Monday, May 2

Tetamu di pagi hari...


Tetamu ini sedang bersantai di dalam reban ayam aku setelah membelasah 3 ekor ayam remaja malam tadi. Nasib baik ada seorang insan yang berani dan mempunyai skill menangkap unggas yang survival mencari makanan mudah.





Thursday, April 28

KENDERAAN SESI LATIHAN

Kenderaan buatan Malaysia yang bakal mengangkut seorang pelajar UPM untuk latihan praktikalnya sepanjang Mei hingga Julai 2011. Kalau dulu ayahandanya cuma menunggang Yamaha RXS plet KR1991, anaknya pulak tagihkan kereta...kalau sayangkan anak, layan la walaupun mak bapak yang kena tanggung segalanya. Kesimpulannya, jangan bagi anak lesen memandu sehingga tamat belajar di universiti, kalau tidak ini lah bahananya.


Saturday, April 2

Graduasi ala UniversitiB


Bagus dan kreatif pengurusan sekolah mengadakan Majlis Graduasi SPM & STPM untuk pelajar-pelajar lepasan 2010. Sekadar memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada mereka yang telah bertungkus lumus meningkatkan prestasi sekolah!!! Majlis berjalan lancar dengan sistem bunyi yang kecundang, panas membara di dewan yang dianginkan oleh kipas, sedangkan para 'Graduan' bertutup litup dengan jubah secondhand dari KUITHO. Para Akademikpun berlakon ceria walaupun menahan panas dengan Longsuite dan berjubah 'Two Lines' ala sarjana!!

Kalau nak bergaya boleh datang ke majlis ni tiap tahun...Guru DG32pun dapat pakai jubah bertaraf sarjana walaupun tak pernah dapat sebarang ijazah!!!!

Barisan belakang sana adalah 'Graduan' yang diraikan, berpakaian jubah dengan segaknya walaupun ada di antara mereka hanya mendapat Kepujian untuk subjek Bahasa Malaysia sahaja (SPM) dan cuma 1 prinsipal (STPM)...yang penting ramai dan dapat untung sewa jubah ...hahahahaha

Thursday, March 31

Terapi Jiwa


Penat kerja, layan jiwa dengan gelagat kucing-kucingku yang sentiasa mencuit hati. Semangat dan kerjasama haiwan peliharaan ini sungguh memberikan aku ketenangan...

Dah mencapai 16 ekor, 3 generasi dari atuk sampai cucu...semua memberi kesegaran minda....

Friday, February 25

Sukan Sukan Sukan


22-24 Mac 2011, sukan kecil sekolah berjaya dijayakan dengan sinaran matahari yang memancar dan mencengkam seluruh tubuh. Namun atlit tetap bertarung demi kejayaan rumah sukan masing-masing. Siapa yang menang?....sendiri mau tanya la....namun Rumah Temenggung yang atlitnya berbilang keupayaan sempat mendahului selama 2 hari tetapi terpaksa akur dengan Bendera Rumah Putih yang sentiasa mengekor dari dekat...


Walaupun masa latihan dan persiapan agak pendek, namun semua rumah dapat menonjolkan
atlit harapan negara. Kita jumpa lagi tahun hadapan!!!

Wednesday, February 2

Saturday, January 8

REUNION EX-MPSI 83/85

22hb Disember 2010, bertempat di Dewan SK. Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan satu pertemuan bekas2 Guru Pelatih MPSI 83/85 telah berlansung. Walaupun cuma 30 keluarga yang sempat hadir, namun peristiwa ini cukup menggarap semangat persahabatan dan siratulrahim setelah sekian lama tidak mendengar khabar berita. Terima kasih kepada AJK Pelaksana, dan kita berjumpa tahun hadapan di Perak pula. "Hidup Anak-Anak Ibu Kandung Suluh Budiman"
Rakaman peristiwa bergambar :
Kelas D (PPAK/I) 83/85
Sebahagian yang sempat hadir
Segak dan bergaya walaupun dah hampir '5 Series

Isteri dan anak-anak yang kusayangi