Monday, July 28

Demokrasi Terpimpin

Aku ingin imbas kembali kepada stail pengurusan yang pernah aku akur dan hormat ketika aku di pejabat dulu. Bersama dengan Tuan Haji Muhiddin Takah aku belajar banyak ilmu pengurusan yang berjaya membawa kepada kepimpinan yang cemerlang. Dengan sifatnya yang 'cool' dan berhemah, tidak pernah sangsi dengan pegawai bawahannya, menyokong segala tindakan kerana "every word you make is my word as well" telah menambah rasa percaya dan mempercayai seorang ketua dengan pegawai bawahannya. " We can entertain everyone but we can't entertain the only one". Bukan keputusan popular yang kita jangkakan kerana bukan semua keputusan akan dapat dilaksanakan. Mesyuarat mencapai keputusan, agenda yang tersusun dan rekod yang tepat akan membantu pengurusan dengan baik. Tapi untuk mencapai objektif, keputusan tidak popular tetapi menggarap kepada hasil yang positif akan memberikan pencapaian yang diharapkan. Namun setiap pendapat yang diberi harus diteliti dan diterima dengan ikhlas, ditolak dengan rasional bukan mentah-mentah, kerana ini mempamerkan kualiti kita sebagai ketua. Harus ada 'jurang' bila urusan kita adalah rasmi.. semua dilayan sama rata, mulut dan gerakgeri haruslah selesa dan beradab.. "once you control your anger and desire you will generate your best quality in management"

No comments: