Wednesday, August 6

Warung Pak Dollah

Setiap kali aku melintas kawasan ni memang aku singgah... warung kecil yang diusahakan oleh keluarga Pak Dollah ni memang popular di kalangan penduduk tempatan kerana sajiannya murah dan sedap. Paling famous ialah Nasi Ayam! Ayam goreng panas-panas untuk setiap hidangan memang meramas selera dan menitiskan air liur pengunjung-pengunjung. Uniknya warung ini adalah kerana pelanggannya yang berbilang bangsa. Majmuk sungguh warung ini terutama di sebelah tengahari... selalu aku bungkus saja dan makan di rumah.. Bila aku tanya-tanya pengunjung yang datang, ramai yang memandu jauh untuk menikmati juadah di sini... yang dari Muar dan Bandar Batu Pahatpun sanggup datang... kebetulan lak warung ni di laluan ke Parit Sulong menuju ke Highway Pagoh so ramai la yang lalulalang singgah. OK Pak Dollah cukup la promosi buat kali ini...."Bungkus 4 ye...ayam lebih sikit!"..

6 comments:

nordee said...

kalau Pak Dollah baca ni..mesti dia bangga..hehe

santalia said...

Aku pun nak promosi group tukang masak aku....tapi masak daging segar je..

Azman Bin Sulaiman said...

Yes..jangan tak promote menu daging segar sekali.....daging bungkus made in India tak main la...nanti alergi pulak, gatal satu badan bro

santalia said...

Macam mana ni kita ada 108 orang, tapi yang vote baru 10 orang je. Yang lain nak meeting hari cuti ke....

Azman Bin Sulaiman said...

Sabo Wakaji...ada 4 hari lagi..ramai yang masih tak pandai no mengomen lagi tu..atau takut nak vote!

arowanabp said...

bila-bila boleh meeting. asalkan beritahu awal.tapi jgn buat last minit.