Thursday, July 31

Keyboard Ajaib...

Latihan Dalam Perkhidmatan akan keudara lagi Sabtu ni... Sesi kali ni tak ler kena jemur lagi tapi mantap di kerusi plastik dan mengadap keyboard ajaib! Gelanggang peraduan memang selesa.. hawa dingin tetapi tinggi dipuncak..kalau ada yang semput atau sakit jantung memang kena sedia pil penenang ( ada kut yang sangkut nanti )..Katanya Maxis pun nak datang, bagi ilmu-ilmuan tentang internet ( atau promosi broadband? ).. Program Microsoft Power Point dan Excel akan ditelaah semula oleh para graduan,... instruktur? Yess... tentu yang hensem dan jambu!.. Aku ingat program-program ni aku dah belajar tahun 1992 dulu..tambah lagi semasa kat U, mungkin ada yang terbaharu.. tapi rasanya saban hari aku jenguk Bill Gates bertanyakan khabar, tak da pulak dia cakap apa-apa..tak pa, kita tengok persembahan hari Sabtu ni... Harap-harap latihan ini memberikan manfaat kepada semua.. ada follow up dan aplikasi sebenar nanti.. jangan present kat diri sendiri saja cukup.

No comments: