Sunday, December 21

Ronda-Ronda Cari Makan

Aku baru balik dari menjelajah beberapa negeri di utara, tujuan asal cuma hadir bertugas di Penang (MSKPPM) tapi telajak memandu semasa on d way balik...kalah aku pada makan saja..memang aku kemaruk bila time makan, kat mana ada makanan sedap mesti aku berhenti..
Ini masa melintas Jambatan Pulau Pinang, under construction...so agak kurang selesa tapi masih berjalan lancar, walaupun sesak masa 'peak hours'

Aku sempat singgah di 'New World Food Court untuk menjamu selera...penuh sarat ngan pengunjung berbilang bangsa...banyak pilihan makanan/minuman sampai blur nak pilih

ABC buah-buahan yang cukup lazat, ditambah dengan cucur udang mamak

Ni apek yang dah business 40 tahun, apam malik special ni ada pisang yang memang enak dimakan

Ini pulak Mee Ketam kat Kuala Sungai Juru...memang mengiurkan, sedap sangat beb

Tamat je tugas di Penang aku drive ke Pengkalan Hulu, Perak...masuk sekejap sempadan ke Betong dan sempat la beli Beras dan Pulut Siam...suasana tenang dan damai walaupun di sempadan lain agak kurang selamat untuk dilawati... Tak lama lagi pejabat dah nak dibuka..so selamat kembali bertugas untuk para pendidik.. Salam

3 comments:

santalia said...

Bukan terlajak ke seberang bro. Pai dai.....

santalia said...
This comment has been removed by the author.
lukmanw@gmail.com said...

Pak Long

Itu pinggan kedai Pak Su. Pak Long patut lajak sikit ke Warung Jamu Selera. Mee Ketam di situ RM 6 shj dgn seekor ketam besar dan kuahnya merah tak hiteng macam kedai Pak Su

Lukmanw
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/