Tiap minggu ada saja aktiviti yang aku kena handle, baru lepas Hari Gerko, pentadbir dah rancang Hari Profesionalisma pulak. Mungkin 5 Julai kalau tak silap, pendidik-pendidik kat Institusi aku nak dilatih secara fizikal acara Kawad Kaki. Semua pendidik memang segak pada hari Rabu tiap minggu, uniform pangkat pegawai..dari Leftenan sampai Leftenan Kolonel berselerak kat semua kawasan. Malangnya ramai yang tak mahir dengan unit yang dipakaikan pangkat mereka tu. Banyak acara dalam unit uniform ni aku yang kena incharge..mungkin pengalaman aku sebelum terjebak ke profession ini menyebabkan aku minat dan sanggup memberikan latihan kepada mereka. Cari punya cari jumpa sorang pendidik yang ada pengalaman ROTU dan masih melibatkan diri dalam WATANIAH... dia ni orang baru so low profile jer. Aku plan untuk latih kaum pendidik ni dalam dua sesi... Kawad Asas dan Kawad Istiadat... ramai yang tak tahu nak berkawad pakai tongkat dan sebagainya...malu jugak bila pakai tongkat pegawai tak tahu fungsinya. Walau apapun...aku pikul tanggungjawab ini demi minat, maruah dan tugas aku dalam institusi ini.
Hujung bulan nak bawak budak Form Six gi camping kat Taman Negara Endau-Rompin lagi...mmmm, hilang lagi masa bersama keluarga! Kalau ada yang nak ikut...jom kita menjelajah kawasan tersebut...25 - 27 Julai. Guna 4 X 4 untuk sampai ke Selai...jalan kaki sikit dan sampai kawasan kem/chalet. Aktiviti macam-macam, termasuk mendaki ke Air Terjun 7 Tingkat...bestnya...airnya sejuk dan sangat bersih! Kat kawasan kem ada sebatang sungai yang banyak ikan dari air...kalau berenang, memang accident dengan ikan-ikan tu...tapi sayang tak leh tangkap..cuma boleh bagi makan dan tengok jer. JOM kita...

Pandangan hadapan gerai aku...boleh lah tahan viewnya, jualan tak seberapa sangat tapi hasil ok la. Dengan menu dadih sejuk berbagai perisa, jambu batu potong, ais krim, tit bits, air tebu dan soya berjaya menarik pengunjung ditambah dengan 'promoter' ayu dan hensem! Modal cuma beratus jer, tapi hasil beribu!!! Photo ni di awal pagi ketika persiapan sedang dibuat... ketika ini air tebu dan soya sedang diperah!!!
Di belakang tabir... bebudak aku sedang memotong buah jambu yang akan dibungkus dan diserap dengan serbuk asam manis yang cukup mengancam!! Cukup laris dijual hingga tak menang tangan "salesman" aku. Semangat gotong-royong rakan-rakan sekelas ini cukup menggembirakan aku.. Syabas 5 Cekal!!! untung nanti kita buat Grand Dinner lepas korang tamat exam nanti.
Pengunjung sedang berpusu-pusu masuk ke dataran untuk shopping mopping la. Banyak menu makanan kat gerai-gerai yang ada. Rumah Hantu, permintaan lagu, download lagu, permainan dan bermacam-macam lagi aktiviti dijalankan...macam Pesta Konvo kat U dulu...
Abang-abang hensem sedang menunggu dan menjamu selera di dataran selera ini. Oleh kerana tempat makan di tengah-tengah dataran, puaslah melihat dan mengorder segala menu yang ada. Bebudak salesman/lady pulak sanggup menghantar makanan ke meja makan dengan sedikit tips!!!
View di dataran selera ketika awal pagi.... padang futsal lak penuh Mat Belia mendaftar...oleh kerana masih awal pagi, pengunjung selesa membeli-belah dan menjamu selera... Lagu-lagu permintaan sedang kuat berkumandang...tapi DJnyer kurang 'power' la....suara tak 'jantan' macam KIRAN kat Radio ERA.. Walaupun aktiviti ini macam kurang persediaan, tapi sambutannya cukup meriah dengan ribuan pengunjung yang cukup pemurah 'Makan sambil Menderma' Harap-harap tahun depan acara ini akan lebih menarik lagi dengan susun atur acara yang lebih menarik!!! Apa-apapun TQ kepada pihak pengurusan yang nampaknya 'ALL OUT' untuk mempastikan program ini berjalan lancar! Kepada semua yang terlibat...terima kasih! Jasa dan keringat kalian sangat-sangat dihargai.













Kuala Lumpur Time