Saturday, May 17

Bowling oh Bowling

Sempena menyambut Hari Guru, Kelab Bilik Guru Sekolah mengadakan satu pertandingan bowling di BP Mall. Pasukan dibahagikan mengikut rumah sukan... nama-nama unik kepahlawanan Melayu dahulu kala. Kempen bermula jam 10 pagi dengan 'lane' yang digilap dengan minyak dan licin ketika memulakan pertandingan. Kumpulan aku 'on paper' memang la 'under dog'.. tapi setelah kiraan mata dibuat...Nah! tergaman pasukan lain. 2 star pasukan aku menunjukkan prestasi yang memberangsangkan...cukup jatuhan pin untuk 'cover' ahli kumpulan yang lain. Memang semua orang bergembira melepaskankan 'tention' buat seketika...bersama kawan-kawan dan anak beranak yang dibawa bersama. Aktiviti ini cukup menggarap siratul rahim kami di kalangan guru dan staff pendidikan...teruskan aktiviti-aktiviti sebegini supaya kami bukan hanya bersemangat di dalam gelanggang tapi juga di medan ilmu di sekolah. Tahniah kepada pasukan Rumah Laksamana...Johan Pasukan dan Johan Individu Lelaki (aku ler tu).Seketika mendengar ucapan PM semasa sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan baru-baru ini...rasa macam ada 'bonus' apabila menceburi bidang profesion ini.. Tahniah! rasanya semua guru bergembira dengan pengumuman tersebut...tapi, pelaksanaannya harap diuruskan dengan sempurna dan mencapai tajuk yang diwar-warkan. Marilah para guru semua...kita berjuang dan mengotakan janji dan amanah yang telah diberikan...."Amanah yang diberi, kami tak persiakan, apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan!"

2 comments:

muni's said...

dah buka dah homepage ni. tahniah, berjaya menyediakan tempat untuk dikongsi bersama-sama. lepas ni masukkan la cite best2 eh. tapi kan... nape buka video tak boleh.

Safiya said...

BANYAK CERITA U .... BESTNYA PENGETUA ANDA... ADA 1/2 PENGETUA COOLLLLLLL TAK ADA APA