Monday, November 23

Dari Seri Medan ke Parit Sulong


Setelah 4 tahun berkhidmat di SMKSM aku dapat bertukar kerja ke environment baru di SMKDS. Jarak dah makin dekat dengan rumah so dapatlah mengurangkan waktu perjalanan ke tempat kerja. Panggilan telefon dari boss SMKSM dan surat rasmi yang aku terima pagi tadi cukup menggembirakan aku. Walaupun SMKSM banyak memberi kenangan manis namun penghijrahan ini bakal menambah pengalaman aku nanti. "Lain padang lain belalang"


So, kepada geng-geng di SMKSM...ingin aku ucapkan terima kasih di atas segala bibit-bibit suka duka yang aku jamah di sana. Kepada geng bilik belakang, kalau ada menu yang menarik tu jangan lupa helo...kalau tidak memang aku belasah Mee Racun je dengan Hantu Arowana kat gerai tu.
Kepada, geng tingkat 4... teruskan latihan sampai perfect..sekali-sekala nanti aku turun join jamming rock kapak punya...coz u all always look Wondeful!!!

Kalau ada sumur di ladang, boleh aku menumpang mandi....

Kalau umur masih panjang, InsyaAllah kita bertemu lagi.....


<--------------->



Friday, November 20

Sentuhan Akhir 2009


Hari ni hari terakhir persekolahan tahun 2009...sekolah bercuti sehingga 5 Januari 2010. Rasa macam lama, tapi aktiviti penuh dan padat akan meringkaskan masa tersebut. Kalau aku dapat pindah tahun depan, mungkin ini sentuhan terakhir aku kat papan litar punch card tu.. Banyak memori kat sekolah ni, semenjak 2006 sampai sekarang macam-macam yang aku rasa...suka, duka, pedih dan geli...hahahahaha. Kalau comfirm tukar ada 10 episod akan aku gambarkan nostalgianya...apa-apapun, institusi ni adalah sekolah pertama aku ngajar setelah 14 tahun berehat kerana tugas-tugas pentadbiran dan proses menambah ilmu. So selamat beristirehat, selamat menempuh SPM/STPM dan kita jumpa lagi tahun hadapan. InsyaALLAH.


Thursday, November 19

10 Butir Isi Peluru....


Hari ni aktiviti terakhir Pasukan Kadet Polis Daerah Batu Pahat....kami adakan satu latihan dan pertandingan menembak M16 di Lapang Sasar Telok Rimba, Ledang. Lebih dari 100 ahli kadet dan hampir 50 orang guru kadet yang terlibat...ada yang baru pertama kali menembak, so ada yang nervous dan panik bila mendengar letupan kaliber 5.56mm menuju ke arah bukit berdekatan dan target secara khususnya...

Acara pertama, masketeri senjata...taklimat penggunaan dan keselamatan menggunakan M16

Menunggu dengan penuh debaran giliran tembak rasa....

Nah ambik kau...nak pekak telinga bila 100 peluru berdentum

Yang lain nampak macam fokus...

Sempat berehat menghirup Teh O dan Bihun Goreng semasa sesi rehat..

Ni sahabat aku Pak Haji yang tembakannya asyik terkeluar dari sasaran...cuba lagi tahun depan ya bang.....

ni gaya aku masa menembak..

Pandai sangat tak la...tapi kat target tu ada la kesan peluru

So ucapan terima kasih kepada Unit Latihan, Unit Senjata, Unit Pengangkutan IPD Batu Pahat di atas segala kerjasama dan bantuan dalam menjayakan program ini...tidak lupa pada JK Pasukan Kadet Polis Daerah yang merancang dan menjayakan sesi kali ini...tahun hadapan kita tembak meriam pulak..amacam?

Tuesday, November 17

Jamuan Akhir Tahun Bilik Belakang

Kalau nak tunggu jamuan di peringkat institusi tak tentu ada walaupun duit kutipan beribu-ribu so kami arrange satu jamuan ringkas ala santai dengan menu utamanya Kari Kepala Badan Ikan Merah....tajaan Mr Fadhil H, chef Hamdan S berjaya menggayakan resepi ala kampung dengan penuh rasa dan citarasa pelanggan...Thanks Fadhil and Chef Hamdan, kalau buat lagi jangan lupa helo-helo kat aku...seperti iklan KFC "sehingga menjilat jari"!!!

Bekam Bekam Bekam

Inilah kali pertama aku berbekam setelah sekian lama hidup... walaupun tak jelas sangat akan keberkesanannya, aku cuba juga untuk cari pengalaman...mungkin teknik dah moden, tak lagi guna tanduk lembu dan sebagainya. Kalau berkesan dalam menghindarkan senarai penyakit yang diwar-warkan, aku akan cuba lagi di bahagian anggota yang lain....pedih jugak kulit bila dilukai dengan alat tajam tu... Terima kasih daun keladi kepada En. Hamdan Ismail yang memberikan khidmat bekam ni...wa caya lu bro!!!




Kalau ada yang ingin mencuba, sila hubungi beliau di talian berikut... 013 7245045

Tuesday, November 10

Kursus Kelab Pencegahan Jenayah

Hari ni aku hantar 3 pelajar mengikuti kursus...mungkin kursus pertama mengenai Kelab Pencegahan Jenayah di peringkat daerah walaupun telah dilancarkan di peringkat kebangsaan pada tahun 2005. 2 penceramah terlibat; C/Insp Maimunah IPDBP dan En. Boo dari SMKDBL. Aku jengah sekejap-kejap kerana tak tahan rasa mengantuk kat bilik hawa dingin ni..Harapan agar bebudak aku ni jelas dan faham serta dapat membantu kelab tahun hadapan...



Saturday, November 7

BBQ Jamuan Akhir Tahun

Aku dijemput untuk hadir ke majlis ni malam tadi...jamuan penutup untuk guru-guru dan staf sekolah wife aku. Jamuan ala BBQ santai dan mewah dengan segala makanan..tidak ketinggalan cabutan hadiah dan sesi karaoke....Makan dan minum ni memang tak heran, tapi organisasi, kerjasama dan jemputan dibuat dengan cukup sempurna!! Semua hadirin gembira dan berpuashati termasuk Guru-guru Besar yang dijemput bersama...Kalau kat sekolah aku tak tentu jadi lagi....kehadiran penuh mungkin tidak...siap balik awal lagi...kesimpulannya, jumlah staf yang kecil di sesebuah institusi lebih menggarap kepada kerjasama, komitmen dan sikap yang positif...yang penting penerajunya dapat menawan hati semua staf dan segala aktiviti pasti akan berjalan lancar....amin

Sunday, November 1

Salam Kelahiran

Kucing kampong aku 'SUKI' telah selamat melahirkan 4 ekor anak semalam...warna multicolors, dari cerah, oren dan gelap. Kucing Parsi aku 'JOJI' yang keguguran minggu lepas nampaknya menumpang kasih anak-anak yang baru lahir ni...siap dibelai-belai anak-anak saudara barunya...saksikan