Thursday, November 19

10 Butir Isi Peluru....


Hari ni aktiviti terakhir Pasukan Kadet Polis Daerah Batu Pahat....kami adakan satu latihan dan pertandingan menembak M16 di Lapang Sasar Telok Rimba, Ledang. Lebih dari 100 ahli kadet dan hampir 50 orang guru kadet yang terlibat...ada yang baru pertama kali menembak, so ada yang nervous dan panik bila mendengar letupan kaliber 5.56mm menuju ke arah bukit berdekatan dan target secara khususnya...

Acara pertama, masketeri senjata...taklimat penggunaan dan keselamatan menggunakan M16

Menunggu dengan penuh debaran giliran tembak rasa....

Nah ambik kau...nak pekak telinga bila 100 peluru berdentum

Yang lain nampak macam fokus...

Sempat berehat menghirup Teh O dan Bihun Goreng semasa sesi rehat..

Ni sahabat aku Pak Haji yang tembakannya asyik terkeluar dari sasaran...cuba lagi tahun depan ya bang.....

ni gaya aku masa menembak..

Pandai sangat tak la...tapi kat target tu ada la kesan peluru

So ucapan terima kasih kepada Unit Latihan, Unit Senjata, Unit Pengangkutan IPD Batu Pahat di atas segala kerjasama dan bantuan dalam menjayakan program ini...tidak lupa pada JK Pasukan Kadet Polis Daerah yang merancang dan menjayakan sesi kali ini...tahun hadapan kita tembak meriam pulak..amacam?

No comments: