Saturday, January 23

AL-Fatihah


Ucapan Takziah kepada semua kaum kerabat diraja Johor dan sejelata rakyat Johor diatas kepemergiannya Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para Suhada. Amin.

Ukur Jalan


22hb Januari padang sekolah digegar dengan ratusan tapak kaki menghempas bumi! Anak-anak berlari mengukur jalan menitiskan keringat untuk menambah mata halus untuk pasukan rumah masing-masing. Tahun ni sampai 8 rumah memerah tenaga untuk menentukan siapa johan!!! Olehkerana topografi tidak mencabar, hanya berlari diatas jalanraya maka banyaklah rekod peribadi yang dipecahkan..Usin Bolt kalau nampakpun mesti tekejut beruk!!

Si Jalaini ni tengah ukur kawasan penamat agaknya...

Kawasan penamat sedang dikawal rapi

Pencatatpun buat-buat sibuk la

Keputusan sedang dihitung untuk menentukan pemenang...pakai congak je ke?

Maka bermulalah acara-acara sukan dan olahraga bagi tahun 2010...lepas ni memang berturutlah aktiviti yang menghiasi panorama sekolah, overtimelah segala tenaga kerja yang ada..boleh masuk kira KPI ke?

Sunday, January 17

Sabtu, sabtu, Sabtu


Dah minggu ketiga ni...namun hari Sabtu dah jadi macam hari rasmi kerja...bukak je sekolah, semua hari sabtu dah kena booking dengan mesyuarat, taklimat, sekolah ganti dsb...hmmm kalau macam ni sampai hujung tahun alamat tention la!!! Bila tenaga dah ramai kat institusi, ingatkan kerja bertambah ringan...rupanya versi-versa la pulak!!! So Kerja..kerja...kerja sampai tua!!!

Wednesday, January 13

Thorn Among The Roses

Disebelah petang ni aku sorang je yang tegar dalam menyedut toksik CO3, Nikotin dan Tar...yang lain sedut O2 saja agaknya...so hari ni aku kena halau dari bilik trio bila nak menikmati udara toksik tu...yang komplain bukan room mates...tapi geng PPSMI kat bawah...mungkin takut tangki gas meletup agaknya... Kononnya ada kes disebelah pagi, menerima surat layang dari pelajar yang terbau udara toksik dari makmal sains yang penuh dengan saintis membuat ujikaji. Datangla pulak pemimpin daerah yang peka dengan surat layang...habis diselongkar makmal untuk mencari bahan bukti....tapi yang sebenarnya, surat layang tu datang dari geng sendiri, satu jawatan, satu bumbung yang cemburu akan ketenangan koloni yang berhimpunan di Bilik Geletak!!!! Apa-apapun ini perkara kecil saja yang tak menjejaskan sebarang emosi atau tingkahlaku...ruang yang lebih luas ada depan mata...setakat nak 'menyedut' tu kat mana-mana pun boleh...banyak sangat ketua kat sini...semua nak tunjuk pandai jadi layannnnnnnnn......

Tuesday, January 12

Taklimat Profesional

Pagi ni dari jam 11.00 sampailah ke jam 1.30ptg kami (staff baru SMKDS) menerima taklimat khas dari Guru Cemerlang Gred Khas JUSA C. En. Azizul Rahman Abdul Rahman ni memang staff sekolah yang memegang tampuk Guru Cemerlang tertinggi di Malaysia...cuma 6 orang jer yang dalam kategori ni. Semuanya tentang menggarap guru agar cemerlang dan terbilang...bagi guru-guru fresh memang la seronok...aku yang dah veteran ni angguk tanda setuju jer...Better be a good listener rather than to talk nonsense. Apa-apapun sikap dan kesungguhan beliau memang ada tanjak la...Kalau kat JPN dah pangkat Pengarah Negeri dah tu...
Paling aku respect bila dia menerima cadangan aku yang pastinya takkan berlaku kalau kat sekolah lama..betul la kata pepatah "ikutlah resmi padi...makan tua makin tunduk dan bertambah berisi"
So kalau nak tunjuk bijak ilmu..tunjukkan bukti dan prestasi..baru Bijak Ketua namanya...

Friday, January 8

Gletak, gletak & gletak

Masih terbayang kawasan gletak aku kat sekolah lama...kawasan perhimpunan tak rasmi tapi bincang isu negara saja..hahahahaha. Kalau kasut tak banyak kat luar jangan sangka tak ada penghuni...sekali sekala pasti terbau udara toksik cap Gudang Garam dan sebagainya. Perhimpunan tak rasmi ni kadang-kadang dimeriahkan dengan hidangan makanan dan minuman yang tak dirancang...tapi kalau geng ada rezeki lebih..pasti hidangan lebih sedap dan menggiurkan...

Kawasan gletak baru belum mengancam lagi...cuma tempat letak kepala cukup selesa sebab ada carpet lembut dan hembusan bayu sepanjang hari..baru rancang nak bentuk AJK Makanan..penghuninya cuma 3 orang secara rasmi so budget nak beli TV, Peti Sejuk, Heater dsb belum mampu lagi...kalau yang second hand mungkin boleh kut...


Apa-apapun baru seminggu kat port baru ni...kita tengok perkembangan nanti...

Monday, January 4

Hari Pertama Sekolah 2010

Aku membuka lembaran baru 2010 dengan menjejak kaki ke sekolah baru dengan harapan dapat memberikan khidmat tugas yang sebaik mungkin. Seronoknya kerana dapat bertugas sesi petang...pengalaman baru setelah 24 tahun mengajar di sesi pagi...dapat aku berkarya di awal pagi sokmo...
Orientasi form 1 menanti kejap lagi...walaupun aku sendiri tak khatam lagi lokasi kelas dan bangunan di sekolah baru ini...tak pa, google map ada, boleh scan dengan pantas...apa-apapun aku terima tawaran ini untuk menambah pengalaman baru...