjoy driving pagi-pagi...dari bandar terus ke kampung. 6.30am dah mula bergerak...lewat sikit akan tersadai le kat pintu pagar sekolah kerana dataran penuh dengan pelajar yang berhimpun untuk perhimpunan pagi.
Pelajar kampung ni memang ada yang berjiwa besar...nak belajar sampai universiti tapi masih ada yang lupa daratan dan berharap pada mak bapak untuk menyara hidup mereka. Kalau tentu belajar tak apa jugak...ada yang tak sampai ke sekolah tapi lepak kat kebun kelapa sawit. Masih bermimpi kerana dari darjah satu sampai tingkatan lima tak ada cabaran...sebab lulus tak lulus masih dapat terus belajar....itulah sistem kita ketika ini...Puas kami nasihat dan bimbing supaya mereka kagum bahawa sistem kita ini akan menjamin masa depan mereka.....tapi entah ler...