Monday, July 14

Jalan Jalan Cari Makan

Bab makan-makan ni memang ler aku suka....dah banyak kali aku lalu tempat ni tapi sekadar lalu saja. Kali ni aku berhenti kerana memang perut aku dah cukup lapar. Kuala Kg Parit Simen ni adalah kawasan jeti nelayan....di naiktaraf sebagai kawasan rekreasi dan Pusat Ikan Bakar. Lokasinya antara BP ke Muar dan tak jauh dari jalan besar menambat hati penggemar makanan laut untuk bersantai makan-makan sambil menikmati pandangan laut. Ketika ni hari dah petang dan ramai pengunjung dah mula order makanan kat gerai-gerai di sini. Macam-macam makanan dijual disini....tapi specialnya tentu ikan bakar... Sedap ke? Sedap kalau datang mencuba sendiri....harga memang berpatutan...yang penting sedap, dan ikan-ikannya fresh dan dimasak dengan citarasa pelanggan sendiri.

Tempat ini dilengkapkan dengan kemudahan asas seperti kawasan permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat letak kereta dan lain-lain.


Tempat meja makan telah dibawa naik sampai ke tepi tebing sungai...Angin pulak bertiup lembut... wah memang syok makan-makan kat sini.... Udang goreng tepung cecah sos pun sodapppppp!!!!

Kawasan permainan kanak-kanak dipenuhi dengan gadjet-gadjet plastik dan sesuai untuk menghiburkan kanak-kanak yang datang dengan keluarga masing-masing....tapi ingat kawasan ni juga kawasan permainan Si Haluman yang berbulu. Haiwan ni datang dari hutan bersebelahan dan menagih makanan dari semua pengunjungnya.

Nah.... sebahagian gerombolan telah keluar kawasan dan sedang mencari pengunjung yang membawa makanan. Jangan takut... nampak macam ramai dan menakutkan..tapi mudah dijinakkan dengan sebungkus kacang atau sebarang makanan yang halal.

No comments: