Sunday, May 31

Jom kita ke KB

Dah lama aku tak mengunjung negeri Kelantan ni...masa aku belajar di U dulu adalah jugak melawat dengan teman sepengajian aku ke Bachok, Tumpat, Kota Bharu dll. Esok aku akan memandu ke sana melalui Segamat, Kuantan, Sg. Tong dan terus ke KB. Agenda tak banyak, cuma menjalankan tugas kepada MSSM dalam sukan yang memang aku fanatik.
Aku teringin nak jumpa beberapa teman lama masa di MPSI dan UIA...mungkin pertemuan ini akan mengembalikan nostalgia..suka dan duka. Harapan aku mereka ni masih boleh dihubungi melalui telefon semasa aku berada di sana.
Balik dari KB nanti aku cuma dapat berehat sehari jer...terpaksa bergegas ke LCCT dan terbang ke Bangkok untuk menjalankan tugas yang hampir sama cuma di peringkat yang lebih tinggi dan berprestij. Pengalaman ini baik untuk aku sendiri dan semuga dapat aku kongsi dengan teman-teman sealiran di Malaysia. Semuga FIVB akan buka mata dan mengecam aku untuk kejohanan yang lebih tinggi lagi.

3 comments:

Safiya said...

KO NI SIBUK BETUL LEEEEE

che mat said...

Heh... ??? MSSM, ingatkan ko nak pergi ceramah kat Manek Urai. lawan tetap lawan

Azman Bin Sulaiman said...

Safiya :
Saya Yang Menurut Perintah

che mat :
Mu nak kepeng daghi Berne ke???