Saya mengikuti satu seminar Undang-Undang Terkini Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa di MSN, Bukit Jalil yang melibatkan pengadil dan jurulatih bertauliah MAVA. Banyak juga input tambahan dari penceramah jemputan Mr Sonsak Serropon dari FIVB Referees Commission. Walaupun beliau ini tidak faseh berbahasa Inggeris, namun mesej daripada beliau dapat difahami dengan sempurna. Bermulalah aplikasi terkini yang pada mulanya akan mendapat sedikit keresahan kepada semua pemain dan juga pengadil-pengadil sendiri. Apabila saya bertugas di Kejohanan Bola Tampar MSSJ 2009, terdapat sedikit perbalahan kerana isu ini agak baru dan kurang mendapat penjelasan, terutamanya para jurulatih yang masih terikat dengan cara lama. Namun demikian undang-undang terbaru ini menggambarkan bahawa sukan ini akan berkembang maju sesuai dengan moto FIVB..." KEEP THE BALL FLYING "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bestnya anda dapat input latest. dalam sukan biasa mesti ada pertelagahan. semangat sukan yang diwar-warkan selalu tinggal kenangan. dunia oh dunia
Post a Comment