Monday, July 14

anak-anak comel

Beginilah ceria dan comelnya anak-anak kecil yang tidak pernah mengerti apa itu penderitaan hidup. Walau dimanapun mereka berada pasti kegembiraan yang dicari tanpa mengira waktu dan tempat. Aku meneliti gelagat mereka ketika menghantar isteri untuk rawatan dan pemerhatian Doktor Pakar di Hospital BP. Walaupun menunggu lama namun anak-anak kecil ini tak jemu bermesra dan bercerita sesama sendiri. Aku tertarik dengan pergerakan mereka yang bersahaja dan mengambil photo untuk kenangan. Tanpa segan silu merekapun posing baik la..... yang berbaju hijau tu pulak baik hati memberikan aku gula-gula yang dibekalkan oleh keluarga yang sedang menunggu menerima rawatan. MC sampai Ogos menambahcukupkan tempoh 6 bulan tak bekerja...tapi apa boleh buat...tulang tak sambung-sambung lagi...

No comments: