Tuesday, July 15

ESOK MEMERINTAH, HARGA MINYAK TURUN

Adakah tajuk ini sekadar meraih populariti dan mengaut hati rakyat. Debat ini cukup memberi kesan dalam mendedahkan ketelusan mana-mana pihak, bukan kerana isu sejarah dan menikam mana-mana pihak. Sekiranya debat ini berjaya mencari penyelesaian dan bukan sekadar mengutuk kelemahan masing-masing..... nah debat ini pasti akan memberikan kepuasan kepada rakyat.
Menteri Penerangan mempertahankan segala keputusan kerajaan dalam peningkatan harga minyak yang mendadak baru-baru ini. Fakta yang diberikan memang jelas dan logik kalau mengikut statistik dan keperluan semasa. Tapi isu menyentuh hal peribadi dan isu politik kedua pendebat tidak patut diketengahkan. Sikap profesional beliau yang terkawal harus dihormati....dalam sesingkat masa menjadi menteri, aku kagum dengan keberanian beliau menghujah dan mempertahankan kerajaan yang diwakilinya. Tapi harus diingat, isu ini adalah wadah kerajaan dan bukan atas kepentingan peribadi jadi semua ucapan beliau dirancang dan dipertahankan oleh semua penyokong parti.
Dato' Seri Anwar yang dibebankan dengan segala macam fitnah lebih cool dalam memberikan hujah-hujahnya. Aku kira kehadiran beliau dalam debat ini cukup membebankan kerana beliau hadir di gelanggang yang dikuasai musuh-musuhnya. Walaupun kehadiran penonton nampak macam seimbang jumlah penyokongnya... namun bersilat di gelanggang lawan dah tentu namanya 'Hebat'. Peluang masa digunapakai sebaik mungkin dan aku puas dengan cadangan beliau dalam mengatur pengurusan kerajaan dalam menangani isu minyak naik ini. Sesungguhnya cadangan beliau ada logik dan keberkesanannya dan patut diteliti dan dibincangkan sesama pemimpin kerajaan. Tahniah kerana menjadikan debat ini satu realiti.. jadikan ini sebagai permulaannya... rakyat perlukan pemimpin yang telus dan berjaya menyakinkan rakyat, kerana pemimpin itu dipilih rakyat dan seharusnya membantu rakyat bukan menyelesaikan masalah orang lain.

2 comments:

che mat said...
This comment has been removed by the author.
che mat said...

Menteri Penerangan, kurang memberi alasan mengenai harga minyak, melainkan menyatakan pendirian kerajaan, harga minyak di pasaran dan beberapa serangan peribadi yang berulang.

Anwar Ibrahim, memberikan kaedah untuk menurunkan harga dengan melalui beberapa cara iaitu mengatasi isu ketirisan, IPP, rasuah politik, bailout dan penggunaan dana dari pembayaran dari Petronas.

Konklusi:-

1. Persoalan mengenai penghapusan subsidi minyak dan penggunaan dana dari subsidi tersebut untuk dilaburkan demi memajukan infrastruktur pengangkutan awam telah dileburkan ke arah lain. Rujuk blog chedet.com mengenai MTrans dan bas RapidKL yang terbuang.

2. Jika kerajaan mengambil pendekatan Anwar, maka kerajaan akan hilang kredibiliti, tetapi rakyat BN dan rakyat PR akan menikmati harga petrol yang rendah dari sekarang.

3. Jika kerajaan tidak mengambil usul, maka rakyat BN tidak rugi tetapi rakyat PR akan terus protes.

4. Jika mengikut demokrasi, tunggu sehingga PRU yang akan datang.