Wednesday, July 9

Ice Cool Bekok

Walaupun agak gerimis semasa meninggalkan rumah namun syukur kerana cuaca bertambah baik bila sampai ke Hutan Lipur Sungai Bantang di Bekok.

Papan Tanda Selamat Datang menyambut semua tetamu yang berkunjung... segala maklumat mengenai hutan lipur ini dinyatakan bersama do's and dont's yang dikawalselia oleh Jabatan Perhililitan Johor. Jangan buang sampah merata-rata! Gunakan tempat sampah yang disediakan!

Pandangan menarik selepas melepasi Pintu Gerbang.

Tiba di spot yang dicari-cari.

Terus terjun dan membasahi seluruh badan....Sejukkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

Nasib baik bekal yang dibawa cukup zat dan kuantitinya... Cukup la cover kalori yang terbakar kerana mengharung air yang sejuk dan arus yang deras.

Kalau tak bawa atau kehabisan stok makanan , jangan risau..... banyak gerai-gerai menjual makan-minum dan juga alat permainan berdekatan dengan tempat mandi manda... Harga? Hmmmm... berpatutan juga.

Diantara aksi-aksi yang sempat dirakam dengan N95...

No comments: