Sunday, August 9

Happy Birthday Kak Leha


Selamat Hari Ulang Tahun ke 50 Kak Leha! Tentu bahagia dan tak payah kerja lagi....full time kat rumah...

Seni Visual

Bila aku dapat Timetable baru ni pusing jugak sekejap...dah pulak kena ngajar Pendidikan Seni Visual...bukan tak suka, tapi dah lama tak berkarya...sekadar nak mencukupkan jumlah masa mengajar konon...dulu zaman sekolah walaupun dalam jurusan Sains Tulen aku ambik jugak PS kerana syok dengan aktivitinya, tapi kemungkinan besar kerana cikgu seni aku yang cukup baik memberikan galakan rasanya...minggu ni aku buat kerja kraftangan...begitulah asyiknya student yang tention dengan subjek akademik, berkarya dalam seni.....


Suki..meoowww

Aku dapat seekor lagi teman menggembirakan hati...seekor kucing kampung yang sangat periang dan enegetik...dari kecil aku belai manja dan menjadi teman seekor lagi kucing Parsi hitam aku tu...kalau dua-dua tu main memang segar hati dan perasaan aku....sayanggggg Suki..





Semuga kamu tambah sihat dan menceriakan kami sekeluarga...jangan miang-miang tau....