Friday, January 8

Gletak, gletak & gletak

Masih terbayang kawasan gletak aku kat sekolah lama...kawasan perhimpunan tak rasmi tapi bincang isu negara saja..hahahahaha. Kalau kasut tak banyak kat luar jangan sangka tak ada penghuni...sekali sekala pasti terbau udara toksik cap Gudang Garam dan sebagainya. Perhimpunan tak rasmi ni kadang-kadang dimeriahkan dengan hidangan makanan dan minuman yang tak dirancang...tapi kalau geng ada rezeki lebih..pasti hidangan lebih sedap dan menggiurkan...

Kawasan gletak baru belum mengancam lagi...cuma tempat letak kepala cukup selesa sebab ada carpet lembut dan hembusan bayu sepanjang hari..baru rancang nak bentuk AJK Makanan..penghuninya cuma 3 orang secara rasmi so budget nak beli TV, Peti Sejuk, Heater dsb belum mampu lagi...kalau yang second hand mungkin boleh kut...


Apa-apapun baru seminggu kat port baru ni...kita tengok perkembangan nanti...

4 comments:

arowana malaysia said...

bilik geletak dah bubar bila pentol berhijrah. dah jadi bilik data&maklumat.......dah dapat pengiktirafan daripada sekolah.

Azman Bin Sulaiman said...

Mr Arowana...aku tau la hang malas nak panjat tingkat 4 tu...hang saja nak cover line saja guna bilik tu buat bilik data...bila nak ngeteh ni?

santalia said...

Cuma jangan jadi bilik akuarium je. Kalau ada benda tu aku cari tempat gletak lain.

santalia said...
This comment has been removed by the author.