25hb Disember lepas aku ngan anak bongsu melawat kenalan lama di Segamat sempena Hari Krismas. Banyak juadah disediakan, dan kebanyakannya kuih muih rakyat Malaysia beb...bila aku tanya, Nathan kata semua wife dia yang buat..wow aku tabikla kat bini dia. Lepas makan kuih muih, dia jamu pula lunch bermenukan nasi minyak, kari kambing, dan beberapa menu masakan orang India... aku belasah habis..sedap beb.
Nathan ni aku kenal dah lama, sebelum aku balik Johor lagi..orangnya cool dan cukup mesra. Banyak membantu aku dalam permainan Bola Tampar di peringkat kebangsaan. OK Thiyanathan Michael, Merry Christmas and Happy New Year.
No comments:
Post a Comment