Tuesday, October 28

Di Penghujung Syawal...

Setelah selesai Puasa Sunat di bulan Syawal, sekolah mengadakan Sambutan Hari Raya untuk menutup tirainya. Jamuan disediakan oleh pihak sekolah juga dibawa oleh pelajar-pelajar mengikut kelas masing-masing.Macam-macam makanan dan minuman ada...sebut saja dan hidangan secara "self-service"...disini aku rakamkan sebahagian dari senario majlis tersebut...

Miss Lee Bee Bee pun turut memeriahkan majlis ini

Semua sedang kusyuk menjamu selera hingga tak mengindahkan lagi Paparazzi bertugas.

Pandangan dari tingkat atas kawasan jamuan diadakan.


Ada juga yang bawak beg besar untuk tapau la tu..

Ini jamuan tengahari di rumah Cikgu Mislina Misran, staff SMSM..kenyang sungguh belasah makan kat dua majlis...

Sunday, October 19

Mari Mari Mari...

Pagi ni aku bertandang ke Pasar Minggu favourite aku di Pekan Semerah, 8km dari rumah aku. Suasana memang meriah dihiasi dengan gerai-gerai jualan keperluan harian yang menjual banyak hasil-hasil kampung. Memang pasar ni tempat aku membeli keperluan harian terutama ikan dan sayur untuk stok seminggu. Hasil laut yang fresh dan sayur kampung yang baru dipetik meransang dapur aku berasap tiap hari. Aku juga membeli sarapan pagi aku disini...

Hah..ini Makcik Jah yang menjual berbagai makanan untuk santapan pengunjung. Hari ni dia bergaya ala Datin, dengan Sun Glass besar dan gelap sedang menyediakan makanan untuk jualan. Aku beli murtabak, mee goreng dan pecal di gerai ni....memang sedap dan lazat setimpal dengan harga yang cukup berpatutan. Memang aku suka menyakat Makcik Jah setiap kali aku kesini, memang dia kaki lawak dan melayan pelanggan yang berkunjung. Thank you, Cik...minggu depan ketemu lagi...

Saturday, October 18

Selesai sudah...

Hari ni adalah hari terakhir rombongan secara pakej hadir ke umah aku. Pakej Bara'an terakhir ini terdiri daripada kaum wanita di kampung aku nih...ramai jugak yang datang, siap dengan Marhaban dan bacaan Doa Selamat...siap ada pengumuman dan mesyuarat kecil tentang aktiviti seterusnya untuk kaum wanita di sini...aku layan....Tahun ni ada 7 kumpulan marhaban masuk rumah aku..seronok jugak dapat jumpa semua orang yang aku baru kenal...Alhamdulillah tahun ini aku dapat uruskan semua dengan baik, walaupun tak dapat bantuan dari mem aku yang masih uzur....Semoga tahun depan akan meriah lagi sambutan sempena raya ni... Raya Haji??? hehehehehe nak balik kapong lagi..nak juei minyak ughat kat Pekan Lasa..amacan??

Wednesday, October 8

Percayalah......

Inilah cover magazine yang telah disuperimposekan oleh Paparazzi terkenal Man_Ong ketika aku menghadiri MRM2008 untuk members portal Batu Kugho Kapongku. Meskipun tanpa kerelaan aku izinkan jua demi kepuasan setengah-tengah pihak....yezzzaaaaa!!!

Monday, October 6

Marhaban - Bara'an

Majlis marhaban dari rumah ke rumah semasa raya kedua adalah rutin penduduk kampung aku. Kalau istilah Jawa disebut "bara'an", di mana penduduk kampung menziarah jiran tetangga sambil melagukan marhaban dan berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan tuan rumah yang dilawati. Sedikit jamuan disediakan untuk melepaskan penat dan dahaga...tapi kalau dah 40 buah rumah diziarah...akibatnya perutpun akan mula meragam.

Sunday, October 5

MAJLIS RAMAH MESRA AIDIL FITRI

Members portal Batu Kugho Kapongku telah mengadakan Majlis Ramah Mesra sempena Aidil Fitri yang julung kalinya di Dataran Batu Kurau. Banyak jugak la members yang hadir termasuk anak tempatan serta beberapa orang VIP yang kebetulan berada di dalam kawasan. Gembira dan shahdu kerana dapat berjumpa kengkawan yang telah lama terpisah sehingga ada beberapa teman sekolah dulu yang terpisah lebih dari suku abad dapat bertemu dan beramah mesra pada majlis ini. Harapan agar majlis yang serupa begini akan dikekalkan pada setiap raya ketiga agar siratul rahim yang akhrab dapat dikekalkan selama-lamanya. Tahniah kepada AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini...Jumpa lagi di tahun akan datang dengan pertambahan jumlah ahli dan program-program yang menarik.



Lady beside me was my classmate during my school days...missed her for 27 years and lucky enough to meet her during the occasion.. hope to see you again Azizah!

Wednesday, October 1

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2008

Tahun ni sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada hari pertama diraikan di Batu Pahat bersama keluarga mertua...InsyaAllah raya kedua akan sampai ke tanah tumpah darahku di Perak...Jom Raya!!!

4 dara pingitanku Wani, Ninsya, Iera n Aza

Juga Joji Si Parsi yang turut bergembira di hari raya ini.