Tuesday, September 23

JONG KELIK KAPONG..

Ramadhan dah nak sapei ke penghujungnya...Syawal akan menjelma tak lama lagi...gaji pong dah dapat tambah bonus sikit...Aku akan beghaya pertama kat BP dengan keluarga mertua dan ghaya ke dua nak peghandeh balik kapong halaman ku Batu Kugho...hehehehehehhe dah lama tak balik kapong. Arat-arat geng-geng lama akan dapat bejupa dih...Semejik pong dah siat untuk menapong jemaah yang kho-kho dah rameiii Ghaya ke 3 ada gathering untuk members portal Batu Kugho Kapongku...mesti seghenok dapat jupa members yang selama ini dok bejupa di alam maya saja...Ok geng...muma sedia ka tak sedia ka amba dah tak saba nak kelik nih... Dikesempatan ini amba nak mengucatkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN!!

Wednesday, September 10

Duit Raya Dah Sampai.....

Dengan pengumuman PM semasa Budject 2009, ramai yang lega kerana pemberian bonus sebulan gaji yang akan dibayar sebanyak dua kali menjelang Hari Raya Aidil Fitri nanti. Tapi yang ironiknya, institusi kewanganpun tak ketinggalan memberikan 'bonus' kepada pelanggannya yang setia. Kad kredit diupgrade kepada 'Gold' dengan kuasa berbelanja yang lebih tinggi, dengan alasan pelanggan mampu berbelanja kesan dari kenaikan gaji dan pemberian bonus. Kalau satu tak pa beb... 4 kad sekali gus dihantar kepada pelanggan. Mastercard/Visa/American Express dan Petronas Rebat pun disertakan bersama, kalau ikut hati memang sedap shopping tuh... 4 kad x RM8,000.00 dah RM32,000.00. Bala, bala...tu ler pasal..tak da akta perniagaan ke yang boleh menghadkan pemberian " hutang" ni.. Apa-apapun terpulanglah kepada individu untuk respon kepada pemberian tanpa diundang ni.

Nah... kad dah di tangan... boleh belanja la kut... Tepuk dada tanya selera beb!!!...

Koleksi Kasut Raya


Terkejut aku bila melihat banyak kasut-kasut dihimpunkan di satu sudut bahagian belakang bangunan sekolahku. Bila diperhatikan betul-betul... ada yang baru dan ada juga yang dah gersang.... saiz memang pelbagai, cuma warna yang sama.. Hitam Gelap. Aku mencari tuan punya kasut-kasut ini.... rupa-rupanya satu persidangan tergempar membincangkan hal-hal negara dijalankan di sebelah pintu masuk bilik rehat ni.... patutla banyak kasut-kasut kat luar pintu.. Bila tiba di dalam bilik, ramailah yang 'Geletak' menyuarakan pendapat bermula dari isu kabinet, kementerian, jabatan, daerah dan akhir sekali tuan tubuh masing-masing. Aku mendengar dengan penuh minat sehinggalah " save by the bell".. esok sambung lagi ok..

Tuesday, September 9

Jawab jangan tak jawab....

Dah hari kedua Peperiksaan Percubaan SPM bermula, tibalah paper yang aku ngajar... Kalau nak banding kualiti paper kali ni rasanya lebih mudah dari tahun lepas... Tapi ada satu soalan section D yang aku rasa pelik sikit ( soalan no. 34 - Novel) " Did you enjoy reading the Novel?" Support your answer with evidence from the text. Soalannya cukup terbuka dan berbagai bentuk jawapan dapat ditulis...yang susah bila nak semak dan bagi markah!!! Dah jadi macam Paper 1 (continuous writing) lak... Entah ler, akupun tak pernah ngajar bebudak aku bentuk soalan macam ni... selalunya lebih specifik dan mengadaptasikan elemen literature.
Pulak, bebudak disusun mengikut angka giliran yang telah memisahkan pelajar kerana menggunakan kelas-kelas yang berbeza dari kelas mereka yang sebenarnya. Bila time kutip kertas jawapan... berteraburlah kertas kerana bercampur gaul. Terpaksa semak pulak satu-satu sebab penyemak kertas adalah guru subjek masing-masing...pening/leceh laaaaaa....First time perkara ni berlaku...!!! dan sememangnya ia tidak efisien. Harap Maklum!!!

Monday, September 8

Rawat lagi...

Kejap lagi aku kena hantar wife ke Klinik Pakar 2, Unit Ortopedik untuk rawatan susulan kali ke 4. Selepas pembedahan kali kedua tempohari, luka pembedahan masih belum dijahit... silap-silap hari ni dibelasah jahit oleh doktor-doktor (pakar) tu. Selepas selesai kes ni, ada satu lagi pembedahan untuk menggarap tulang yang kurang satu inchi tuh... katanya nak ditambah dengan tulang tiruan agar cepat cantum tulang peha tu. Aku cuti lagi hari ni (CRK), cuti terakhir yang masih ada... kalau aku terpaksa cuti lagi selepas ini untuk mengiringi wife ke hospital, akupun tak tahu nak ambil cuti apa?? Mungkin (MC) atau Cuti Tanpa Gaji... So aku harap luka di kaki wife akan cantik molek agar dapat diteruskan rawatan berikutnya...

Sunday, September 7

JOM MENGEMAS...


Hari minggu ni memang sesuai untuk 'servis' serata rumah...puasa dah seminggu, kalau tangguh-tangguh lagi memang takkan siap. Meracun, menyusun, mengelap dinding dan mengemas bawah rumah diselenggara hari ini.... Mungkin minggu depan nak ajak pelajar-pelajar tegar kat sekolah datang rumah untuk selenggara projek risiko tinggi pulak. Dapat ler dema wang saku sikit untuk persiapan raya.
Upacara racun meracun keliling rumah... 3rd daughter's project (memang pakar dalam hal ni).

Ini Joji si Parsi yang geli geleman nak join kami kat tanah.... nah! terpaksa dikurung kerana kawasan bawah rumah sedang diservis...kalau tidak habis dia bergolek menyapu lantai macam mop pulak... Tahun ni kita raya kat sini jer...next year baru balik Perak!!!

Saturday, September 6

Kalau kucingpun layu...

Inilah aksi kucing-kucing kat kantin sekolah aku...kelaparan dan mengantuk sangat walaupun di awal pagi. Kenapa?... bulan puasa beb...kantin mana operasi...so kebulurlah kekucing ni... Jadi terpaksalah mereka cari makanan kat tempat lain...hmmm kais pagi makan pagi..

Hah...ni lain pulak...walaupun puasa, tapi masih boleh tersenyum lagi.. mungkin masa sahur tadi dah belasah habis-habisan.. nak cover sampai ke petang beb... apa-apapun jangan sampai Puasa Yak Yok cukupla....

Wednesday, September 3

Sukarela....

Dah lama aku tak dengar perkataan ini diucapkan sehinggalah aku terjerumus dengannya petang tadi... Puas aku mencari tuannya, tapi tak jumpa-jumpa, mungkin kat kedai beli barang keperluan kot.... Proton Arena yang diubahsuai menjadi kenderaan penyelamat ini telah berjaya mencuit hati aku...memang aku nak 'interview' pemandunya kalau jumpa, tapi tak da rezeki hari ini...aku selitkan 'name card' aku kat cermin supaya dia hubungi aku nanti... mungkin???

Susah nak jumpa orang 'sukarela' sekarang ni..... Kalaupun Sukarelawan tak sama tugas macam sukarela ni. Masa aku scouting dulu...memang sukarela...tak kira panas, hujan, jauh dan dekat...kami pergi bertugas tanpa mengharap satu sen pun...kalau nasib baik, dapat la makan minum... budak sekarang ni...hmmmmmmm...mak bapak yang menghalang... takut anak demam, nanti penat, petang ada tuition... dan beribu macam helah.
Renunglah wahai kawan..adakah kamu sanggup menjalankan tugas-tugas sukarela seperti mengiring budak berbasikal.....???

Atau lepak begini ala santai.....

Tuesday, September 2

Pasar Ramadhan

Tiap-tiap tahun Pasar Ramadhan ini beroperasi sempena Bulan Ramadhan kerana menyediakan makan/minum untuk umat Islam yang tidak sempat masak atau saja nak cuba masakan baru/lain. Aku sering ke Pasar Ramadhan di sekeliling Batu Pahat ni....habis aku round..

Tapi yang sedihnya.....semua makanan/minuman dah naik harga!!!!..sangat ketara perbezaan harganya kalau dibandingkan dengan tahun lepas!!! Walaupun harga pukalnya sama, tapi kuantitinya dikurangkan atau dikecilkan... Peniaga takkan rugi....yang menanggung kita semua......so aku angkat kaki dan terus ke dapur, masak makanan sendiri dan buat kuih sendiri...padan muka aku!!