Wednesday, December 31

4444

Nombor ni lucky digits untuk adik aku di Penang, sebab nombor kereta dia disusun dengan nombor 4 saja. Sebenarnya aku rakam trip meter kereta baru aku ni yang berusia sebulan. Lepas sehari keluar kedai dah sampai ke Terengganu.

Lepas balik Terengganu dan servis pertama, aku lajak pulak ke Penang kerana bertugas seminggu disana. Masa balik aku drive pulak ke Pengkalan Hulu, masuk Betong, overnite dan terus ke KL, sambung perjalanan ke Batu Pahat dan tiba di rumah. Bila aku check perjalanan aku..wow dah mencapai 4444km sepanjang cuti ni. Kesimpulannya, cuti sekolah ni memang pendek..pejam celik dah nak mula bertugas...Selamat bertugas semula wahai seluruh warga pendidik.. Salam.

Mee Kuah Udang Banjir

Aku sempat balik Taiping masa cuti sekolah ni... dapat la melawat bonda dan hadir kenduri kahwin 2nd cousin di Batu Kurau.. Semua adik beradik aku balik dan meriah macam balik raya pulak. Bila dah kumpul semua, kami trip pergi Kuala Sepetang (Port Weld) untuk makan udang banjir. Hehehehehhe, semua makanan yang dihidang dilambak dengan udang; Mee Kuah Udang Banjir, Mee Goreng Udang Banjir, segalanya udang banjir....

Warung Mak Teh ni adalah rumah dia yang diextend dan jadikan warung makan, punya la ramai customer hari tu, sampai kena berdiri menunggu tempat duduk.

Anak-anak saudara (15 orang) yang tak sabar menunggu pesanan makanan
Baru sampai air, dah berebut-rebut...budak-budak beb

Bila dah sampai makanan yang dipesan, pakat tengok keindahan udang-udang yang berlambak atas pinggan.

Ni dia Mee Kuah Udang Banjir aku, jenuh nak menghabiskan udang-udang yang berenang dalam mee......

Sambutan Krismas

25hb Disember lepas aku ngan anak bongsu melawat kenalan lama di Segamat sempena Hari Krismas. Banyak juadah disediakan, dan kebanyakannya kuih muih rakyat Malaysia beb...bila aku tanya, Nathan kata semua wife dia yang buat..wow aku tabikla kat bini dia. Lepas makan kuih muih, dia jamu pula lunch bermenukan nasi minyak, kari kambing, dan beberapa menu masakan orang India... aku belasah habis..sedap beb.



Nathan ni aku kenal dah lama, sebelum aku balik Johor lagi..orangnya cool dan cukup mesra. Banyak membantu aku dalam permainan Bola Tampar di peringkat kebangsaan. OK Thiyanathan Michael, Merry Christmas and Happy New Year.

Sunday, December 21

Ronda-Ronda Cari Makan

Aku baru balik dari menjelajah beberapa negeri di utara, tujuan asal cuma hadir bertugas di Penang (MSKPPM) tapi telajak memandu semasa on d way balik...kalah aku pada makan saja..memang aku kemaruk bila time makan, kat mana ada makanan sedap mesti aku berhenti..
Ini masa melintas Jambatan Pulau Pinang, under construction...so agak kurang selesa tapi masih berjalan lancar, walaupun sesak masa 'peak hours'

Aku sempat singgah di 'New World Food Court untuk menjamu selera...penuh sarat ngan pengunjung berbilang bangsa...banyak pilihan makanan/minuman sampai blur nak pilih

ABC buah-buahan yang cukup lazat, ditambah dengan cucur udang mamak

Ni apek yang dah business 40 tahun, apam malik special ni ada pisang yang memang enak dimakan

Ini pulak Mee Ketam kat Kuala Sungai Juru...memang mengiurkan, sedap sangat beb

Tamat je tugas di Penang aku drive ke Pengkalan Hulu, Perak...masuk sekejap sempadan ke Betong dan sempat la beli Beras dan Pulut Siam...suasana tenang dan damai walaupun di sempadan lain agak kurang selamat untuk dilawati... Tak lama lagi pejabat dah nak dibuka..so selamat kembali bertugas untuk para pendidik.. Salam

Saturday, December 6

Minyak Beku

Dah lama aku tak jengok blog ni..bukan pasal pe pun, sibuk hujung tahun handle bebudak nak pereksa dsb. Boring-boring kat rumah aku ride motor melawat pantai Minyak Beku, 19km dari rumah..saja relax dan makan sambil tengok air pasang..
Air tengah pasang ni...sambil makan dan ditiup angin laut memang la best..sedar-sedar dah habis sepinggan.


Salah satu lagi angle yang dapat aku rakamkan.....

Ni la kenderaan 2 roda yang aku guna untuk jalan-jalan cari makan...seronok ride dihempas bayu..

Monday, November 3

My Belated Birthday


Aku terharu gak bila budak-budaj kelas jemput untuk satu jamuan di kelas tadi. Katanya jamuan penutup tahun, memandangkan hari sekolah dah nak sampai penghujungnya dan bebudak aku akan berperang menghadapi SPM pada 11.11.2008 nanti. Tengah-tengah sedap melantak...tiba-tiba ada la pulak nyanyi lagu "Happy Birthday" kat aku...sebenarnya tarikhnya dah terlepas seminggu...Memang aku sibuk betul minggu lepas dan tak sempat nak entertain kehendak mereka..so aku terimalah sebiji kek dan sebungkus hadiah dari mereka. Terima kasih di atas ingatan kelian semua...ermmmm dah bertambah umor la aku nih...

Tuesday, October 28

Di Penghujung Syawal...

Setelah selesai Puasa Sunat di bulan Syawal, sekolah mengadakan Sambutan Hari Raya untuk menutup tirainya. Jamuan disediakan oleh pihak sekolah juga dibawa oleh pelajar-pelajar mengikut kelas masing-masing.Macam-macam makanan dan minuman ada...sebut saja dan hidangan secara "self-service"...disini aku rakamkan sebahagian dari senario majlis tersebut...

Miss Lee Bee Bee pun turut memeriahkan majlis ini

Semua sedang kusyuk menjamu selera hingga tak mengindahkan lagi Paparazzi bertugas.

Pandangan dari tingkat atas kawasan jamuan diadakan.


Ada juga yang bawak beg besar untuk tapau la tu..

Ini jamuan tengahari di rumah Cikgu Mislina Misran, staff SMSM..kenyang sungguh belasah makan kat dua majlis...

Sunday, October 19

Mari Mari Mari...

Pagi ni aku bertandang ke Pasar Minggu favourite aku di Pekan Semerah, 8km dari rumah aku. Suasana memang meriah dihiasi dengan gerai-gerai jualan keperluan harian yang menjual banyak hasil-hasil kampung. Memang pasar ni tempat aku membeli keperluan harian terutama ikan dan sayur untuk stok seminggu. Hasil laut yang fresh dan sayur kampung yang baru dipetik meransang dapur aku berasap tiap hari. Aku juga membeli sarapan pagi aku disini...

Hah..ini Makcik Jah yang menjual berbagai makanan untuk santapan pengunjung. Hari ni dia bergaya ala Datin, dengan Sun Glass besar dan gelap sedang menyediakan makanan untuk jualan. Aku beli murtabak, mee goreng dan pecal di gerai ni....memang sedap dan lazat setimpal dengan harga yang cukup berpatutan. Memang aku suka menyakat Makcik Jah setiap kali aku kesini, memang dia kaki lawak dan melayan pelanggan yang berkunjung. Thank you, Cik...minggu depan ketemu lagi...

Saturday, October 18

Selesai sudah...

Hari ni adalah hari terakhir rombongan secara pakej hadir ke umah aku. Pakej Bara'an terakhir ini terdiri daripada kaum wanita di kampung aku nih...ramai jugak yang datang, siap dengan Marhaban dan bacaan Doa Selamat...siap ada pengumuman dan mesyuarat kecil tentang aktiviti seterusnya untuk kaum wanita di sini...aku layan....Tahun ni ada 7 kumpulan marhaban masuk rumah aku..seronok jugak dapat jumpa semua orang yang aku baru kenal...Alhamdulillah tahun ini aku dapat uruskan semua dengan baik, walaupun tak dapat bantuan dari mem aku yang masih uzur....Semoga tahun depan akan meriah lagi sambutan sempena raya ni... Raya Haji??? hehehehehe nak balik kapong lagi..nak juei minyak ughat kat Pekan Lasa..amacan??

Wednesday, October 8

Percayalah......

Inilah cover magazine yang telah disuperimposekan oleh Paparazzi terkenal Man_Ong ketika aku menghadiri MRM2008 untuk members portal Batu Kugho Kapongku. Meskipun tanpa kerelaan aku izinkan jua demi kepuasan setengah-tengah pihak....yezzzaaaaa!!!

Monday, October 6

Marhaban - Bara'an

Majlis marhaban dari rumah ke rumah semasa raya kedua adalah rutin penduduk kampung aku. Kalau istilah Jawa disebut "bara'an", di mana penduduk kampung menziarah jiran tetangga sambil melagukan marhaban dan berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan tuan rumah yang dilawati. Sedikit jamuan disediakan untuk melepaskan penat dan dahaga...tapi kalau dah 40 buah rumah diziarah...akibatnya perutpun akan mula meragam.

Sunday, October 5

MAJLIS RAMAH MESRA AIDIL FITRI

Members portal Batu Kugho Kapongku telah mengadakan Majlis Ramah Mesra sempena Aidil Fitri yang julung kalinya di Dataran Batu Kurau. Banyak jugak la members yang hadir termasuk anak tempatan serta beberapa orang VIP yang kebetulan berada di dalam kawasan. Gembira dan shahdu kerana dapat berjumpa kengkawan yang telah lama terpisah sehingga ada beberapa teman sekolah dulu yang terpisah lebih dari suku abad dapat bertemu dan beramah mesra pada majlis ini. Harapan agar majlis yang serupa begini akan dikekalkan pada setiap raya ketiga agar siratul rahim yang akhrab dapat dikekalkan selama-lamanya. Tahniah kepada AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini...Jumpa lagi di tahun akan datang dengan pertambahan jumlah ahli dan program-program yang menarik.



Lady beside me was my classmate during my school days...missed her for 27 years and lucky enough to meet her during the occasion.. hope to see you again Azizah!

Wednesday, October 1

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2008

Tahun ni sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada hari pertama diraikan di Batu Pahat bersama keluarga mertua...InsyaAllah raya kedua akan sampai ke tanah tumpah darahku di Perak...Jom Raya!!!

4 dara pingitanku Wani, Ninsya, Iera n Aza

Juga Joji Si Parsi yang turut bergembira di hari raya ini.

Tuesday, September 23

JONG KELIK KAPONG..

Ramadhan dah nak sapei ke penghujungnya...Syawal akan menjelma tak lama lagi...gaji pong dah dapat tambah bonus sikit...Aku akan beghaya pertama kat BP dengan keluarga mertua dan ghaya ke dua nak peghandeh balik kapong halaman ku Batu Kugho...hehehehehehhe dah lama tak balik kapong. Arat-arat geng-geng lama akan dapat bejupa dih...Semejik pong dah siat untuk menapong jemaah yang kho-kho dah rameiii Ghaya ke 3 ada gathering untuk members portal Batu Kugho Kapongku...mesti seghenok dapat jupa members yang selama ini dok bejupa di alam maya saja...Ok geng...muma sedia ka tak sedia ka amba dah tak saba nak kelik nih... Dikesempatan ini amba nak mengucatkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN!!

Wednesday, September 10

Duit Raya Dah Sampai.....

Dengan pengumuman PM semasa Budject 2009, ramai yang lega kerana pemberian bonus sebulan gaji yang akan dibayar sebanyak dua kali menjelang Hari Raya Aidil Fitri nanti. Tapi yang ironiknya, institusi kewanganpun tak ketinggalan memberikan 'bonus' kepada pelanggannya yang setia. Kad kredit diupgrade kepada 'Gold' dengan kuasa berbelanja yang lebih tinggi, dengan alasan pelanggan mampu berbelanja kesan dari kenaikan gaji dan pemberian bonus. Kalau satu tak pa beb... 4 kad sekali gus dihantar kepada pelanggan. Mastercard/Visa/American Express dan Petronas Rebat pun disertakan bersama, kalau ikut hati memang sedap shopping tuh... 4 kad x RM8,000.00 dah RM32,000.00. Bala, bala...tu ler pasal..tak da akta perniagaan ke yang boleh menghadkan pemberian " hutang" ni.. Apa-apapun terpulanglah kepada individu untuk respon kepada pemberian tanpa diundang ni.

Nah... kad dah di tangan... boleh belanja la kut... Tepuk dada tanya selera beb!!!...

Koleksi Kasut Raya


Terkejut aku bila melihat banyak kasut-kasut dihimpunkan di satu sudut bahagian belakang bangunan sekolahku. Bila diperhatikan betul-betul... ada yang baru dan ada juga yang dah gersang.... saiz memang pelbagai, cuma warna yang sama.. Hitam Gelap. Aku mencari tuan punya kasut-kasut ini.... rupa-rupanya satu persidangan tergempar membincangkan hal-hal negara dijalankan di sebelah pintu masuk bilik rehat ni.... patutla banyak kasut-kasut kat luar pintu.. Bila tiba di dalam bilik, ramailah yang 'Geletak' menyuarakan pendapat bermula dari isu kabinet, kementerian, jabatan, daerah dan akhir sekali tuan tubuh masing-masing. Aku mendengar dengan penuh minat sehinggalah " save by the bell".. esok sambung lagi ok..

Tuesday, September 9

Jawab jangan tak jawab....

Dah hari kedua Peperiksaan Percubaan SPM bermula, tibalah paper yang aku ngajar... Kalau nak banding kualiti paper kali ni rasanya lebih mudah dari tahun lepas... Tapi ada satu soalan section D yang aku rasa pelik sikit ( soalan no. 34 - Novel) " Did you enjoy reading the Novel?" Support your answer with evidence from the text. Soalannya cukup terbuka dan berbagai bentuk jawapan dapat ditulis...yang susah bila nak semak dan bagi markah!!! Dah jadi macam Paper 1 (continuous writing) lak... Entah ler, akupun tak pernah ngajar bebudak aku bentuk soalan macam ni... selalunya lebih specifik dan mengadaptasikan elemen literature.
Pulak, bebudak disusun mengikut angka giliran yang telah memisahkan pelajar kerana menggunakan kelas-kelas yang berbeza dari kelas mereka yang sebenarnya. Bila time kutip kertas jawapan... berteraburlah kertas kerana bercampur gaul. Terpaksa semak pulak satu-satu sebab penyemak kertas adalah guru subjek masing-masing...pening/leceh laaaaaa....First time perkara ni berlaku...!!! dan sememangnya ia tidak efisien. Harap Maklum!!!

Monday, September 8

Rawat lagi...

Kejap lagi aku kena hantar wife ke Klinik Pakar 2, Unit Ortopedik untuk rawatan susulan kali ke 4. Selepas pembedahan kali kedua tempohari, luka pembedahan masih belum dijahit... silap-silap hari ni dibelasah jahit oleh doktor-doktor (pakar) tu. Selepas selesai kes ni, ada satu lagi pembedahan untuk menggarap tulang yang kurang satu inchi tuh... katanya nak ditambah dengan tulang tiruan agar cepat cantum tulang peha tu. Aku cuti lagi hari ni (CRK), cuti terakhir yang masih ada... kalau aku terpaksa cuti lagi selepas ini untuk mengiringi wife ke hospital, akupun tak tahu nak ambil cuti apa?? Mungkin (MC) atau Cuti Tanpa Gaji... So aku harap luka di kaki wife akan cantik molek agar dapat diteruskan rawatan berikutnya...

Sunday, September 7

JOM MENGEMAS...


Hari minggu ni memang sesuai untuk 'servis' serata rumah...puasa dah seminggu, kalau tangguh-tangguh lagi memang takkan siap. Meracun, menyusun, mengelap dinding dan mengemas bawah rumah diselenggara hari ini.... Mungkin minggu depan nak ajak pelajar-pelajar tegar kat sekolah datang rumah untuk selenggara projek risiko tinggi pulak. Dapat ler dema wang saku sikit untuk persiapan raya.
Upacara racun meracun keliling rumah... 3rd daughter's project (memang pakar dalam hal ni).

Ini Joji si Parsi yang geli geleman nak join kami kat tanah.... nah! terpaksa dikurung kerana kawasan bawah rumah sedang diservis...kalau tidak habis dia bergolek menyapu lantai macam mop pulak... Tahun ni kita raya kat sini jer...next year baru balik Perak!!!

Saturday, September 6

Kalau kucingpun layu...

Inilah aksi kucing-kucing kat kantin sekolah aku...kelaparan dan mengantuk sangat walaupun di awal pagi. Kenapa?... bulan puasa beb...kantin mana operasi...so kebulurlah kekucing ni... Jadi terpaksalah mereka cari makanan kat tempat lain...hmmm kais pagi makan pagi..

Hah...ni lain pulak...walaupun puasa, tapi masih boleh tersenyum lagi.. mungkin masa sahur tadi dah belasah habis-habisan.. nak cover sampai ke petang beb... apa-apapun jangan sampai Puasa Yak Yok cukupla....

Wednesday, September 3

Sukarela....

Dah lama aku tak dengar perkataan ini diucapkan sehinggalah aku terjerumus dengannya petang tadi... Puas aku mencari tuannya, tapi tak jumpa-jumpa, mungkin kat kedai beli barang keperluan kot.... Proton Arena yang diubahsuai menjadi kenderaan penyelamat ini telah berjaya mencuit hati aku...memang aku nak 'interview' pemandunya kalau jumpa, tapi tak da rezeki hari ini...aku selitkan 'name card' aku kat cermin supaya dia hubungi aku nanti... mungkin???

Susah nak jumpa orang 'sukarela' sekarang ni..... Kalaupun Sukarelawan tak sama tugas macam sukarela ni. Masa aku scouting dulu...memang sukarela...tak kira panas, hujan, jauh dan dekat...kami pergi bertugas tanpa mengharap satu sen pun...kalau nasib baik, dapat la makan minum... budak sekarang ni...hmmmmmmm...mak bapak yang menghalang... takut anak demam, nanti penat, petang ada tuition... dan beribu macam helah.
Renunglah wahai kawan..adakah kamu sanggup menjalankan tugas-tugas sukarela seperti mengiring budak berbasikal.....???

Atau lepak begini ala santai.....

Tuesday, September 2

Pasar Ramadhan

Tiap-tiap tahun Pasar Ramadhan ini beroperasi sempena Bulan Ramadhan kerana menyediakan makan/minum untuk umat Islam yang tidak sempat masak atau saja nak cuba masakan baru/lain. Aku sering ke Pasar Ramadhan di sekeliling Batu Pahat ni....habis aku round..

Tapi yang sedihnya.....semua makanan/minuman dah naik harga!!!!..sangat ketara perbezaan harganya kalau dibandingkan dengan tahun lepas!!! Walaupun harga pukalnya sama, tapi kuantitinya dikurangkan atau dikecilkan... Peniaga takkan rugi....yang menanggung kita semua......so aku angkat kaki dan terus ke dapur, masak makanan sendiri dan buat kuih sendiri...padan muka aku!!


Sunday, August 31

Merdeka & Happy Birthday

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua di atas sambutan ke 51 Kemerdekaan Malaysia. Semoga negara bertambah makmur dan melimpah ruah rezeki kepada semua rakyatnya, disamping kestabilan politik yang memang kita tuntut.
Disamping itu juga Salam Sambutan Hari Lahir kepada sahabat baik aku kat UIAM dulu...MR. R. RASASINGAM yang berada di Selangor ketika ini. I really miss our sweet time in IIUM...thanks for being a good friend and marvellous companion...

Saturday, August 30

XPDC Berbasikal Sempena Kemerdekaan


Selesai petang tadi xpdc berbasikal sempena kemerdekaan yang kami adakan saban tahun. Kali ini nampaknya jumlah peserta agak berkurangan kalau dibandingkan dengan tahun lepas... mungkin ramai yang dah tak naik basikal lagi kerana dah mampu pakai motor sendiri. Laluan kali ini diubah sedikit selagu dengan komitmen tuan rumah untuk setiap hentian. Tapi kali ini ada sedikit kekurangan kerana ramai yang tak sanggup menyediakan sedikit jamuan kerana sibuk dengan tugas-tugas lain yang lebih mustahak. Namun acara diteruskan walaupun tempat makan-makan dah berkurangan... yang tentunya bendera Jalur Gemilang diarak di serata mukim menandakan Hari Kemerdekaan kita dah sangat hampir. Letih dan kurang selesa memang dirasai di sepanjang xpdc kerana panas terik dan kawasan laluan yang agak mencabar. Apa-apapun tahniah kepada penganjur dan peserta-peserta yang telah menjayakan program ini. Selamat Hari Kemerdekaan ke 51!!

Aku dengan Honda Davidson 100cc bersedia untuk mengiringi peserta-peserta xpdc... pehhh sakit pinggang beb... Ada gak sahabat yang janji nak datang tapi.....entah ler...

Peserta-peserta sedang berbaris untuk memulakan xpdc, ramai dara dari teruna....

Friday, August 29

Barbeque sempena...

Aku bersama bebudak kelas menganjurkan satu jamuan barbeque 3 in 1 tadi. Tanda terima kasih kepada mereka kerana komitment tinggi semasa Hari Kokurikulum tempoh hari di samping kesyukuran menjelang Merdeka Day dan Ramadhan Al-Mubaraq... Namanya budak memang Hot Dog dan Chicken Wing yang dibalasah dulu....bila ikan bakar siap, semua pegang perut kekenyangan.. nasib baik ada geng seopis yang sampai bersama keluarga, kalau tidak tak habis ikan bakar aku....

Belum sempat bakar ikan, bebudak ni dah belasah nasi ngan hot dog...namanya budak..
Sampai kena pakai spek hitam Si Azwan ni sebab pancaran api arang yang menyilau mata kut...
Banyak yang jadi Mandor dari yang bekerja...hmmmm
Apa-apapun terima kasih daun keladi kat kelian semua...Open House Raya nanti sila datang lagi untuk package bakar ikan saja ok.. Thanks guys!!!

Wednesday, August 27

Bendera kecilku....

Sempena bulan kemerdekaan ni aku beli satu lagi bendera kecil. Stok memang ada di rumah cuma saiz tak berapa sesuai untuk aku kibarkan di atas motosikalku. Sebagai salah sorang marshal ekspedisi berbasikal nanti, aku akan kibarkan bendera ini dengan gahnya...Biarlah ia berkibar di sepanjang perjalanan aku mengelilingi kampung mengiringi penungang-penungang basikal tu... Kawasan ekspedisi macam jauh jugak...dari pagi sampai petang baru habis.. bila aku tengok laluan tu, banyak spot yang akan kami singgah. Acara penyerahan bendera, ikrar, nyanyian lagu dan yang pasti menarik... acara makan-makan. Tahun lepas aku ikut jugak.. tapi sebagai rescue team... bayangkanlah memandu kereta 20-30kmh dengan menggunakan gear 2-3 saja...pehh!! siksa toi kereta aku dibuatnya. So tahun ni aku nak bawak moto saja...harap-harap tak hujan... Kalau ada yang teringin nak join... yuk!! Tanggal 30hb Ogos 2008, bermula dari perkarangan sekolah dan merentasi kampung-kampung di mukim Seri Medan... kita jelajah dan kibarkan bendera Jalur Gemilang!!

Tuesday, August 26

Jejak Kasih....

Bila masuk hak menatang nih amba nak kena speaking Petani la.... Semenjak Website Kapungku Batu Kugho dilancarkan banyak la petemuaen telah berlaku diantara penduduknya yang dah lama berhijrah ke kota... kami telah bertemu di dalaen forung dan mengaturkaen petemuaen di rumah Kok Tie di Kajang, Selangor. Rama la geng-geng lama bejupa dan banyak la crita-crita lama terubik kembali... Al maklungla dah lama tak bejupa...

Di antara otai-otai Batu Kugho yang hadir pada sesi pagi.

Kalu nak tahu crita tetang kapung kami nih...sila lawat : http://s1.zetaboards.com/Batu_Kurau/index/