Dengan pengumuman PM semasa Budject 2009, ramai yang lega kerana pemberian bonus sebulan gaji yang akan dibayar sebanyak dua kali menjelang Hari Raya Aidil Fitri nanti. Tapi yang ironiknya, institusi kewanganpun tak ketinggalan memberikan 'bonus' kepada pelanggannya yang setia. Kad kredit diupgrade kepada 'Gold' dengan kuasa berbelanja yang lebih tinggi, dengan alasan pelanggan mampu berbelanja kesan dari kenaikan gaji dan pemberian bonus. Kalau satu tak pa beb... 4 kad sekali gus dihantar kepada pelanggan. Mastercard/Visa/American Express dan Petronas Rebat pun disertakan bersama, kalau ikut hati memang sedap shopping tuh... 4 kad x RM8,000.00 dah RM32,000.00. Bala, bala...tu ler pasal..tak da akta perniagaan ke yang boleh menghadkan pemberian " hutang" ni.. Apa-apapun terpulanglah kepada individu untuk respon kepada pemberian tanpa diundang ni.
Nah... kad dah di tangan... boleh belanja la kut... Tepuk dada tanya selera beb!!!...
3 comments:
Best nyer.
Saya pernah dihampiri dan ditawarkan untuk memiliki kad.
Lalu saya bertanya, jika saya guna kad tersebut, perlukah saya membayarnya.
Konsepnya sama seakan-akan kita ditawarkan wang tunai. Kita ambil tanpa perlu membayarnya kembali.
Ich weiss es nicht
saya guna untuk beli tiket flight...sebab beli online
boleh guna..tapi bayar cepat2
jgn tinggalkan baki dlm akaun..kalau tak tersenyum bank
bestnye kalau leh guna kad tu tanpa perlu membayar semula..
Post a Comment