Tuesday, September 9

Jawab jangan tak jawab....

Dah hari kedua Peperiksaan Percubaan SPM bermula, tibalah paper yang aku ngajar... Kalau nak banding kualiti paper kali ni rasanya lebih mudah dari tahun lepas... Tapi ada satu soalan section D yang aku rasa pelik sikit ( soalan no. 34 - Novel) " Did you enjoy reading the Novel?" Support your answer with evidence from the text. Soalannya cukup terbuka dan berbagai bentuk jawapan dapat ditulis...yang susah bila nak semak dan bagi markah!!! Dah jadi macam Paper 1 (continuous writing) lak... Entah ler, akupun tak pernah ngajar bebudak aku bentuk soalan macam ni... selalunya lebih specifik dan mengadaptasikan elemen literature.
Pulak, bebudak disusun mengikut angka giliran yang telah memisahkan pelajar kerana menggunakan kelas-kelas yang berbeza dari kelas mereka yang sebenarnya. Bila time kutip kertas jawapan... berteraburlah kertas kerana bercampur gaul. Terpaksa semak pulak satu-satu sebab penyemak kertas adalah guru subjek masing-masing...pening/leceh laaaaaa....First time perkara ni berlaku...!!! dan sememangnya ia tidak efisien. Harap Maklum!!!

3 comments:

nordee said...

kenapa angka giliran tak ikut kelas..sebagai su spm saya rasa benda ni sepatutnya boleh dimurnikan...memang boleh susun angka giliran spm ikut kelas..tak taulah kalau ada problem lain kat sekolah cikgu

mooniebob said...

Thanks sebab beri komen membina. Muni baru 10 tahun mengajar dan baru 5 tahun jadi SU peperiksaan (sejak datang smk seri medan hingga kini. satu jawatan yang takde sapa HINGIN nak pegang). Banyak benda nak belajar lagi. Ada tak cdgn mcmana nak tempatkan 45 pelajar dalam satu kelas di blok lama di sekolah kita mengikut angka giliran. Kerusi dan meja guru juga perlu ditempatkan dalam kelas yang sama (mengikut arahan GPK). Selesa tak bebudk tu?
Kita terpaksa akur dengan sistem pendidikan negara yang exam oriented. Kebanyakan pelajar kita pula tidak boleh diukur dengan cara tersebut. Maka berleluasalah kes2 PENIRUAN DALAM PEPERIKSAAN semasa peperiksaan dalaman. Paling menyedihkan guru bertugas hanya pejam mata buat2 tak nampak. Nak buka dewan untuk tempatkan diorg? Kalau subjek elektif, yang takde paper akan bertempiaran lah membuat 'projek' masing2. Setelah difikir2kan, dan telah dibuat perbincangan dan pertimbangan, jalan terbaik terpaksa mengorbankan masa guru sedikit untuk sort out kertas jwpn tersebut. Kitakan guru umpama lilin yang sanggup membakar diri untuk kebaikan pelajar...betul tak? Setelah 5 tahun memegang jwtn ni, muni dah letih nak dengar mcm2 label dari pengawas2 PMR dan SPM sebenar (diorg kan dari sekolah lain). kalau label bagus takpe, ni yang.... Jadi nak membina satu environment peperiksaan, diterapkan waktu trial supaya bila peperiksaan sebenar pelajar2 kita taklah buat perangai diorang yang 'BAIK' tu sampai dilabel orang lain. Paling tidak diorg dah belatih bawa ic dan slip periksa, nanti bila periksa sebenar tak lah timbul masalah yang sama. Perasan tak...diorang punya IC macam belacan kan? kalau spm betul tak diterima tu..(siapa yang kena tegur kalau tak su peperiksaan yang tak alert katanya) at least, masih sempat lagi diorg betulkan. Kes2 peniruan menurun, at least kita tau pencapaian sebenar pelajar kita. boleh la buat strategi peningkatan, HARAP BERSEDIA DENGAN AUDIT AKADEMIK nanti. Memang muni sedar, usaha kami SU2 Peperiksaan harus dimurnikan (thanks nordee), dan juga sedar usaha kami pasti dapat bantahan guru2 lain sebab menyusahkan. Nak berubah kepada sesuatu yang baik memang banyak BUNYInya. Ye tak? 'Zaman makin moden, dunia dah berubah'. Ini juga masa untuk mengubah label smk sm. Pengalamn muni sikit nak dibandingkan dengan cikgu. Apa kata muni cadangkan cikgu jadi SU Peperiksaan jugak taun dpn? Join kitorang? SETUJU?

Azman Bin Sulaiman said...

SU Peperiksaan Council....Yes Why not...banyak lagi cecikgu yang boleh bantu cuma....Acan memang suka perempuan kerja bawah dia...senang dia telunjukkan..kalau hat jantan ni memang banyak protes..kan kan kan
Sebab tu saya mintak tukar sekolah tahun depan...Em using only 10% of my exact skill here in SMKSM...semua idea tak penah pakai...Acan sama Koku pun sama..