Thursday, July 17

Mampukah Kita Bersaing..

Olehkerana keuntungan dari PETRONAS kononnya dibelanjakan sewajarnya kepada sektor pengangkutan awam, aku tertarik dengan artikel sahabatku dari Berne, Switzerland.
PENGANGKUTAN AWAM DI SWITZERLAND

Pengenalan:
Pengangkutan awam merupakan antara yang terbaik di dunia. Trek yang meliputi hampir keseluruhan bandar, bersih dan yang paling utama adalah ketepatan hingga ke pengiraan minit-minit, sepertimana ketepatan jam buatan Swiss. Bagi kebanyakkan pelancong dari Malaysia, harga tiket adalah di antara yang termahal. Jarak dalam kiraan kilometer dari bandar Bern ke Zuerich adalah di antara lebih-kurang 120KM. Harga sehala adalah CHF49 dan jika didarabkan dengan tukaran RM3.00, maka harga tiket tersebut menjadi RM147. Sedangkan dengan harga RM48-RM50, kita boleh menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Alor Setar iaitu lebih-kurang 400KM.
1. SBB-CFF-FFS, Schweizerische Bundesbahnen dalam bahasa Jerman, Chemins de Fer Federaux dalam bahasa Peranchis dan Ferrovie Federali Svizzere dalam bahasa Itali.
Pengangkutan awam ini merangkumi gabungan bas, bot, tram dan keretapi.
2. Rangkaian trek meliputi 5000km, 1800 stesen dan 650 terowong.
3. Regio merupakan keretapi berhenti-henti, IC merupakan keretapi antara bandar (intercity) dan EC untuk keretapi antara Eropah (eurocity) juga berhenti di setesen utama Swiss.4. Kelajuan IC dan EC boleh mencecah 195KM/Jam.
Tiket:
1. Halbtab Karte (Halfcard), CHF150 setahun. Jika kita menggunakannya, kita boleh melakukan penjimatan sehingga 50% dari harga tiket asal.
2. General Abonoment (GA), CHF285 sebulan. Jika kita menggunakannya, kita boleh pergi kemana-mana dalam negara Swiss tanpa had. Tanpa membeli tiket, memandai dengan menunjukkan kad GA.
3. Jika menggunakan pengangkutan persendirian seperti keretapi gunung Jungfraujoch diskaun diberikan sehingga 25% dari harga asal tiket. Diskaun juga meliputi Cablecar dan Skylift (musim ski).
4. Untuk anak-anak berumur 6 hingga 16 tahun, belikan Junior Card dengan harga CHF20 setahun, dan mereka tidak dikenakan tambang jika bersama-sama dengan bapa atau ibu mereka (pemegang pas).
5. Tiket yang dikeluarkan adalah dari poin A hingga poin B. Oleh yang demikian tiket tersebut boleh digunakan dari keretapi, tram, bas dan juga bot.
Jadual Perjalanan:Pastikan anda sentiasa merujuk papan jadual perjalanan. Perjalanan IC adalah setiap 30minit. EC setiap 2jam dan Regio setiap 20minit.Penalti/Denda:Jika anda tidak mempunyai tiket perjalanan yang sah, keterangan diri, nombor handphone akan diambil dan anda akan dikompaun sehingga CHF80 tunai atau CHF100, jika memilih untuk bayar kemudian.
Rayuan..?, harap maaf, tiada budi-bicara atau tolak-ansur, bayar tetap bayar.

Rujukan: anda boleh melayari http://www.sbb.ch/ untuk mendapatkan info tambahan.
Ulasan:Menepati masa. Adakah budaya kerja orang Swiss, lebih islamik dari budaya kerja orang Melayu di Malaysia?. Bilakah KTM, Star, Putra dan RapidKL mampu menghampiri taraf pengangkutan awam di Switzerland?.

No comments: