Sunday, July 20

Dah Mula Dah

Rejab sudah..Sya'aban menjelang..Ramadhan akan kembali menemui kita tak lama lagi... tapi kekedai semua dah mula offer kain baju untuk persiapan Syawal. Akupun terlibat dengan acara persediaan ini walaupun budget belum mengizinkan. Persiapan kena awal kalau nak pakaian berjahit siap on time!! Harga...ermmmm...memang semua kawasan tulis harga diskaun, tetapi kena pilih dan teliti..stok lama yang banyak turun harga, design baru tetap menawan harganya. Nak taknak kena beli jugak, masa semakin pantas berlalu dan duit dalam poketpun akan mengalir jugak nanti...so kepada semua yang akan menyambut perayaan... Mak oii...lupa lak, belum gaji lagi ler....nasib baik simpanan tetap utuh walaupun dihujung bulan ( kelapa sawit tak ler banyak) ..... segeralah membuat pilihan agar tak ketinggalan.. berbelanja biar patut kerana berjimat cermat adalah amalan kita.

1 comment:

santalia said...

Sebenarnya bukan orang gomen yang sedang menunggu gaji sahaja yang mula sibuk dengan membeli belah persediaan syawal. Di kampung aku yang rata-rata penanam kelapa sawit pun dah mula memenuhi gedung-gedung pakaian. Maklum RM680 setan. Kalau 20 tan satu bulan wow!kalah gaji ahli parlimen. Kalau 20 tahun dulu harga kelapa sawit naik hingga RM400 setan orang felda berlumba-lumba bertukar kereta dan bila harga turun kereta semua tergadai. Tapi sekarang orang felda dan orang kampung dah pandai berjimat cermat. Jadi aku nasihatlah kat orang kampung ni walaupun sekarang ni mereka kaya, kawallah nafsu dan jangan tertipu sangat dengan jualan murah di gedung pakaian. Buatlah persediaan seadanya sahaja. Apatah lagi harga barang-barang yang melambung. Selamat Syaaban dahulu sebelum Ramadhan dan Syawal!