Saturday, January 23

Ukur Jalan


22hb Januari padang sekolah digegar dengan ratusan tapak kaki menghempas bumi! Anak-anak berlari mengukur jalan menitiskan keringat untuk menambah mata halus untuk pasukan rumah masing-masing. Tahun ni sampai 8 rumah memerah tenaga untuk menentukan siapa johan!!! Olehkerana topografi tidak mencabar, hanya berlari diatas jalanraya maka banyaklah rekod peribadi yang dipecahkan..Usin Bolt kalau nampakpun mesti tekejut beruk!!

Si Jalaini ni tengah ukur kawasan penamat agaknya...

Kawasan penamat sedang dikawal rapi

Pencatatpun buat-buat sibuk la

Keputusan sedang dihitung untuk menentukan pemenang...pakai congak je ke?

Maka bermulalah acara-acara sukan dan olahraga bagi tahun 2010...lepas ni memang berturutlah aktiviti yang menghiasi panorama sekolah, overtimelah segala tenaga kerja yang ada..boleh masuk kira KPI ke?

3 comments:

Cikgooden said...

selamat bersukan tok serunei..selamat berkelaabuk lae..awal tahun

santalia said...

Kalau ikut pegawai teknik kat tempat aku yang tak bertauliah tu, trek kat jalan raya tu bukan merentas desa namanya. Mesti ada kawasan berlumpur, panjat bukit 50' dan kawasan semak samun.

Azman Bin Sulaiman said...

Kat sini aku panggil Merentas Jalan jer...sebab suduk pendakian tak sampai 5' pun...tapi lari kena lari jugak..