Sunday, September 7

JOM MENGEMAS...


Hari minggu ni memang sesuai untuk 'servis' serata rumah...puasa dah seminggu, kalau tangguh-tangguh lagi memang takkan siap. Meracun, menyusun, mengelap dinding dan mengemas bawah rumah diselenggara hari ini.... Mungkin minggu depan nak ajak pelajar-pelajar tegar kat sekolah datang rumah untuk selenggara projek risiko tinggi pulak. Dapat ler dema wang saku sikit untuk persiapan raya.
Upacara racun meracun keliling rumah... 3rd daughter's project (memang pakar dalam hal ni).

Ini Joji si Parsi yang geli geleman nak join kami kat tanah.... nah! terpaksa dikurung kerana kawasan bawah rumah sedang diservis...kalau tidak habis dia bergolek menyapu lantai macam mop pulak... Tahun ni kita raya kat sini jer...next year baru balik Perak!!!

2 comments:

nordee said...

jeles giler dengan JOJI dia..alah tomelnya...nama pun mantap gitu

Anonymous said...

Joji dah bosar..