Sunday, August 31
Merdeka & Happy Birthday
Saturday, August 30
XPDC Berbasikal Sempena Kemerdekaan
Selesai petang tadi xpdc berbasikal sempena kemerdekaan yang kami adakan saban tahun. Kali ini nampaknya jumlah peserta agak berkurangan kalau dibandingkan dengan tahun lepas... mungkin ramai yang dah tak naik basikal lagi kerana dah mampu pakai motor sendiri. Laluan kali ini diubah sedikit selagu dengan komitmen tuan rumah untuk setiap hentian. Tapi kali ini ada sedikit kekurangan kerana ramai yang tak sanggup menyediakan sedikit jamuan kerana sibuk dengan tugas-tugas lain yang lebih mustahak. Namun acara diteruskan walaupun tempat makan-makan dah berkurangan... yang tentunya bendera Jalur Gemilang diarak di serata mukim menandakan Hari Kemerdekaan kita dah sangat hampir. Letih dan kurang selesa memang dirasai di sepanjang xpdc kerana panas terik dan kawasan laluan yang agak mencabar. Apa-apapun tahniah kepada penganjur dan peserta-peserta yang telah menjayakan program ini. Selamat Hari Kemerdekaan ke 51!!
Aku dengan Honda Davidson 100cc bersedia untuk mengiringi peserta-peserta xpdc... pehhh sakit pinggang beb... Ada gak sahabat yang janji nak datang tapi.....entah ler...
Peserta-peserta sedang berbaris untuk memulakan xpdc, ramai dara dari teruna....
Friday, August 29
Barbeque sempena...
Belum sempat bakar ikan, bebudak ni dah belasah nasi ngan hot dog...namanya budak..
Sampai kena pakai spek hitam Si Azwan ni sebab pancaran api arang yang menyilau mata kut...
Banyak yang jadi Mandor dari yang bekerja...hmmmmWednesday, August 27
Bendera kecilku....
Sempena bulan kemerdekaan ni aku beli satu lagi bendera kecil. Stok memang ada di rumah cuma saiz tak berapa sesuai untuk aku kibarkan di atas motosikalku. Sebagai salah sorang marshal ekspedisi berbasikal nanti, aku akan kibarkan bendera ini dengan gahnya...Biarlah ia berkibar di sepanjang perjalanan aku mengelilingi kampung mengiringi penungang-penungang basikal tu... Kawasan ekspedisi macam jauh jugak...dari pagi sampai petang baru habis.. bila aku tengok laluan tu, banyak spot yang akan kami singgah. Acara penyerahan bendera, ikrar, nyanyian lagu dan yang pasti menarik... acara makan-makan. Tahun lepas aku ikut jugak.. tapi sebagai rescue team... bayangkanlah memandu kereta 20-30kmh dengan menggunakan gear 2-3 saja...pehh!! siksa toi kereta aku dibuatnya. So tahun ni aku nak bawak moto saja...harap-harap tak hujan... Kalau ada yang teringin nak join... yuk!! Tanggal 30hb Ogos 2008, bermula dari perkarangan sekolah dan merentasi kampung-kampung di mukim Seri Medan... kita jelajah dan kibarkan bendera Jalur Gemilang!! Tuesday, August 26
Jejak Kasih....

Di antara otai-otai Batu Kugho yang hadir pada sesi pagi.
Kalu nak tahu crita tetang kapung kami nih...sila lawat : http://s1.zetaboards.com/Batu_Kurau/index/
Monday, August 25
Bila Papa Merajuk.....
Aku rasa terganggu jugak pagi ni bila mengenangkan ragam 'Papa' merajuk tak tentu pasal.... Dari segi penampilan memang papa anggun dan bergaya pagi ni dengan kot dan tali lehernya. Bila anak-anak dah ramai berkumpul di tengah laman memang bermacam ragam akan nampak. Bila papa kedepan untuk memberikan sepatah dua kata...ada anak-anak yang tak hirau, pulak bersembang selagu-lagunya!!! Mula-mula papa bertahan juga dengan nada suara yang gentlemen....bila suara papa dah tenggelam dik gamatnya suara anak-anak, papa mula meninggikan suara. Tak cukup dengan suara dan jampi serapahnya, papa tangkap sorang anaknya ke atas serambi... Anak terdiam kaku!!! Papa pergi menghilang diri di tengah-tengah pantun mesranya...ehmmmm..lama jugak la menghilang, ibu-ibu yang lain pun terpegun sehinggalah papa kembali.... aku yang dah paham sangat kerenah papa terus cabut pergi dapur.. cari sarapan sendiri...Entah lah papa...Saturday, August 23
U14 MILO YOUTH, 2008, KUALA SELANGOR

Perlawanan kategori lelaki ini diadili oleh NRC Chai Poh Watt, referi dari Sarawak.
Inilah kerja rasmi aku di setiap kejohanan kebangsaan...menilai prestasi pengadil
Pemain-pemain diangkut ke stadium menggunakan tramp...nak cuba kena datang K.Selangor..

Diantara juadah yang disajikan...yang ada penyakit GAUT tu, mintak maaf ler..

FIVB Protocol untuk perlawanan akhir lelaki diantara Selangor menentang Pahang, perlawanan hebat yang dimenangi oleh Pahang dengan keputusan 3-2. Perlawanan ini dikendalikan oleh MR Kamaldeen dari Perak dan NRC Mazlan dari Melaka. Bravo...a quality performance by both referees.
Inilah Signature Ball yang aku perolehi dari kejohananan... signature dari semua pengadil dan MAVA Controll Committee. See u all in the next tournament.. U16 Terengganu and Inter-Varsity ASEAN di Bukit Jalil. " Keep the ball flying"
Selamat Bersara Abang Said

Saat terakhir Abang Said di kantor ini... sedang 'punch card' keluar pejabat buat kali penghabisan. Tahniah Abang Said...jasamu akan sentiasa dikenang!!!!

Saturday, August 16
Wanna Hair Cut.....?
Ni dia Uncle Samy yang sedang beraksi...terkejut dia bila N95 aku berkelip merakam aksinya. TQ uncle...Kekalkan prestasi cemerlang dan layanan mesra kepada pelangaan regular macam aku ni.... Your political opinions also not bad!!! Orang veteran katakan...Thursday, August 14
Detail!...Detail Sedia!!...


Beberapa orang Pegawai Kadet sedang bersedia untuk membuat tembakan. Senjata yang kami gunakan adalah senapang HKMP5 dan pistol Revolver Smith & Wilson 0.38 Special.
Ini adalah kesan tembakan target HKMP5 yang aku belasah habis-habisan. ( Standing position Semi-10butir/Auto - 10butir dan Sitting position Semi-10butir) Memang aku robat menembak... 30 biji yang aku tembak, semua masuk target ( 3 bull-eyes )...tapi yang lawaknya...kesan peluru ada 40!!! Rupanya jiran aku tersasar 10butir pertama ke target aku..... patut la terlebih sudah.... Apa-apapun aku tetap happy kerana dapat score highest mark... Bila la nak belasah M16 pulak...
Wednesday, August 13
Can You Believe This??



I forward this as a public service, so you won't have a heart attack when the rage reaches here.
IKTIBAR...
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. Tuesday, August 12
JOM MELAWAT....
Aku melawat isteri di Wad 4 (otopedik) sebentar tadi... ketika tu waktu melawat (4.00pm - 6.30pm). Banyak sungguh pengunjung pada hari ini..tapi yang menyesakkan keadaan bukan pelawat-pelawat, tapi pesakit tu sendiri. Overloaded, terlebih sudah "Stacy AF6"....bilik yang sepatutnya diisi cuma 6 orang dah melampau sampai 8 orang pesakit...memang aku mintak Kelas Satu, tapi semua dah penuh ba!!!Monday, August 11
07 dari gerakan panggilan over...
Ini ring tone geng-geng kat sini...kalau berbunyi tuh, memang ada ler bantuan yang akan diperlukan...tapi kes ni lain pulak, photo-photo yang aku rakam di TV masa Sukan Olimpik 22, Beijing ni terlalu menggambarkan betapa jerihnya manusia nak merangkul gelaran tertinggi sukan di dunia ni. Hampir tercabut nyawa dibuatnya.. kalau ler ada kengkawan yang boleh hembus jampi ke, serapah ke, tentu dapat menolong mereka yang dah nak tercabut nyawa ni... 
Ini Wong Choong Nam sedang beraksi..kalau menang Gold Medal jadilah Jutawan segera..
Back to the ward......
This was the room where my wife was examined as an orthopedic patient this morning... Arrived at 7.30am and ended at 12.00 noon (quite a drag) After analysed dozen of x-ray films and report on blood test the respective doctor (Dr Kamal) instructed my wife to report back to the ward as patient tomorrow. What a shocked!... another operation have to be done due to infection and bone recovery's problems...It had been nearly 6 months after the accident and yet, she have to come again as a patient! Well, who else to refer if not to the doctors... Hmmmm, I thought everything was OK until Dr Kamal wrote his report. Have to apply another CRK tomorrow ( another 3 days left ) to entertain my wife towards her second operation. Hopefully she will get better soon. AminSunday, August 10
Bulan Kemerdekaan

Saturday, August 9
cuti dan kembarnya

Hasil dari desas-desus yang didengar : Meyuarat tu memang bagus...cuma mesyuarat selalunya tanpa agenda/minit mesyuarat/dan tindak susul.. mesyuarat cuma satu hala (briefing lebih tepat)... dan hasilnya, staf baca surat khabar dan Pengerusi Mesyuarat syok sendiri!!! Paling sedih....institusi ni tiada Bilik Mesyuarat, so merantaulah kat mana-mana bilik dan selalunya kat dewan sementara (kelas). Olehkerana tiada minit mesyuarat.. staf kenalah bukak buku nota dan catat apa yang patut...kalau ada tindakan segera (tiada arahan hitam putih) maka bersepailah segala tajuk yang dibincangkan... Jalan penyelesaian : Binalah Bilik Mesyuarat yang rasmi, Surat Pekeliling dan Agenda yang terancang dan efisien, Pencatat serta Dokumen sokongan yang relevan. Paling penting...mesyuarat tidak semestinya diadakan pada setiap cuti sekolah!!... Mat Teropong
Friday, August 8
Bukan Ilusi.....Hanya Kebesaran Allah
Video clip ini aku dapat dari seorang sahabat yang pulang dari negara jiran... kerana kemiskinan dan tiada peruntukan dari mana-mana pihak maka kutipan derma telah dibuat untuk mendirikan sebuah mesjid. Dengan wang yang secukupnya, berjaya juga didirikan sebuah mesjid, namun masih tidak mencukupi untuk menyewa krin untuk menaikkan kubah! Dengan berkat segala Pak Kiai yang dijemput seantario negeri.. majlis tahlil dan zikir telah menyakinkan mereka bahawa Tuhan Maha Kuasa... saksikanlah..ALLAH HU AKBAR!
Lambaian Mesra...
Tulis nama atas batu...

Hasil kerja menggunakan bahan crayon dan kapur tulis

Karikatur pemimpin teragung dinasti Chan

Seorang artis unggul sedang melakar Batu Bersurat SMKSM
Wednesday, August 6
Warung Pak Dollah
Setiap kali aku melintas kawasan ni memang aku singgah... warung kecil yang diusahakan oleh keluarga Pak Dollah ni memang popular di kalangan penduduk tempatan kerana sajiannya murah dan sedap. Paling famous ialah Nasi Ayam! Ayam goreng panas-panas untuk setiap hidangan memang meramas selera dan menitiskan air liur pengunjung-pengunjung. Uniknya warung ini adalah kerana pelanggannya yang berbilang bangsa. Majmuk sungguh warung ini terutama di sebelah tengahari... selalu aku bungkus saja dan makan di rumah.. Bila aku tanya-tanya pengunjung yang datang, ramai yang memandu jauh untuk menikmati juadah di sini... yang dari Muar dan Bandar Batu Pahatpun sanggup datang... kebetulan lak warung ni di laluan ke Parit Sulong menuju ke Highway Pagoh so ramai la yang lalulalang singgah. OK Pak Dollah cukup la promosi buat kali ini...."Bungkus 4 ye...ayam lebih sikit!"..Tuesday, August 5
OLIMPIK DAH MULA ...

So... bagi peminat-peminat Sukan Olimpik Beijing 2008 nih.. jangan lupa nonton pulak.. manaler tahu ada chance terserempak dengan atlit-atlit Malaysia yang bertanding. Kut-kut depa jadi jutawan bila balik nanti..
Anak Kecil Bermain Api..
Monday, August 4
Speaking London...
Sunday, August 3
Pandu Cermat Jiwa Selamat
Oleh kerana harga minyak belum turun-turun lagi, sejenis kenderaan jimat minyak telah diperkenalkan. Prototaip yang pertama telah dicipta menggunakan kayu keras yang fleksibel tetapi mudah didapati di mana-mana semak di Malaysia. Akan berada di pasaran tak lama lagi selepas semua ujian ketahanan selesai. Harga boleh runding sebab ada banyak model diperkenalkan.. bermula dari mini-bike hinggalah ke super-bike. Bersifat mesra alam dan kos baikpulihpun sangat murah. Ayuh, kengkawan kita tukar kenderaan hibrid yang baru ni...
Sesi ujian kelajuan sedang dijalankan.. aksesoripun dalam pakej..so jangan risau kalau berlaku kemalangan.Saturday, August 2
Kita Belajar Apa Tadi ekk!!

Sebahagian dari bakal-bakal blogger sedang menyusun laporan untuk di publish.. ada isu panas ke?
Friday, August 1
Gebu.......Shampoo
Harga Minyak Nak Turun.......
Berita hari ini kalau benar akan gempar lagi.. PM akan mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel tak lama lagi dengan alasan harga global dah mula turun... hehehehehhe...lawak toi... sebab kena 'pressure' keliling pinggang selepas debat Anwar-Shabery barulah agaknya PM sedar bahawa tindakan tempohari tak betul (tak popular) .. betul cakap kawan aku dari Berne... Bila Cincin Di Jari
Cincin merupakan aksesori yang hampir wajib bagi kaum Hawa, berbagai sumber material digunakan dan selalunya cincin di jari manis memaparkan agenda yang tertentu. Semua cincin adalah 'keras' kerana ditatah oleh besi, perak, emas atau intan berlian. Kalau di jari manis, tentu special kerana romantik dan cantik dipandang. Tak berapa hari lagi ada 2 orang teman sebumbung akan bakal menyarung cincin nikah yang cantik, elegan dan mahal. So...tahniah kepada bakal pengantin berdua.. sorang kat Peserai ( ada chance mengunjung ).. sorang lagi kat Seberang Takir.. ( jauh toi nak kayuh ngan answer).. apa-apapun kengkawan semua tumpang berbahagia di atas status baru yang akan dimiliki!! So kepada yang belum menyarung cincin nikah tu... usahakanlah mencari penderma budiman! Untung-untung dapat "Dato".. tentu-tentu dapat status "Datin" nanti..


Kuala Lumpur Time