Sunday, February 14

TT Soromban



Nah, selepas 25 tahun tak bertemu maka Seremban jadi tumpuan. Ex MPSI 83/85 telah ditemukan di Seremban setelah lama terpisah. Macam-macam berita dan peristiwa dikongsi bersama...ada yang masih mantain ayu, ada yang tambah berat badan dan ada yang telah bertukar kerjaya. Satu jawatankuasa telah dibentuk untuk melancarkan aktiviti alumini yang akan bermula pada hujung tahun. Terima kasih segala prof yang telah sudi hadir dan memberikan idea dalam melancarkan aktiviti nanti. Terima kasih kepada En. Zubir yang sudi menyediakan teratak konkrit sebagai tempat mesyuarat dan penginapan.

Taiping, Gua Musang & KL sedang berbincang

Sebahagian yang hadir pada perjumpaan TTS 2010.


Next meet...TT Batu Pahat kut..?

Ini lah wajah kami 25 tahun lepas.....

Wednesday, February 10

Lari, Lompat, Baling

Semalan dan hari ni, student aku semua berpeluh habis menamatkan acara-acara Track & Field untuk mengutip mata rumah sukan... Sukan Tara ni memberikan markah asas kepada pasukan masing-masing sebelum sukan sebenarnya...Lepas jer waktu rehat, semua turun ke padang untuk bersaing sesama sendiri...aku observe dari jauh jer...


Monday, February 8

Dah jadi isteri orang..




Hari minggu lepas aku berkunjung ke Sg. Buloh, Kepong menghormati anak saudara perempuan (sebelah isteri) melansungkan perkahwinan. Bila Johor vs Nogori 9, maka banyak la peristiwa..maklumla 2 budaya yang berbeza...Apa-apapun selamat masuk suku!!! tu yang aku dengar dari rombongan pengantin lelaki!!

Hamper untuk pengunjung bertuah

Barisan pelayan VIP sedang menunggu tugas rasmi

Pasukan Red Devil sedang sarapan pagi

Bersanding di halaman menunggu tol dibuka

DJ 'Glock' sedang bertugas

Sesi ujibakat AF 9 oleh guru vokal Siti Hajar

Calon berpotensi dengan lagunya " Gonna Wonderful Tonite"

Tuesday, February 2

Checkmate!


Sibukla aku melayan bakal atlit negara ni..tiap petang datang untuk latihan sirkit MSSJ..aku pulak dah lama sangat tinggalkan sukan tertutup ni...rasa dah hampir 10 tahun aku tak tengok orang main chess ni...Walaubagaimanapun aku layan jugak selera bebudak ni...rasanya hujung bulan ni baru nak bertanding, menang kalah hal kedua, yang penting lawan tetap lawan...layannn..