Wednesday, September 10

Koleksi Kasut Raya


Terkejut aku bila melihat banyak kasut-kasut dihimpunkan di satu sudut bahagian belakang bangunan sekolahku. Bila diperhatikan betul-betul... ada yang baru dan ada juga yang dah gersang.... saiz memang pelbagai, cuma warna yang sama.. Hitam Gelap. Aku mencari tuan punya kasut-kasut ini.... rupa-rupanya satu persidangan tergempar membincangkan hal-hal negara dijalankan di sebelah pintu masuk bilik rehat ni.... patutla banyak kasut-kasut kat luar pintu.. Bila tiba di dalam bilik, ramailah yang 'Geletak' menyuarakan pendapat bermula dari isu kabinet, kementerian, jabatan, daerah dan akhir sekali tuan tubuh masing-masing. Aku mendengar dengan penuh minat sehinggalah " save by the bell".. esok sambung lagi ok..

No comments: