Saturday, November 7

BBQ Jamuan Akhir Tahun

Aku dijemput untuk hadir ke majlis ni malam tadi...jamuan penutup untuk guru-guru dan staf sekolah wife aku. Jamuan ala BBQ santai dan mewah dengan segala makanan..tidak ketinggalan cabutan hadiah dan sesi karaoke....Makan dan minum ni memang tak heran, tapi organisasi, kerjasama dan jemputan dibuat dengan cukup sempurna!! Semua hadirin gembira dan berpuashati termasuk Guru-guru Besar yang dijemput bersama...Kalau kat sekolah aku tak tentu jadi lagi....kehadiran penuh mungkin tidak...siap balik awal lagi...kesimpulannya, jumlah staf yang kecil di sesebuah institusi lebih menggarap kepada kerjasama, komitmen dan sikap yang positif...yang penting penerajunya dapat menawan hati semua staf dan segala aktiviti pasti akan berjalan lancar....amin

2 comments:

santalia said...

Wow bestnya. Nampaknya kita kena tunggu dan tunggu entah bila....

Azman Bin Sulaiman said...

Hehehehehe...duit beribu yang dikutip nak buat apa bro...santai la..