Latihan Dalam Perkhidmatan akan keudara lagi Sabtu ni... Sesi kali ni tak ler kena jemur lagi tapi mantap di kerusi plastik dan mengadap keyboard ajaib! Gelanggang peraduan memang selesa.. hawa dingin tetapi tinggi dipuncak..kalau ada yang semput atau sakit jantung memang kena sedia pil penenang ( ada kut yang sangkut nanti )..Katanya Maxis pun nak datang, bagi ilmu-ilmuan tentang internet ( atau promosi broadband? ).. Program Microsoft Power Point dan Excel akan ditelaah semula oleh para graduan,... instruktur? Yess... tentu yang hensem dan jambu!.. Aku ingat program-program ni aku dah belajar tahun 1992 dulu..tambah lagi semasa kat U, mungkin ada yang terbaharu.. tapi rasanya saban hari aku jenguk Bill Gates bertanyakan khabar, tak da pulak dia cakap apa-apa..tak pa, kita tengok persembahan hari Sabtu ni... Harap-harap latihan ini memberikan manfaat kepada semua.. ada follow up dan aplikasi sebenar nanti.. jangan present kat diri sendiri saja cukup.Thursday, July 31
Keyboard Ajaib...
Latihan Dalam Perkhidmatan akan keudara lagi Sabtu ni... Sesi kali ni tak ler kena jemur lagi tapi mantap di kerusi plastik dan mengadap keyboard ajaib! Gelanggang peraduan memang selesa.. hawa dingin tetapi tinggi dipuncak..kalau ada yang semput atau sakit jantung memang kena sedia pil penenang ( ada kut yang sangkut nanti )..Katanya Maxis pun nak datang, bagi ilmu-ilmuan tentang internet ( atau promosi broadband? ).. Program Microsoft Power Point dan Excel akan ditelaah semula oleh para graduan,... instruktur? Yess... tentu yang hensem dan jambu!.. Aku ingat program-program ni aku dah belajar tahun 1992 dulu..tambah lagi semasa kat U, mungkin ada yang terbaharu.. tapi rasanya saban hari aku jenguk Bill Gates bertanyakan khabar, tak da pulak dia cakap apa-apa..tak pa, kita tengok persembahan hari Sabtu ni... Harap-harap latihan ini memberikan manfaat kepada semua.. ada follow up dan aplikasi sebenar nanti.. jangan present kat diri sendiri saja cukup.Wednesday, July 30
Kenapa botak?

Botak juga menjadi 'trend' masa kini... bila Mawi masuk AF dengan gaya rambut yang hampir botak, maka ramai ler peminat yang tiru gaya beliau! Ada ramai seleberiti yang telah ramai botak, ahli sukan dan juga ahli akademik yang mempunyai berbagai alasan kenapa mereka botak.
Tapi kes yang di atas agak berbeza sikit.. kawasan yang dibotakkan cuma di tengah-tengah kepala. Ini lah akibatnya bila air naik kepala! Kena ler pergi berbekam.. 'release tention' dan membuang kotoran dalam darah. Kaedah tradisional yang dimodenkan ini sudah semakin popular kerana kaedah rawatan yang murah dan ringkas. Kesannya!.. kena tanya ler sendiri tuan tubuh..Semua kawasan di tubuh boleh dibekamkan..terpulang kepada punca ketidakselesaan tuan tubuh.. nak cuba?.. boleh hubungi author dengan segera.. JOM KITA BERBEKAM..untuk kesihatan.
Monday, July 28
Demokrasi Terpimpin
Kenapa Kucing Suka Tidur
Menurut cerita nenek moyang yang aku dengar semasa kecik-kecik dulu, kucing pada zaman firaun dianggap sebagai tuhan dan mempunyai kuasa untuk menumpaskan manusia. Olehkerana mempunyai kuasa yang ajaib, kucing-kucing di zaman tersebut diberi layanan yang istimewa seperti raja dan diukir patung-patung malah dijadikan perhiasan kepala kepada firaun-firaun di zaman tersebut. Hatta, bila zaman berlalu dan kekucing ini hanya pandai mengilai saja, hanya kucing-kucing yang cantik saja dibela dan dilayan mesra oleh tuan-tuannya. Kucing-kucing yang tidak mempunyai bulu yang gebu atau menarik akan tinggal dijalanan saja kerana dipisahkan oleh tuan-tuannya yang terdahulu. Zaman dah berubah, manusiapun dah maju...Kucing kembali diangkat sebagai IKON dan dijadikan Super Hero oleh golongan barat. Maka timbullah 'Cat Woman' yang menghiasi persada seni lakon dengan imej seksi tetapi tidak mungkin ditewaskan. Kerana sumpahan..Cat Woman tidak akan kembali kepada sifat asalnya tetapi lebih bersifat dan merupai kucing yang sebenarnya. Yang anehnya...tidak ada 'Cat Man' untuk dipasangkan dengannya...maka usaha mencari 'Cat Man' diteruskan demi mengukuhkan lagi generasi yang akan datang. Jadi kucing-kucing yang ada akan terus tidur dan bermimpi sehinggalah masalah ini selesai. Si JOJI kucing parsi aku ni pun memang sentiasa tidur dan meneroka alam mimpi dan memeluk Si Tokai sebagai ilhamnya. Bersambung bila si JOJI bangun tidur......ralat
Selamat Pergi Selamat Kembali...
Hari kedua..persiapan untuk menawan puncak air terjun Takah Tinggi...semangat nampak!!

Acara berendam di kolam.. ada pulak yang perlu diselamatkan walaupun air setinggi peha jer...ermmm
Di antara view menarik di Takah Tinggi.. semua kaget dengan deruan air yang menghempas.

Kepenatan pulang dari ekspedisi Takah Tinggi..tarik nafas sekejap.

Si Tupai yang sering melawat tapak kem untuk mencari sesuap nasi dan seteguk kopi.

Inilah chalet tempat kami berlindung dari panas matahari dan kedinginan malam.
Acara 'tubing' di Lubuk Tapah..
Di antara 'CHEF' yang memasak untuk peserta-peserta di kem ini..menu? Kari Ikan Senangin.
Sebagai kesimpulannya, perkhemahan di Taman Negara Endau-Rompin ini berjalan dengan lancar ditambah dengan cuaca yang cukup baik, yang membenarkan kami menjelajah ke semua kawasan menarik walaupun selalu ditemani oleh Sang Pacat. Memang adat berkhemah penuh dengan cabaran dan dugaan...so sesiapa yang tak tahan dengan agas, nyamuk, pacat dan segala kesulitan di hutan, tak payah ler datang..duduk kat rumah tengok Astro ( Discovery ) lagi selesa. Kalau datang lagi tahun depan kita pergi memburu Sang Kelah dan Sang Sebarau di lubuk-lubuk yang jauh ke dalam hutan..walaupun jauh ke dalam, tapi berbaloi.. So thanks kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan perkhemahan ini.. Ada lagu menarik yang Si Ceceh nyanyikan disini..... " Hai son budak jaga lembu, hari-hari curi jambu..selalu dikejar Tok Penghulu..kena tangkap tentu kena palu.." Pesanan ini untuk nelayan-nelayan haram yang cuba mengorat ikan-ikan di Lubuk Tapah!!!
Tuesday, July 22
SELAI...DIBELAI
Nah tu dia...bebudak ni aku belai pagi tadi. Aku sayang sangat dengan seisi kelas tak kira male atau female. Tapi bila aku tengah kusyuk mengajar, ada pulak dua beradik lain mak bapak ni buat kecoh main-main kapur, siap catch and throw... so aku call kedepan dan hadiahkan free facial make over yang boleh menambah keayuan kedua mempelai ni. Last but not least, cuba-cubalah lagi ganggu ketenangan dan concentration aku.... memang kena make-up ler selalu...apa?.... nak cuba?
Cari Duit Syiling?
Peristiwa perhimpunan pagi Rabu cukup menaikkan darah aku, apabila semua dah berhimpun dengan menyarung uniform masing-masing ada pulak Parade Commander yang tak muncul-muncul. So gagallah acara pagi tu walaupun sepatutnya giliran bertugas unit uniform ni dah dirancang secara bergilir-gilir. Tak adapun Guru Pemimpin yang nak bertanggungjawab malah sanggup biarkan unitnya didenda kerana tidak memberikan kerjasama! Kalau sanggup pakai uniform pegawai, tampillah ke hadapan dan tunjukkan kemampuan.. jangan sanggup pakai uniform saja tapi takut nak memimpin pasukan.JOM ISI BORANG....pada yang layak.
Monday, July 21
Geram Sungguh...
Ini pandangan di pintu hadapan SMTP di Tongkang Pecah..sentiasa sibuk dengan kenderaan lalulalang dan kenderaan yang menghantar pelajar sekolah. Mengecewakan sekali kerana semua kenderaan yang menghantar pelajar ini tidak mengikut peraturan jalanraya dengan tidak mengendahkan garisan berkembar, garisan kuning dan juga lampu isyarat!!! Ibubapa dan bas sekolah dengan senang hati membuat pusingan 'U' di dihadapan lampu isyarat tanpa memikirkan kenderaan depan dan belakang. Seketika ada kawalan dari pihak polis, dan isu ini reda sebentar... tapi bila tak ada penguatkuasaan, semua pemandu kembali kurang ajar dan mengambil risiko kemalangan..kiri kanan jalan menjadi hentian VIP dan kenderaan lain terpaksa beratur panjang semata-mata membenarkan bas dan kenderaan persendirian menurunkan penumpang. Nak aku maki, nampak macam bodoh sangat.. nak telefon polis..tentu tak datang..entah ler..inilah sikap pemandu di Malaysia yang tak takut undang-undang, mungkin kerana duit banyak untuk baiki kenderaan bila berlaku perlanggaran. Dah ada yang maut, barulah pihak tertentu sedar dan insaf...piiiirrraaaahhh!! Cuba la pikir beb!!Sunday, July 20
Selamat Hari Ulang Tahun
Ini anak saudara aku Aisyah Hannan yang menyambut hari lahir yang ke tujuh tadi.. selalunya secara package dengan adik dan abangnya yang lahir pada bulan yang sama tapi kali ini dia demand nak sambut secara solo...mungkin nak hadiah secara peribadi kut. Masa kecilnya rambut ala trojan so terpaksa disepit untuk dapatkan hairline.. tapi bila dah semakin besar, rambut dah kembali normal ( dengan bantuan GEL ).. rupa dah semakin ayu hasil kombinasi ayah dan ibu.. so Pak Man ucapkan Selamat Hari Lahir..semoga bertambah cerdik dan taat kepada ayah bonda.Dah Mula Dah
Rejab sudah..Sya'aban menjelang..Ramadhan akan kembali menemui kita tak lama lagi... tapi kekedai semua dah mula offer kain baju untuk persiapan Syawal. Akupun terlibat dengan acara persediaan ini walaupun budget belum mengizinkan. Persiapan kena awal kalau nak pakaian berjahit siap on time!! Harga...ermmmm...memang semua kawasan tulis harga diskaun, tetapi kena pilih dan teliti..stok lama yang banyak turun harga, design baru tetap menawan harganya. Nak taknak kena beli jugak, masa semakin pantas berlalu dan duit dalam poketpun akan mengalir jugak nanti...so kepada semua yang akan menyambut perayaan... Mak oii...lupa lak, belum gaji lagi ler....nasib baik simpanan tetap utuh walaupun dihujung bulan ( kelapa sawit tak ler banyak) ..... segeralah membuat pilihan agar tak ketinggalan.. berbelanja biar patut kerana berjimat cermat adalah amalan kita.Friday, July 18
Al Fatihah
Thursday, July 17
Mampukah Kita Bersaing..
Pengenalan:
Rujukan: anda boleh melayari http://www.sbb.ch/ untuk mendapatkan info tambahan.
Tuesday, July 15
ESOK MEMERINTAH, HARGA MINYAK TURUN
Adakah tajuk ini sekadar meraih populariti dan mengaut hati rakyat. Debat ini cukup memberi kesan dalam mendedahkan ketelusan mana-mana pihak, bukan kerana isu sejarah dan menikam mana-mana pihak. Sekiranya debat ini berjaya mencari penyelesaian dan bukan sekadar mengutuk kelemahan masing-masing..... nah debat ini pasti akan memberikan kepuasan kepada rakyat.
Photography Session
Since the management had made desicion to use Smart Card as element in staff's attendance, even though some showed their protest by not paying the expenses, the first step to fulfill the process is already done. Well... the photography session is held today right after recess session and a few staffs attended to show their cooperation. A photographer is invited in conjunction to the production of the Smart Card.
With a great smile surely the impact will distract those who are in the room...Lady teacher in action even though it is a still photo production..... Action!... Cut!
Some will be coming soon to have a snap and digitally tranfered to a card. Slide your card to a detactor machine and...Wallah!!!.. your attendance is recorded in the computer. However..this modern technology is self-paid by the user and logically owned by them. Therefore, please bring along any part of the machine if you move to another institution... How is it guys... am I right?
Monday, July 14
Jalan Jalan Cari Makan
Bab makan-makan ni memang ler aku suka....dah banyak kali aku lalu tempat ni tapi sekadar lalu saja. Kali ni aku berhenti kerana memang perut aku dah cukup lapar. Kuala Kg Parit Simen ni adalah kawasan jeti nelayan....di naiktaraf sebagai kawasan rekreasi dan Pusat Ikan Bakar. Lokasinya antara BP ke Muar dan tak jauh dari jalan besar menambat hati penggemar makanan laut untuk bersantai makan-makan sambil menikmati pandangan laut. Ketika ni hari dah petang dan ramai pengunjung dah mula order makanan kat gerai-gerai di sini. Macam-macam makanan dijual disini....tapi specialnya tentu ikan bakar... Sedap ke? Sedap kalau datang mencuba sendiri....harga memang berpatutan...yang penting sedap, dan ikan-ikannya fresh dan dimasak dengan citarasa pelanggan sendiri.

Kawasan permainan kanak-kanak dipenuhi dengan gadjet-gadjet plastik dan sesuai untuk menghiburkan kanak-kanak yang datang dengan keluarga masing-masing....tapi ingat kawasan ni juga kawasan permainan Si Haluman yang berbulu. Haiwan ni datang dari hutan bersebelahan dan menagih makanan dari semua pengunjungnya.
Nah.... sebahagian gerombolan telah keluar kawasan dan sedang mencari pengunjung yang membawa makanan. Jangan takut... nampak macam ramai dan menakutkan..tapi mudah dijinakkan dengan sebungkus kacang atau sebarang makanan yang halal.
anak-anak comel
Beginilah ceria dan comelnya anak-anak kecil yang tidak pernah mengerti apa itu penderitaan hidup. Walau dimanapun mereka berada pasti kegembiraan yang dicari tanpa mengira waktu dan tempat. Aku meneliti gelagat mereka ketika menghantar isteri untuk rawatan dan pemerhatian Doktor Pakar di Hospital BP. Walaupun menunggu lama namun anak-anak kecil ini tak jemu bermesra dan bercerita sesama sendiri. Aku tertarik dengan pergerakan mereka yang bersahaja dan mengambil photo untuk kenangan. Tanpa segan silu merekapun posing baik la..... yang berbaju hijau tu pulak baik hati memberikan aku gula-gula yang dibekalkan oleh keluarga yang sedang menunggu menerima rawatan. MC sampai Ogos menambahcukupkan tempoh 6 bulan tak bekerja...tapi apa boleh buat...tulang tak sambung-sambung lagi...Sunday, July 13
ENDAU - ROMPIN CAMPING TRIP
Lower Six students of SMKSM are planning to explore The Endau-Rompin National Park on the 25-27 July. The trip will transport them through Kg Peta aboriginal settlement until Selai using 4 x 4 vehicle. However, because of the financial demands, only 30 of them will undergo the programme. Azman Sulaiman, the camp commander of the programme will lead the students to explore and benefit the beauty of the nature in the park.Located on the Johor-Pahang border, this 2½-century-old extensive lowland forest is home to several rare and endangered species. This park is popular with conservationists and nature lovers who enjoy the wildlife and virgin environment. 
Endau-Rompin National Park is made up of a lush, pristine tropical rainforest. Covering an area of 48,905 hectares (800 sq. km), it is the second largest national park in the Peninsula after Taman Negara. With rock formations dating back some 248 million years, Endau-Rompin is mostly hilly with some prominent sandstone plateau. It also happens to be the watershed of several rivers such as Endau River, Selai River, and Jasin River.
As the forest had only recently been established, access to it is quite difficult and entry to the park requires a special permit from the National Park (Johor) Corporation, which only entertains requests for research and fishing limited to designated areas only. However, it would be well worth the effort in attaining a permit to this park as it is the home and sanctuary of the largest population of the rare Sumatran rhinoceros. The spectacular Livistona Endauensis fan palms can also be found here.

There are two entry points to the park, Kampung Peta and Nitar. The former is located 56km from Pahang The visitor would have to traverse through rubber and oil palm plantations, as well as dense jungle along dirt tracks to the base camp. From Nitar, a Felda Plantation scheme, the park can be reached after an 8 hour boat ride along the Endau River. Kampung Peta is also the most remote Orang Asli (aboriginal) settlement in Johor.
Part of Endau-Rompin's attraction is that the park is intrinsically tied up with numerous legends and myths handed down through the years. One such legend is that of Upih Guling, which is located midway to the Buaya Sangkut waterfalls.
Getting There & Accommodation
It is best to contact your travel agent for guided tours of Endau-Rompin, as the area is largely underdeveloped and infrastructure is minimal. Entry permits are a must and visitors will have to provide two passport sized photographs and a photocopy of their identity card or passport. Endau-Rompin is accessible by road from KL and Singapore but it is advisable to use 4WD. It takes 5 hours from KL. Your travel agent will be able to provide further details as to the itinerary of your tour. The tour will typically include all meals, accommodation, and transport to and from Endau-Rompin, as well as transport within the park.
Friday, July 11
Lagenda Bukit Inas
Dari jauh tak ler setinggi mana, namun kalau mendaki keringat dingin pasti membasahi seluruh tubuh... bukit yang paling tinggi di Seri Medan ini pernah menjadi medan pertarungan semasa kependudukan Jepun dahulu...tapi story hari ni tak ler tentang sejarahnya tapi bagaimana bukit ini telah menambah pendapatan penduduknya. Kawasan lerengnya telah diteroka untuk tanaman herba yang menjadi intipati ubatan tradisional. Usahawan Allahyaraham Wak Dakam telah mengusahakan projek tanaman herba yang menjadi tongak kepada perusahaan ubatan tradisional beliau.
Di sebalik keindahan kawasan berbukit dan di tepi sungai, kawasan ini telah menjadi tapak perkhemahan kepada Pasukan Bulan Sabit Merah SMKSM... aktiviti perkhemahan Badan Pakaian Seragam telah menyemarakkan persekitaran bukit ini pada hujung minggu.
Pandangan hadapan Kilang Perubatan Tradisional Wak Dakam yang berhampiran dengan tapak perkhemahan. 
Peserta perkhemahan sedang bersantai sementara aktiviti selanjutnya diteruskan
Sempat juga posing cecikgu ni... hmmmm
Wednesday, July 9
Ice Cool Bekok
Walaupun agak gerimis semasa meninggalkan rumah namun syukur kerana cuaca bertambah baik bila sampai ke Hutan Lipur Sungai Bantang di Bekok.
Papan Tanda Selamat Datang menyambut semua tetamu yang berkunjung... segala maklumat mengenai hutan lipur ini dinyatakan bersama do's and dont's yang dikawalselia oleh Jabatan Perhililitan Johor. Jangan buang sampah merata-rata! Gunakan tempat sampah yang disediakan! 
Pandangan menarik selepas melepasi Pintu Gerbang.

Tiba di spot yang dicari-cari.

Terus terjun dan membasahi seluruh badan....Sejukkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

Nasib baik bekal yang dibawa cukup zat dan kuantitinya... Cukup la cover kalori yang terbakar kerana mengharung air yang sejuk dan arus yang deras.

Kalau tak bawa atau kehabisan stok makanan , jangan risau..... banyak gerai-gerai menjual makan-minum dan juga alat permainan berdekatan dengan tempat mandi manda... Harga? Hmmmm... berpatutan juga.
Diantara aksi-aksi yang sempat dirakam dengan N95...
Tuesday, July 8
SESEJUK TITISAN EMBUN
Besok kami cuti 24jam kerana menyambut Hari Hol. Cuti khas untuk penduduk negeri ini kerana menghormati pemerintah-pemerintah yang telah meninggal dunia. Tapi isi sambutan memang pelbagai...mungkin meriah kerana cuti di tengah minggu. Aku ngan bebudak nak pergi mengukur kedalaman dan kesejukan air!!!Nama tempatnya Bekuk... mungkin banyak lekuk-lekuk masa nak sampai ke destinasi. Apa-apapun balik nanti baru laporan penuh akan dibuat. So pada yang tak cuti esok...jangan jealous... Kami nak berendam sampai beku...yezzzzaaaaa.
Monday, July 7
WORK WITH ME..DONT WORK FOR ME!!!!

Nah tu dia... pekeliling sekolah dah keluar...!! Sila bayar RM15.00 seorang untuk membiayai Mesin Punch Card!! Olehkerana sistem Buku Kedatangan dah lapuk dan ketinggalan zaman, pihak pentadbir mengarahkan penggunaan mesin masa ini untuk kegunaan staf semua. Semua menyokong penggunaannya..tapi...kenapa Guru dan Staff kena bayar? Pengurusan pejabat nak efisien dalam pengurusan masa staffnya kenapa kena bayar sendiri? Tak ada sumber kewangan lain ke yang boleh menampung? Hari Gerko dah sapu beribu-ribu...tak cukup ke? Nasib baik CCTV tak mintak duit i.... kononnya boleh monitor pergerakan pelajar-pelajar...dan guru sekali kut. Tentang hal lain ada pulak duit...pandai mintak peruntukan YB dan sebagainya...Perkara mintak-mintak duit ni kena jelas dan telus... bila kita mula sangsi..kita akan hilang kepercayaan..dan bila sudah hilang kepercayaan, maka semua yang dibuat akan dipertikaikan!!!
Saturday, July 5
MACAM KENA BULI JER...
Dari pagi sampai tengahari cecikgu kena berjemur tengah panas untuk senamrobik dan kawad kaki. Katanya Kursus Dalam Perkhidmatan yang ditaja oleh jabatan.... mmmm sekolahpun dah boleh anjur???? Ada bayaran untuk instruktur ke..... makan minum memang disediakan...tapi cecikgu ni memang tak tahan panas ler..
Sesi senamrobik berjalan lancar walaupun lagu kena nyanyi sendiri...entah mana persiapan lagu dan pemain cakera aku tak tahu....Tapi sesi kawad kaki memang cukup sedia...cuma ramai yang tak tahan berjemur...takut hitam berkilat kut.... ramai yang baru kenal sebenarnya apa itu disiplin kawad...setakat tengok budak dari jauh memang tak memadai...dah buat sendiri baru tahu langit tinggi rendah...macam-macam gelagat dema berkawad.....lucuk gak!
Pulak YB Dato' Noraini ronda kawasan.... sedang bergambar ngan Pengetua dan Koku...ada peruntukan YB?






Kuala Lumpur Time