Wednesday, July 30

Kenapa botak?

Betul ke botak tu penyakit? Dari sudut sains, apabila kulit kepala mengalami radang atau dijangkiti penyakit maka kawasan serangan akan mengalami keguguran rambut dan menyerlahkan kulit kepala. Tapi ada juga kajian yang mengatakan hormon(testoron) lelaki yang semakin kekurangan juga menyebabkan gejala ini. Hormon dikaitkan juga dengan genetik, kalau bapak botak, anak juga akan mendapat akibat yang sama.


Botak juga menjadi 'trend' masa kini... bila Mawi masuk AF dengan gaya rambut yang hampir botak, maka ramai ler peminat yang tiru gaya beliau! Ada ramai seleberiti yang telah ramai botak, ahli sukan dan juga ahli akademik yang mempunyai berbagai alasan kenapa mereka botak.

Tapi kes yang di atas agak berbeza sikit.. kawasan yang dibotakkan cuma di tengah-tengah kepala. Ini lah akibatnya bila air naik kepala! Kena ler pergi berbekam.. 'release tention' dan membuang kotoran dalam darah. Kaedah tradisional yang dimodenkan ini sudah semakin popular kerana kaedah rawatan yang murah dan ringkas. Kesannya!.. kena tanya ler sendiri tuan tubuh..Semua kawasan di tubuh boleh dibekamkan..terpulang kepada punca ketidakselesaan tuan tubuh.. nak cuba?.. boleh hubungi author dengan segera.. JOM KITA BERBEKAM..untuk kesihatan.

2 comments:

santalia said...

Tempat lain aku boleh izinkan untuk dibekam. Tapi...... tang kepala ni aku fikir banyak kali. Bayar fitrah oi.....

namzila said...

akupun sensitif sikit bila masuk bahagian kepala ni...biarlah kepala aku sakit sikit (boleh telan activefast)daripada dibekam..takut mereng pulak!