Wednesday, December 31

4444

Nombor ni lucky digits untuk adik aku di Penang, sebab nombor kereta dia disusun dengan nombor 4 saja. Sebenarnya aku rakam trip meter kereta baru aku ni yang berusia sebulan. Lepas sehari keluar kedai dah sampai ke Terengganu.

Lepas balik Terengganu dan servis pertama, aku lajak pulak ke Penang kerana bertugas seminggu disana. Masa balik aku drive pulak ke Pengkalan Hulu, masuk Betong, overnite dan terus ke KL, sambung perjalanan ke Batu Pahat dan tiba di rumah. Bila aku check perjalanan aku..wow dah mencapai 4444km sepanjang cuti ni. Kesimpulannya, cuti sekolah ni memang pendek..pejam celik dah nak mula bertugas...Selamat bertugas semula wahai seluruh warga pendidik.. Salam.

Mee Kuah Udang Banjir

Aku sempat balik Taiping masa cuti sekolah ni... dapat la melawat bonda dan hadir kenduri kahwin 2nd cousin di Batu Kurau.. Semua adik beradik aku balik dan meriah macam balik raya pulak. Bila dah kumpul semua, kami trip pergi Kuala Sepetang (Port Weld) untuk makan udang banjir. Hehehehehhe, semua makanan yang dihidang dilambak dengan udang; Mee Kuah Udang Banjir, Mee Goreng Udang Banjir, segalanya udang banjir....

Warung Mak Teh ni adalah rumah dia yang diextend dan jadikan warung makan, punya la ramai customer hari tu, sampai kena berdiri menunggu tempat duduk.

Anak-anak saudara (15 orang) yang tak sabar menunggu pesanan makanan
Baru sampai air, dah berebut-rebut...budak-budak beb

Bila dah sampai makanan yang dipesan, pakat tengok keindahan udang-udang yang berlambak atas pinggan.

Ni dia Mee Kuah Udang Banjir aku, jenuh nak menghabiskan udang-udang yang berenang dalam mee......

Sambutan Krismas

25hb Disember lepas aku ngan anak bongsu melawat kenalan lama di Segamat sempena Hari Krismas. Banyak juadah disediakan, dan kebanyakannya kuih muih rakyat Malaysia beb...bila aku tanya, Nathan kata semua wife dia yang buat..wow aku tabikla kat bini dia. Lepas makan kuih muih, dia jamu pula lunch bermenukan nasi minyak, kari kambing, dan beberapa menu masakan orang India... aku belasah habis..sedap beb.



Nathan ni aku kenal dah lama, sebelum aku balik Johor lagi..orangnya cool dan cukup mesra. Banyak membantu aku dalam permainan Bola Tampar di peringkat kebangsaan. OK Thiyanathan Michael, Merry Christmas and Happy New Year.

Sunday, December 21

Ronda-Ronda Cari Makan

Aku baru balik dari menjelajah beberapa negeri di utara, tujuan asal cuma hadir bertugas di Penang (MSKPPM) tapi telajak memandu semasa on d way balik...kalah aku pada makan saja..memang aku kemaruk bila time makan, kat mana ada makanan sedap mesti aku berhenti..
Ini masa melintas Jambatan Pulau Pinang, under construction...so agak kurang selesa tapi masih berjalan lancar, walaupun sesak masa 'peak hours'

Aku sempat singgah di 'New World Food Court untuk menjamu selera...penuh sarat ngan pengunjung berbilang bangsa...banyak pilihan makanan/minuman sampai blur nak pilih

ABC buah-buahan yang cukup lazat, ditambah dengan cucur udang mamak

Ni apek yang dah business 40 tahun, apam malik special ni ada pisang yang memang enak dimakan

Ini pulak Mee Ketam kat Kuala Sungai Juru...memang mengiurkan, sedap sangat beb

Tamat je tugas di Penang aku drive ke Pengkalan Hulu, Perak...masuk sekejap sempadan ke Betong dan sempat la beli Beras dan Pulut Siam...suasana tenang dan damai walaupun di sempadan lain agak kurang selamat untuk dilawati... Tak lama lagi pejabat dah nak dibuka..so selamat kembali bertugas untuk para pendidik.. Salam

Saturday, December 6

Minyak Beku

Dah lama aku tak jengok blog ni..bukan pasal pe pun, sibuk hujung tahun handle bebudak nak pereksa dsb. Boring-boring kat rumah aku ride motor melawat pantai Minyak Beku, 19km dari rumah..saja relax dan makan sambil tengok air pasang..
Air tengah pasang ni...sambil makan dan ditiup angin laut memang la best..sedar-sedar dah habis sepinggan.


Salah satu lagi angle yang dapat aku rakamkan.....

Ni la kenderaan 2 roda yang aku guna untuk jalan-jalan cari makan...seronok ride dihempas bayu..