Tuesday, December 29

GUYUP BESTARI 2010


Itulah dokumen pertama aku terima dari sekolah baru SMKDS... terjemahan dari bahasa JAWA yang mempunyai maksud yang menyeluruh secara positif...memang dah tak ada bahasa Melayu yang boleh membawa erti yang lebih bermakna agaknya.


Dengan jadual baru yang aku terima maka lengkaplah Teaching Skill yang aku dah garap setelah mula mengajar di sekolah menengah...dari Tingkatan Satu sampailah ke Tingkatan 6 Atas, habis sudah syllabus aku terokai....Setelah service selama 23 tahun, maka tahun ini aku diarah mengajar petang, dengan alasan melengkapkan tugas sebagai Guru Displin...menjana disiplin pelajar-pelajar sesi petang yang beringus tu....hahahahahha. Aku terima cabaran tu...dan aku akan pastikan bebudak ni nanti bila melangkah ke sesi pagi akan lebih berwibawa dari senior mereka di menengah atas..."tak caya?...nonggeng la"


"Lain padang lain belalang"...konsep dan minda staff ditambah dengan suasana akademik yang berlainan hala tuju merubah cara kita bekerja...aku sahut dulu suasana baru ini...kalau tak tahan, aku memberontak la kan kan kan...


Ok...kita harungi dulu mutu kerja disini....

Tuesday, December 22

Langkawi lagi....


Malam Krismas nanti aku akan berangkat ke Langkawi untuk bertugas di Kejohanan Terbuka Bola Tampar Pantai Langkawi.....rasanya bakal lebih meriah dari bulan 5 tempohari. Yang tak tahannya masa naik bas....aku dah kena 'jual' beberapa kali masa ke sana tu. Dari BP ke Kluang tukar bas....sampai Butterworth kena jual lagi....sampai A.Setar kena jual jugak....tapi nasib baik selamat sampai ke Kuala Perlis dan terus naik feri ke pulau lagenda tu...

Kejohanan kali ini akan lebih meriah dengan jumlah pasukan yang lebih ramai dan hadiah wang tunai yang beribu-ribu..... ada peluang shopping lagi....

Tuesday, December 8

KDC PRA C

Dah banyak jam aku ngajar kat IPTO ni...tiba masa, student-student pun buat la presentation. Seronok aku tengok gelagat dan persembahan mereka ni...banyak lucu dari serius...hehehehehe. Tapi syukur kerana mereka ni cukup komited dengan tugasan yang diberikan, InsyaAllah ..markah penuh untuk setiap kumpulan. OK, tinggal satu sesi lagi dengan kelian...kita fokus bab writing pulak...cerita 'Mat Chandu' akan aku gambarkan nanti...tungguuuuuuu


Semua masih sedar...walaupun hari dah petang dan cuaca agak panas.

Ini ketua kelas sedang beraksi....

Walaupun sesi dengan kumpulan Pra C ni tak berapa lama, namun aku happy bersama kelian...kita jumpa lagi next semester untuk aktiviti yang lebih menarik.

Thursday, December 3

Cari makan...

Nampaknya cuti sekolah ni aku dapat cari makan lebih sikit....kalau dok rumah ja besarkan perut tak guna jugak. So aku terima tawaran IPTO mengajar part time guru-guru KDPM KDC..hari ni group kedua aku masuk kelas..jadual dan sukatan nampak senang je kalau nak banding dengan MUET, aku turutkan kehendak pentadbir..janji ada masyukkkk...

Yang tak seronoknya, jadual aku bersepah-sepah...ada yang sejam sehari, 3 jam sehari dsb. Terpaksalah berulang-alik selama 2 minggu ni kesana, aku hentam naik motosikal ja...harap-harap jangan hujan cukup...

Hujung bulan nak p Langkawi pulak...macam biasa, tiup wisel kejohanan Bola Tampar Pantai Terbuka Langkawi...silap-silap New Year aku kat Langkawi pulak..hmmmm



Tuesday, December 1

New School New Environment


I registered to the new school in Parit Sulong this morning. The first impression was good because of the warm welcoming from the principal and admin staff. He displayed whatever should to a new staff like me and with planning to achieve better and conducive academic surroundings. Well, I met a few staff that I'd known before...good discussion upon school matters. Hopefully this new environment will give me more motivation towards better skill sharing among the staff. The principal seems to be more transparent and liking IT crossing the academic programme. Hell good for me....Making the whole school compound "Hot Spot" for internet access will be a success soon...bravo!!

I'll miss SMKSM soon...