Selesai petang tadi xpdc berbasikal sempena kemerdekaan yang kami adakan saban tahun. Kali ini nampaknya jumlah peserta agak berkurangan kalau dibandingkan dengan tahun lepas... mungkin ramai yang dah tak naik basikal lagi kerana dah mampu pakai motor sendiri. Laluan kali ini diubah sedikit selagu dengan komitmen tuan rumah untuk setiap hentian. Tapi kali ini ada sedikit kekurangan kerana ramai yang tak sanggup menyediakan sedikit jamuan kerana sibuk dengan tugas-tugas lain yang lebih mustahak. Namun acara diteruskan walaupun tempat makan-makan dah berkurangan... yang tentunya bendera Jalur Gemilang diarak di serata mukim menandakan Hari Kemerdekaan kita dah sangat hampir. Letih dan kurang selesa memang dirasai di sepanjang xpdc kerana panas terik dan kawasan laluan yang agak mencabar. Apa-apapun tahniah kepada penganjur dan peserta-peserta yang telah menjayakan program ini. Selamat Hari Kemerdekaan ke 51!!
Aku dengan Honda Davidson 100cc bersedia untuk mengiringi peserta-peserta xpdc... pehhh sakit pinggang beb... Ada gak sahabat yang janji nak datang tapi.....entah ler...Peserta-peserta sedang berbaris untuk memulakan xpdc, ramai dara dari teruna....
No comments:
Post a Comment