Tuesday, September 23
JONG KELIK KAPONG..
Wednesday, September 10
Duit Raya Dah Sampai.....

Nah... kad dah di tangan... boleh belanja la kut... Tepuk dada tanya selera beb!!!...
Koleksi Kasut Raya
Tuesday, September 9
Jawab jangan tak jawab....
Dah hari kedua Peperiksaan Percubaan SPM bermula, tibalah paper yang aku ngajar... Kalau nak banding kualiti paper kali ni rasanya lebih mudah dari tahun lepas... Tapi ada satu soalan section D yang aku rasa pelik sikit ( soalan no. 34 - Novel) " Did you enjoy reading the Novel?" Support your answer with evidence from the text. Soalannya cukup terbuka dan berbagai bentuk jawapan dapat ditulis...yang susah bila nak semak dan bagi markah!!! Dah jadi macam Paper 1 (continuous writing) lak... Entah ler, akupun tak pernah ngajar bebudak aku bentuk soalan macam ni... selalunya lebih specifik dan mengadaptasikan elemen literature.Monday, September 8
Rawat lagi...
Kejap lagi aku kena hantar wife ke Klinik Pakar 2, Unit Ortopedik untuk rawatan susulan kali ke 4. Selepas pembedahan kali kedua tempohari, luka pembedahan masih belum dijahit... silap-silap hari ni dibelasah jahit oleh doktor-doktor (pakar) tu. Selepas selesai kes ni, ada satu lagi pembedahan untuk menggarap tulang yang kurang satu inchi tuh... katanya nak ditambah dengan tulang tiruan agar cepat cantum tulang peha tu. Aku cuti lagi hari ni (CRK), cuti terakhir yang masih ada... kalau aku terpaksa cuti lagi selepas ini untuk mengiringi wife ke hospital, akupun tak tahu nak ambil cuti apa?? Mungkin (MC) atau Cuti Tanpa Gaji... So aku harap luka di kaki wife akan cantik molek agar dapat diteruskan rawatan berikutnya...Sunday, September 7
JOM MENGEMAS...
Upacara racun meracun keliling rumah... 3rd daughter's project (memang pakar dalam hal ni).
Ini Joji si Parsi yang geli geleman nak join kami kat tanah.... nah! terpaksa dikurung kerana kawasan bawah rumah sedang diservis...kalau tidak habis dia bergolek menyapu lantai macam mop pulak... Tahun ni kita raya kat sini jer...next year baru balik Perak!!!
Saturday, September 6
Kalau kucingpun layu...
Inilah aksi kucing-kucing kat kantin sekolah aku...kelaparan dan mengantuk sangat walaupun di awal pagi. Kenapa?... bulan puasa beb...kantin mana operasi...so kebulurlah kekucing ni... Jadi terpaksalah mereka cari makanan kat tempat lain...hmmm kais pagi makan pagi..
Hah...ni lain pulak...walaupun puasa, tapi masih boleh tersenyum lagi.. mungkin masa sahur tadi dah belasah habis-habisan.. nak cover sampai ke petang beb... apa-apapun jangan sampai Puasa Yak Yok cukupla....Wednesday, September 3
Sukarela....
Susah nak jumpa orang 'sukarela' sekarang ni..... Kalaupun Sukarelawan tak sama tugas macam sukarela ni. Masa aku scouting dulu...memang sukarela...tak kira panas, hujan, jauh dan dekat...kami pergi bertugas tanpa mengharap satu sen pun...kalau nasib baik, dapat la makan minum... budak sekarang ni...hmmmmmmm...mak bapak yang menghalang... takut anak demam, nanti penat, petang ada tuition... dan beribu macam helah.
Atau lepak begini ala santai.....
Tuesday, September 2
Pasar Ramadhan

Tapi yang sedihnya.....semua makanan/minuman dah naik harga!!!!..sangat ketara perbezaan harganya kalau dibandingkan dengan tahun lepas!!! Walaupun harga pukalnya sama, tapi kuantitinya dikurangkan atau dikecilkan... Peniaga takkan rugi....yang menanggung kita semua......so aku angkat kaki dan terus ke dapur, masak makanan sendiri dan buat kuih sendiri...padan muka aku!!


Kuala Lumpur Time