Monday, July 28

Kenapa Kucing Suka Tidur

Menurut cerita nenek moyang yang aku dengar semasa kecik-kecik dulu, kucing pada zaman firaun dianggap sebagai tuhan dan mempunyai kuasa untuk menumpaskan manusia. Olehkerana mempunyai kuasa yang ajaib, kucing-kucing di zaman tersebut diberi layanan yang istimewa seperti raja dan diukir patung-patung malah dijadikan perhiasan kepala kepada firaun-firaun di zaman tersebut. Hatta, bila zaman berlalu dan kekucing ini hanya pandai mengilai saja, hanya kucing-kucing yang cantik saja dibela dan dilayan mesra oleh tuan-tuannya. Kucing-kucing yang tidak mempunyai bulu yang gebu atau menarik akan tinggal dijalanan saja kerana dipisahkan oleh tuan-tuannya yang terdahulu. Zaman dah berubah, manusiapun dah maju...Kucing kembali diangkat sebagai IKON dan dijadikan Super Hero oleh golongan barat. Maka timbullah 'Cat Woman' yang menghiasi persada seni lakon dengan imej seksi tetapi tidak mungkin ditewaskan. Kerana sumpahan..Cat Woman tidak akan kembali kepada sifat asalnya tetapi lebih bersifat dan merupai kucing yang sebenarnya. Yang anehnya...tidak ada 'Cat Man' untuk dipasangkan dengannya...maka usaha mencari 'Cat Man' diteruskan demi mengukuhkan lagi generasi yang akan datang. Jadi kucing-kucing yang ada akan terus tidur dan bermimpi sehinggalah masalah ini selesai. Si JOJI kucing parsi aku ni pun memang sentiasa tidur dan meneroka alam mimpi dan memeluk Si Tokai sebagai ilhamnya. Bersambung bila si JOJI bangun tidur......

1 comment:

Anonymous said...

tak tahan betul la tgk gambo joji yang ni... rasa nak penyek penyek je..