Saturday, August 16

Wanna Hair Cut.....?


3 minggu sekali aku ada appointment ngan Tailor Rambut aku kat Bandar Batu Pahat...Lokasi : Jalan ke Pasar BPahat.. Nama Saloon : ODEON Kedai Gunting Rambut. Perniagaan ini adalah usaha keluarga yang diwarisi turun temurun. Kedainya kecil dan antik... air cond dan banyak majalah hiburan..sesekali dihiburkan dengan lagu2 Tamil dan TV Astro Awana. Consultant aku ni ( Uncle Samy) dah veteran dan kalau bekerja tu cukup berhati-hati terutama bila bab cukur mencukur. Kalau dia ada pelanggan, anak saudara dia (Raj) akan layan aku. Harga sangat berpatutan.. Gunting + Cukur baru RM8.00 sahaja...kadang-kadang aku mintak dia sodok saja ngan mesin ( No. 2 )... Kat sekolah akupun Barber gak....belasah rambut pelajar-pelajar yang rambut panjang dan berfesyen-fesyen ( Trojan, Peter Pan...rambut artis)... tak ketinggalan yang menyimpan janggut dan side burn panjang. Ada jugak pelajar yang menjellykan rambut supaya tak nampak panjang (nak tipu cikgu la tu).. hehehehehe, aku ngan WakHaji selalu ronda kelas-kelas dengan gunting di poket...memang yang terlepas kat perhimpunan akan diburu di kelas..mintak maaf ler.
Ni dia Uncle Samy yang sedang beraksi...terkejut dia bila N95 aku berkelip merakam aksinya. TQ uncle...Kekalkan prestasi cemerlang dan layanan mesra kepada pelangaan regular macam aku ni.... Your political opinions also not bad!!! Orang veteran katakan...

4 comments:

cikgooden said...

mu ajar bahasa inggerih...yg aku dok haba nihnbahasa mekayu..mana nak sama dih...tak thu dih budk2 lo nih...jadi gena tak thu...gelong habih dah

ha ha ha ha

salam ziarah wak!

che mat said...

Saya gunting juga. Walk-In. Selalunya barber India dan harga yang dikenakan RM8-10

Sekali-sekala, nak kena tangan amoi yang cun, kena pergi salun dan harganya baru RM25-30.

Sekarang dah tak lagi.

Gunting rambut kena buat appointment. Ada ke patut, aku nak gunting rambut pada 15 ogos, dia suruh datang pada bulan Oktober, sebab tokey nak tutup kedai untuk bercuti makan angin.

Padahal aku dah kira regular customer.

Sekarang dah ada port baru, Coiffure Silvia, orang Republic Dominica, Mantappppp.....

Harga gunting termasuk 1 cangkir air teh CHF35@3.17 = RM110.95

Ich weiss es nicht.

nordee said...

wooo yooo che mat...mahalnya...ketam rambut sendirilah..kalau saya ..hehe

santalia said...

Aku ingat masa bercukur ketika nak tahalul di Mekah. No 1 SR5, cukur habis SR10. Tempat Uncle Samy ni pun biasa gak dengan yang muda tu. Ok bro macam biasa no 2.......