Sunday, August 10

Bulan Kemerdekaan

" Tanggal 31, bulan Ogos 57' Hari yang mulia, hari yang bahagia sambut dengan jiwa yang merdeka...."
Dah masuk 51 tahun kita merdeka, sambutan meraikan Hari Merdeka ini disusun rapi untuk sentiasa mengingatkan kita betapa bahagianya kita hidup tanpa dijajah oleh sesiapa.
Di sini kami menyambut bulan merdeka dengan berbagai aktiviti...semuanya menggambarkan semangat patriotik dan taat setianya kami kepada Perlembagaan dan Rukunegara. Berkayak, Hiking, Berakit, Berbasikal secara beramai-ramai disamping menyambut malam ambang kemerdekaan adalah rutin kami setiap tahun. Penyertaan memang menggalakkan..kerjasama dari semua institusi mengutuhkan lagi aktiviti-aktiviti sebegini. Ayuh semua...kita kenang kembali sejarah kemerdekaan kita!!! Pengorbanan dan kesengsaraan pemimpin dan rakyat dalam meraih kemerdekaan kita sanjung tinggi...Hanya Tuhan yang akan membalas komitment mereka.. MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA!

2 comments:

nordee said...

laaaa sampai macam ni sekali ke perjalanan mesyuarat sekolah...sedih jugak saya dengar...ya..perlukan perubahan!!!

Soul-of-YaZz said...

Berkayak !!! Berbasikal !!!
Saya join 2 nnti cikgu...hehehe..