Saturday, August 23

Selamat Bersara Abang Said

Tergetik hati aku nak menelefon geng-geng lama kat PPDKS semasa bertugas di Stadium Tertutup Kuala Selangor minggu lepas... Suara Idah staff kat situ mengajak aku hadir petang tu kerana ada majlis kecil kat office. Aku melangkah masuk office yang dah agak lama aku tinggalkan dengan seribu rasa suka dan misteri. Semua kat dewan kecil sedang makan-makan...dan aku disambut mesra oleh semua geng-geng lama bermula dari PPD sendiri hinggalah ke drebar office. Abang Said PRA yang banyak sangat membantu aku kat office dulu bersara hari ini, cukup 56 tahun umur dan akan meninggalkan kerja sebagai penjawat awam. Banyak peristiwa aku dengan abang Said ni...orangnya sangat mesra dan cukup ringan tangan membantu aku dulu...

Saat terakhir Abang Said di kantor ini... sedang 'punch card' keluar pejabat buat kali penghabisan. Tahniah Abang Said...jasamu akan sentiasa dikenang!!!!

Bergambar dengan pegawai dan staff PPDKS di luar pejabat sebelum dihantar pulang ke rumah dengan kenderaan rasmi pejabat... Yang lain-lainpun akan bersara tak lama lagi...so bersiap-siap ler..

No comments: